Menu makan malam ni min kongsi cara nak buat Murtabak Crackers. Sesuai sebagai juadah makan malam, sangat mudah menyediakan dan sedap rasa. Menurut Puan Hidayah, zaman dulu dulu, zaman maknya, murtabak crackers ni diguna sebagai hantaran. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.
MURTABAK CREAM CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus setengah biskut cream cracker yang tak bergula- saya guna jenama julie’s, jenama pingpong pun sedap.
800gm daging kisar ramli (2 bungkus)
2 labu (saiz besar) bawang besar dipotong dadu.
2 biji cili merah dihiris halus
2 biji cili hijau dihiris halus
Satu ikat daun sup,daun bawang di hiris halus
7 biji telur grade A
1 kotak besar susu segar, saya guna jenama good day
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk lada hitam
Loyang 4 segi dialaskan dengan aluminium foil dan disapu butter seluruh permukaan
Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis
3 biji bawang putih
1 inci halia 1 biji bawang besar 1 sudu makan cili giling (saya tak letak sebab tak mahu pedas, budak budak yang nak makan) 3 sudu makan rempah kari daging
Ads
Cara-cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar, ditumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.
4. Masukkan daging kisar, masak hingga empuk. Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk, lagipun kita nak bakat kemudian nanti. Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya.
5. Masukkan bawang yg dipotong dadu ,cili hiris, serbuk lada hitam garam serta bahan perasa. Gaul rata.
6. Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata baru matikan api biarkan hingga sejuk sedikit.
7. Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.
Ads
8. Bahagikan adunan pada 3 bahagian (saya devide agak-agak je main senduk je).
9. Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih, Suam suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa (susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan)
Cara menyusun biskut
1. Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang) masukkan dalam susu suam sekejap je jangan lama2 nanti kembang pulak, susun dalam Loyang hingga penuh. Bahagian sudut dan tepi mesti penuh, patahkan biskut utk isi bahagian lompong.
2. Permukaan loyang yang telah penuh disusun biskut, tuangkan adunan daging yang pertama ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
3. Kembangkan 9 keping lagi biskut ke dalam susu dan susun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata.
Ads
4. Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai, tekan-tekan ke seluruh bahagian agar campuran telur naik di permukaan biskut.
5. Bakar dalam oven 180’C selama 45 minit pastikan betul-betul masak baru keluarkan dengan menyucuk bahagian tengahnya jika lidi tak ada kesan bererti dah masaklah tu.
6. Keluarkan dari oven dan terbalikkan pada dawai redai. Keluarkan dari loyang biarkan sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Tip 1. Tunggu sejuk baru diterbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
2. Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak. 3. Tumis guna butter sikit,campur dengan sedikit minyak. Daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.
Tak mau anak-anak bosan dengan menu bekal yang sama, apa kata mak-mak cuba dua menu ringkas tapi sedap yang menggunakan bahan asasnya roti dan mi kering yang kebiasaannya ada tersedia di dapur. Dengan sedikit kreativti, mak-mak boleh jadikannya bebola yang sedap dan gerenti anak-anak suka. Apa yang penting ia lebih berkhasiat dan dijamin kebersihannya. Kalau nak cuba ini dua menunya, boleh siapkan malam, pagi tinggal goreng dan sedia dibawa oleh anak-anak.
.
BEBOLA MI AYAM SAYUR-SAYURAN BAHAN-BAHAN:
2 keping mi kering | celur dan tos
1/2 cawan serbuk roti
1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
1/2 cawan hirisan daun bayam
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit potongan dadu lobak merah
1 biji telur
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 Sudu teh garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati. 2. Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran. 3. Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata. 4. Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. 5. Bulat-bulatkan doh hingga habis. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan. 7. Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.
.
BEBOLA ROTI KEJU SOSEJ BAHAN-BAHAN:
6 keping roti putih | potong dadu
2 batang sosej | dadu halus
1 biji telur | kacau
2 biji cili merah | cincang halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Masukkan roti yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk. 2. Kemudian tuangkan telur ke dalam mangkuk roti. Biarkan telur menyerap dalam roti. 3. Setelah roti lembut masukkan semua bahan lain dalam mangkuk roti. Gaul rata. 4. Gaul rata dan ramas-ramaskan bahan menjadi adunan lembut. 5. Bentukkan menjadi bulatan kecil sebesar guli. Buat sehingga habis adunan. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola roti hingga kuning keemasan. 7. Angkat dan cucuk bebola pada lidi satey. 8. Setelah siap, bebola sedia dihidangkan bersama sos cili.
.
BEBOLA KENTANG INTI AYAM BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum
CARA MEMASAK:
1. Masukkn kentang rebus dalam mangkuk, lenyekkan hingga hancur.
2. Campurkan daun bawang. Lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
3. Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
4. Leperkan dan letakkan di dalamnya popcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
5. Golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
6: Panaskan minyak dengan api sederhana.
7. Goreng bebola kentang hingga keperangan.
8. Angkat dan sedia dihidangkan bersama sos kesukaan anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menurut ahli group facebook Rasa Share Resipi, Farisha Sofea, kuih serabai adalah sejenis kuih yang rupanya seperti apam tetapi bentuknya tidaklah bulat seperti apam. Kuih ini berbentuk seperti lempeng.
Kuih serabai biasanya dimakan dengan sesuatu yang berkuah seperti serawa durian, pengat pisang ataupun kuah santan gula melaka. Kali ini RASA kongskan resipi kuih serabai bersama kuah santan gula melaka.
SERABAI KUAH SANTAN GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
3/4 cawan air suam
1 cawan nasi sejuk
1 cawan air suam
1 cawan tepung beras
1 1/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan santan
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Di dalam bekas, satukan yis, 1 sudu besar gula dan 3/4 cawan air suam. Kacau rata dan biarkan seketika yis mengembang. Ketepikan.
2. Sementara itu, kisarkan nasi sejuk bersama 1 cawan air. Ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, masukkan tepung beras, tepung gandum, santan, 1 sudu besar gula, garam dan nasi yang dikisar tadi. Kacau rata.
4. Tuang bancuhan yis yang telah mengembang tadi. Kacau sehingga semua sebati dan adunan menjadi licin. Tutup permukaan mangkuk dan perap selama 2 jam sehingga adunan naik. Kemudian gaul sebati.
5. Panaskan kuali non stick. Oleskan sedikit minyak dan lapkan dengan tisu. Tuang sesenduk adunan. Tutup kuali seketika. Apabila adunan kelihatan berlubang, terbalikkan seketika dan angkat. Ulang sehingga semua adunan habis.
KUAH SANTAN GULA MELAKA
BAHAN KUAH GULA MELAKA
Gula melaka
Santan
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Daun pandan
Tepung jagung
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, campurkan semua bahan.
2. Masak sehingga kuah kelihatan pekat.
3. Hidangkan bersama kuih serabai tadi.
Kuih Tepung Bungkus merupakan sejenis kuih tradisi yang diperbuat daripada tepung dan berinti kelapa. Kuih ini dibungkus dengan daun pisang. Rasanya yang lemak-lemak dan manis membuatkan kuih ini menjadi buruan ramai terutama ketika bulan Ramadan. Apa kata berbuka puasa hari ini kita cuba masak kuih Tepung Bungkus mengikut resepi seperti yang dikongsikan oleh Dapur Kak Chik ini. Resipi sukat pakai cawan.
RESIPI KUIH TEPUNG BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
Daun pisang – layur atas api. Potong ikut saiz.
BAHAN A (UNTUK INTI)
1 biji kelapa 2 1/2 cawan gula merah 3 sudu gula pasir 3 cawan air Daun pandan (disimpul) Garam 2 sudu besar tepung gandum
CARA MEMBUAT:
1. Masak atas api bahan A. Sentiasa kacau. Apabila inti kering, taburkan 2 sudu besar tepung gandum. Kacau sekejap. Tutup api. Sejukkan.
2. Bulatkan kecil-kecil dan balutkan dengan adunan doh tepung pulut.
DOH TEPUNG PULUT: 1/2 paket tepung pulut bancuhkan dengan air dengan sedikit garam. Adunkan agak-agak menjadi doh seperti doh kuih koci.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.