Usahawan bakeri Ina Azlina antara yang tak lokek berkongsi pelbagai jenis resipi termasuk produk yang laris dijual kepada orang ramai. Tidak terkecuali resipi pudding enak yang cantik gebu ini.
Meski cukup laku, katanya dia tetap berkongsi resipi agar boleh dijadikan jualan buat mereka yang berminat untuk berniaga. Ini kerana kos membuatnya tidak mahal cara membuatnya juga mudah. Rasanya pula sedap dan kurang manis.
Resipi puding sedap dan gebu
Bahan-bahan
1 paket serbuk agar-agar 10g
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
3 tin air kosong
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecik esen vanilla
Bekas plastik
Ads
Cara memasak
1. Masuk semua bahan dalam periuk
2. Menggunakan api perlahan, kacau adunan tanpa henti sampai mendidih.Kemudian matikan api.
Ads
3. Biarkan adunan suam.
4.Selepas itu boleh tuangkan dalam bekas. Jika ingin membuat puding fruity, sapu terlebih dahulu filling di tepi bekas sebelum tuang adunan.
Ads
5. Sekiranya mahu meletakkan topping, tuang satu sudu besar gelatin dan air suam kemudian larutkan. Campur pada filling yang disukai kemudian boleh tuang di atas pudding. Sejukkan.
Siapa tak suka scone yang gebu, rangup di luar & lembut di dalam? Terutamanya yang ada cranberry atau kismis, memang ngam sangat buat sarapan atau minum petang! Kalau dulu beli sahaja, sekarang anda dah boleh buat sendiri scone homemade yang sedap dan jimat.
Resipi scone mudah ini sesuai untuk pemula dan yang sibuk, kerana anda boleh buat dalam kuantiti banyak, simpan dalam freezer, dan panaskan bila-bila masa anda nak makan. Tak perlu risau harga mahal di kedai atau rasa tak kena tekak lagi!
1 biji kuning telur (untuk sapuan) + sedikit susu full cream
2. Masukkan mentega: Gunakan tangan atau pemotong doh, gaulkan mentega ke dalam tepung sehingga campuran kelihatan seperti serbuk roti.
4. Tambah susu & esen vanilla: Tuang susu dan vanilla sedikit demi sedikit. Gaul perlahan sampai doh bersatu dan lembut, tapi jangan terlebih uli.
3. Canaikan doh: Taburkan sedikit tepung atas permukaan rata, canaikan doh setebal lebih kurang 2.5 cm.
5. Tekap bentuk bulat: Gunakan pemotong bulat, tekan ke atas doh untuk dapatkan bentuk scone. Adunan ini biasa dapat 14 keping.
6. Sapu kuning telur: Campurkan kuning telur dengan sedikit susu dan sapukan atas setiap scone supaya warna cantik dan berkilat bila bakar.
7. Bakar: Panaskan oven 190°C, susun scone atas loyang yang dilapik kertas bakar. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga permukaan scone keemasan.
Scone yang sudah sejuk, boleh simpan dalam peti ais hingga 3 hari atau dalam freezer sampai 1 bulan. Bila nak makan, panaskan semula pada suhu 160°C selama 5 minit supaya scone kekal lembut dan sedap!
Mudah kan? Tak perlu risau harga mahal atau nak keluar beli. Dengan resipi ni, anda boleh buat banyak-banyak simpan, share dengan keluarga & kawan-kawan. Jangan lupa cuba variasi cranberry, kismis atau choc chips untuk rasa lebih menarik!
Pernah cuba Jeruk Limau Nipis? Pelbagai guna tau. Anda boleh menikmatinya sebagai ulam jeruk dengan cara dimakan bersama nasi, boleh dicampur dalam masakan Acar Buah malah boleh juga dicampur ke dalam minuman bersama sedikit madu. Sedap…. Bagi anda yang nak cuba, saudari Ami Sue Haji Sanusi ada kongsikan cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1. Basuh limau, lenyek-lenyekkan supaya lembut dan belah 4.
2. Panaskan air dalam periuk, rebus sekejap limau sehingga bertukar warna. Kemudian masukkan air baru, rebus sekali lagi, namun jangan rebus lama. 3. Angkat limau tadi dan toskan dulu. Biar sejuk sedikit.
4. Masukkan garam kasar ke dalam limau yang dibelah tadi. Sukatannya anggaran lebih kurang 1/2 sudu kecil untuk setiap biji.
5. Ambil gula pasir, larutkan dengan 1 cawan air mendidih dan biarkan sejuk dahulu. 6. Sediakan juga 1 cawan cuka makan. 7. Masukkan limau yang sudah diisi garam ke dalam balang. Susun elok-elok. 8. Tuang cuka dan air gula yang sudah sejuk ke dalam balang berselang seli sehingga habis. 9. Peram @ jerukkan limau selama 3 minggu hingga 1bulan. Selepas itu, bolehlah dimakan.
10. Selepas 1 bulan boleh simpan Jeruk Limau Nipis dalam peti sejuk supaya ia boleh tahan lama.
Resipi bingka roti ini boleh jadi olahan jika ada banyak lebihan roti. Daripada terbiar sampai expired dan naik kulat elok buat hidangan ini.
Enak dijadikan hidangan petang gabungan santan dan esen vanila buatkan bingka ini wangi dan lemak berkrim. Bila dah siap masak memang cepat saja licin.
Cara membuatnya sangat mudah, tak perlu kisar apa-apapun cuma gaul dan terus bakar. Boleh tambah kismis dan ceri untuk lebih menarik. Jom cuba, sekali buat mesti nak ulang!
Sebagai pengguna, kenalah lebih teliti dengan makanan yang bakal diambil itu. Baik kurma fresh, sejuk beku atau kering, Puan Niena Samsir berkongsi pesanan agar anda membasuh terlebih dahulu kurma yang dibeli.