Laksa Siam atau Thai Laksa, rasanya lebih kurang dengan laksa lemak yang selalu kita buat, tapi ia lebih kaya dengan aroma dan rasa pedas, masam dan manisnya lebih terasa. Anda yang ingin mencuba sebagai hidangan raya apa salahnyakan, resipi macam biasa RASA kongsikan resipi yang disediakan oleh  citarasawan di sini untuk dicuba.

Cara Buat Laksa Siam Yang Sedap, Sesuai Sebagai Hidangan Raya.

IKLAN

LAKSA SIAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg laksa halus/1 paket laksa kering | rebus dan toskan
5 ekor ikan sardin/kembung/selar | rebus asingkan isi dan kisar halus
5 cawan sanatan cair
3 cawan santan pekat
5 helai daun limau purut| carik-carik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering | buang biji rendam dahulu
5 biji cili padi | buang biji
1 sudu teh lada hitam
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai | ambil bahagian putih sahaja
3 biji buah keras
BAHAN ULAM (HIRIS):
Kacang panjang
Sedikit kobis
Bunga kantan
Limau kasturi
Telur rebus | jika suka

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Rebus ikan dengan sedikit air bersama asam gelurgor. Asingkan air rebusan dan asam gelugor.
  2. Kisar isi ikan dengan air rebusan dan 1/2 dari santan cair hingga halus. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
  4. Masukkan baki santan cair dan isi ikan kisar dan masak hingga mendidih.
  5. Seterusnya masukkan pula daun limau purut, asam gelugor, biar mendidih seketika.
  6. Kemudian tambahkan santan pekat, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Pastikan rasa cukup rasa masam, masin, manis dan pedasnya.
  8. Reneh selama 30 minit, tutup api dan kacau hingga wap hilang.
  9. Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan hidang bersama kuah dan ulam.

Kredit resipi & foto: resipicitarasawan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI