Jika anda selak resipi bakeri dan pastri, meringue ni kerap ada kan. Kalau nak tahu meringue adalah putih telur yng dipukul bersama gula hingga kental, hingga bila dicuit dengan jari jadi bertanduk atau ‘soft peak’.

Kredit Foto : lawsofbaking.com

Meringue selain dijadikan snek atau manisan yang boleh dimakan begitu sahaja , ia juga digunakan dalam penyediaan kek span, mousse, kastard , pelbagai jenis krim. Juga dijadikan hiasan atas biskut,muffin dan pai.

Kredit Foto : kingarthurflour.com

Ia juga adalah pencuci mulut yang sering dikaitkan dengan masakan Perancis, Switzerland, dan Itali. Secara tradisinya memanglah dibuat dari putih telur yang dipukul dan gula, dan kadang-kadang dimasukkan sedikit bahan berasid seperti lemon, cuka atau krim tartar.

Agen yang mengikat seperti garam, tepung jagung atau gelatin mungkin juga ditambah kepada telur. Tambahan serbuk gula, yang biasanya mengandungi tepung jagung, ke dalam meringue pula menghasilkan pavlova.

Kredit Foto : azeliakitchen.net

Meringue sering diperasakan dengan rasa vanila, sedikit badam, atau kelapa. Untuk nampak menarik pewarna diletakkan. Ia merupakan manisan yang ringan. Meringue buatan sendiri sering kenyal dan lembut dengan luar yang rangup dan dibakar pada suhu rendah 82-93 darjah celcius

Ok jom min share resipi pavlova yand dikongsi dari Kinrara Resort ini :

PAVLOVA

BAHAN-BAHAN :

  • 300 gm telur putih
  • 500 gm gula
  • Secubit garam
  • 50 gm gula halus
  • 75 gm tepung jagung
  • 2 sudu makan air lemon

CARA MEMASAK:

1. Pukul telur hingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan garam,gula halus, tepung jagung dan air lemon sehingga sebati.
3. Bakar pada suhu 100 darjah celcius selama 60 minit.

INFO CHEF : Jangan pukul putih telur terlalu lama, cukup sekadar kembang. Jika tidak putih telur akan kehilangan ‘volume’nya bila disatukan dengan bahan lain.

Saiz hidangan : 2 orang
Waktu Memasak : 1 jam
Cara : Bakar
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Pencuci mulut daripada ‘meringue’