
Anda yang sukakan kuih lapis, anda wajib cuba resipi Kuih Lapis Pandan Coklat yang sungguh sedap dan lembut teksturnya dengan cara mudah. Tak perlu nak perah santan bagai, guna je santan kotak, hasilnya tetap sedap dan tidak mengecewakan. Macam biasa resipi ada disedia di bawah ini:-
KUIH LAPISAN PANDAN COKLAT
BAHAN-BAHAN:
1200ml santan | dari 600ml santan kotak + 600ml air
250gm tepung jagung
150gm tepung beras
300gm gula pasir
5 helai daun pandan
Secubit garam dan esen vanila secukupnya
1 1/2 teh perasa pandan
2 sudu teh serbuk koko | larutkan dengan sedikit air panas
CARA MEMBUAT:
- Campurkan santan, garam, vanilla dan daun pandan hingga suam.
- Keluarkan daun pandan, masukkan gula pasir dan kacau hingga gula larut, ke tepikan dan biarkan sejuk.
- Dalam bekas lain, campurkan tepung ubi dan beras, tuangkan campuran santan tadi, adun rata hingga tiada bergentel lalu tapiskannya ke dalam bekas lain.
- Sementara itu panaskan pengukus dan sediakan loyang 18X18 dan oleskan dengan sedikit minyak. Ketepikan.
- Bahagikan adunan tadi kepada dua, satu warna coklat dan satu hijau pandan.
- Setelah air kukusan mendidih, ambil 100ml adunan padan dan tuangkan dalam loyang pengukus, kukus selama 5 minit, kemudian lapisan dengan warna coklat.
- Lakukan kerja mengukus secara berselang seli adunan hingga habis.
- Dikukusan terakhir, kukus 20-25 minit atau hingga masak.
- Angkat loyang dan sejukkan. Setelah betul-betul sejuk baru potong menggunakan pisau yang disapu dengan minyak.
- Kuih sedia dihidangkan.
Kredit: @rita_siucien .
10 Jenis Biskut Raya Coklat Dan Milo Betul-Betul Rangup Boleh Buat Raya Ni!

Saban tahun, Aidilfitri menjelma bakal di sinari pelbagai jenis biskut raya. Tentunya ramai yang mula menyenaraikan jenis biskut yang bakal menghiasi meja di pagi syawal nanti. Biskut berasaskan coklat dan milo sentiasa memenuhi senarai resepi yang digemari tetamu. Khas untuk anda, rasa tampilkan pelbagai biskut bertemakan coklat dan milo untuk tetamu yang bertandang.
1. MILO CORNFLAKES CRUNCHIES
BAHAN-BAHAN:
- 180gm mentega
- 1/3 cawan gula kastor
- ½ cawan susu pekat
- 1 ½ cawan tepung naik sendiri
- ½ cawan serbuk milo
- 3 cawan bijirin milo
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega, gula kastor dan susu pekat sehingga menjadi krim.
- Masukkan tepung dan serbuk milo. Gaul hingga sebati.
- Sudukan ke dalam cawan kertas.
- Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
- Hiaskan biskut dengan serbuk milo dan milo crunchdi bahagian atas.
INFO CHEF: Boleh gunakan cawan kertas pelbagai warna untuk lebih menarik kerana biskut berwarna gelap.
Saiz hidangan: 80-100 biji
2. SEMPERIT MILO
BAHAN-BAHAN:
- ½ cawan mentega
- ¼ cawan susu pekat manis
- 2 cawan tepung jagung
- 1 sudu makan tepung kastard
- 2 sudu makan nutella
- 2 sudu makan serbuk milo
BAHAN HIASAN:
- Coklat urai
CARA MEMASAK:
- Satukan mentega dan susu pekat manis sehingga sebati.
- Masukkan tepung jagung dan tepung kastard ke dalam adunan tadi.
- Uli sehingga menjadi doh kepada 2 bahagian sama banyak.
- Uli hingga menjadi doh yang lembut. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung jagung.
- Ambil satu bahagian doh dan campurkan dengan nutella dan serbuk milo.
- Canai adunan memanjang (dua-dua adunan buat yang sama)
- Cantumkan kedua-dua adunan dan masukkan dalam acuan semperit.
- Taburkan coklat urai ke atas biskut.
- Bakar pada suhu 160C selama 20 minit
INFO CHEF: Selain cip coklat, boleh juga menggunakan kismis atau ceri sebagai hiasan.
Saiz hidangan: 80-100 biji
3. MILKY MILO
BAHAN A:
- 130gm mentega
- 70gm gula
- ¼ sudu teh esen vanilla
- Secubit garam
BAHAN B:
- 170gm tepung gandum
- 20gm tepung jagung
- 20gm tepung beras
- 1/8 sudu teh serbuk penaik
- 20gm cornflakes
- 20gm serbuk badam
- 20gm badam | cincang
- 20gm milo crunch | dikisar
- 30gm serbuk koko
BAHAN HIASAN:
- Coklat
- Gula aising
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan-bahan A dalam mixer dan pukul hingga sebati.
- Satukan bahan B dan kemudian masukkan ke dalam adunan bahan A.
- Canai dan terapkan dengan menggunakan acuan bintang. Letakkan sebiji coklat di atas biskut.
- Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 150C selama 20 minit.
- Ayak gula aising di atas biskut.
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut selera anda sendiri.
Saiz hidangan: 80-100 keping
4. CHOCOLATE OATS & MILO COOKIES
BAHAN A:
- 250gm mentega
- 90gm gula halus
- 90gm gula perang
- 1 sudu teh esen vanilla
- ½ sudu teh esen mentega
BAHAN B:
- 1 biji telur saiz A
- 1 biji kuning telur
- 20ml susu cair/ susu UHT
BAHAN C:
- 350gm tepung rose
- ½ sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh baking soda
- 100gm serbuk milo
Bahan D:
- 250gm coklat cip
- 80gm oats
- 30gm cornflakes
- 30gm badam | cincang
CARA MEMASAK:
- Sebatikan bahan A.
- Campurkan bahan B ke dalam adunan bahan A.
- Ayak bahan C dan masukkan ke dalam adunan.
- Masukkan semua bahan D ke dalam adunan. Gaul sehingga sebati.
- Susun di atas dulang pembakar.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit dengan api atas bawah.
INFO CHEF: Alas dulang pembakar untuk elak biskut melekat ketika di bakar.
Saiz hidangan: 80-100 keping
5. MILO RED VELVET CHOCOLATE CHIP COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 120gm mentega
- 10gm minyak sapi
- 100gm gula halus
- 120gm tepung gandum
- 50gm tepung beras
- 50gm badam | cincang
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu makan serbuk koko
- ½ sudu teh esen vanilla
- ½ sudu makan pewarna merah
- 30gm coklat chip putih
- 30gm coklat chip
- 3 sudu makan serbuk milo
BAHAN HIASAN:
- Milo nugget | dikisar kasar
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung gandum, tepung beras, serbuk koko dan milo.
- Satukan mentega, minyak sapi, gula hingga adunan menjadi kembang dan berwarna kuning pucat.
- Tambah telur ke dalam adunan dan putar sehingga sebati.
- Tambah esen vanilla dan pewarna merah.
- Masukkan bahan ayak ke dalam adunan.
- Tambah badam dan ½ cip coklat dan cip coklat putih.
- Gaul adunan sehingga sekata.
- Sudukan adunan ke dalam dulang. Hias permukaan doh dengan milo nugget yang dikisar kasar.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C. Bakar selama 20 minit.
INFO CHEF: Boleh paipkan dengan coklat masakan cair di atasnya jika suka.
Saiz hidangan: 80-100 keping
6. BUTTERSCOTCH MILO COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 150gm mentega
- 80gm gula perang
- 80gm gula halus
- 2 sudu makan esen vanilla
- 1 biji telur saiz A
- 225gm tepung gandum
- ½ sudu makan soda bikarbonat
- ¼ sudu teh garam
- 200gm cip coklat butterscotch
- 3 sudu makan serbuk milo
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
- Masukkan esen vanilla dan telur dan pukul sehingga rata.
- Masukkan tepung, soda bikarbonat, garam dan serbuk milo. Gaul menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
- Masukkan cip coklat butterscotch dan gaul sehingga rata.
- Sudukan adunan menggunakan sudu teh dan susun di atas dulang.
- Bakar selama 8-10 min pada suhu 190C.
INFO CHEF: Jika suka, letak hirisan badam diatas biskut sebagai hiasan.
Saiz hidangan: 80-100 keping
7. BISKUT MILO PELANGI
BAHAN-BAHAN:
- 125gm mentega
- 30gm gula aising
- 140gm tepung gandum
- ¼ sudu teh serbuk penaik
- 4 sudu makan serbuk milo
- 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN HIASAN:
- Gula berwarna-warni
CARA MEMASAK:
- Putar mentega dengan gula aising sehingga putih.
- Masukkan tepung, serbuk penaik dan serbuk milo sedikit demi sedikit hingga sebati. Masukkan vanilla esen sekali.
- Rehatkan doh di dalam peti ais selama 15-30 minit.
- Bentukkan adunan mengikut kesukaan masing-masing.
- Taburkan gula berwarna-warni ke atas adunan.
- Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit
INFO CHEF: Biskut boleh dibentuk mengikut cita rasa masing-masing.
Saiz hidangan: 80-100 keping
8. ALMOND HEAVEN COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 226gm mentega
- 2 ½ cawan tepung gandum | diayak
- ½ sudu teh baking soda
- ½ sudu teh garam
- 1 cawan gula halus
- 1 biji telur | dipukul sikit
- 2 sudu teh esen vanilla
BAHAN HIASAN:
- Badam
CARA MEMASAK:
- Masukkan mentega ke dalam bahan kering.
- Masukkan telur dan esen vanilla dan gaul sehingga sebati
- Sudukan adunan dan susun di atas dulang.Hiaskan sebiji badam di atas setiap adunan.
- Bakar selama 12-15 minit pada suhu 170C.
INFO CHEF: Jika mahu, boleh tambah cip coklat atau guna walnut menggantikan badam.
Saiz hidangan: 80-100 keping
9. CHOCOLATE BALLS
BAHAN-BAHAN:
- ¾ cawan mentega | dilembutkan
- ¾ cawan gula perang
- 1 biji telur saiz A
- ¼ cawan susu segar
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 cawan tepung gandum
- ½ cawan serbuk koko
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- ¼ sudu teh baking soda
CARA MEMASAK:
- Krimkan mentega dan gula perang sehingga kembang.
- Masukkan telur, susu dan esen vanilla dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan tepung, serbuk koko, garam dan baking soda yang telah diayak terlebih dahulu.
- Pukul rata.
- Tutup adunan dengan plastik dan simpan di dalam peti ais semalaman.
- Bentukkan bulat seperti bebola dan letak di dalam cawan kertas. Taburkan coklat urai di atasnya.
- Bakar pada suhu 170C selama 7-8 minit.
INFO CHEF: Boleh tambah hiasan berwarna di atasnya untuk lebih menarik.
Saiz hidangan: 80-100 keping
10. MILO CRUNCH COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan cornflakes
- 200gm coklat masakan | dicincang kasar
- 3 sudu besar golden syrup
- 50gm mentega
BAHAN HIASAN:
- Buah Ceri
CARA MEMASAK:
- Hancurkan cornflakes (hancur kasar)
- Masukkan coklat masakan, golden syrup dan mentega ke dalam kuali.
- Kacau di atas api yang perlahan sehingga adunan sebati.
- Sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan letak buah ceri sebagai hiasan.
- Sejukkan ke dalam peti ais semalaman.
INFO CHEF: Agak mudah dibuat kerana tidak memerlukan ketuhar untuk membuatnya.
Saiz hidangan: 80-100 biji
Resipi: Terima kasih @shehezcookies
Resipi Kek Marble Mudah, Bakar Guna Periuk & Dapur Gas Je

Anda penggemar Kek Marble tapi tercari-cari resipi yang mudah dan boleh bakar tanpa guna ketuhar? Ni dia resipi yang anda perlukan.
Kek Marble ini sangat mudah dan simple sahaja. Cara bakarnya pun senang dimana anda tidak perlu guna oven. Hanya masak kek and menggunakan periuk nasi dan dapur gas sahaja. Wow!
Ramai yang tanya, masak kek guna dapur gas ni, periuk tak hangit ke? Tak terbakar ke? Tak berlubang ke? Jawapannya tak selagi anda masak menggunakan api kecil.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Elyani Ramli. Pasti seronok pertama kali buat kek walaupun rumah tak ada oven.
CARA MASAK KEK MARBLE SEDAP TANPA GUNA OVEN
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan margerin (empunya resipi guna cap pelangi) – beli online disini
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung naik sendiri – beli online disini
- 1 sudu kecik esen vanilla – beli online disini
- 5 bijik telur saiz B
- 2 sudu besar susu cair – beli online disini
- Pewarna hijau & merah – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Pukul gula dengan margerin sampai kembang.
2.Masukkan esen vanilla dan susu cair.
3.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebijik dan pukul sampai sebati.
4.Akhir sekali, masukkan tepung yang sudah diayak.
5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letak pewarna dengan secukupnya.
6.Tuang adunan ke dalam loyang secara berselang seli.
7.Masukkan loyang ke dalam periuk, tutup dan masak denagn api kecil selama 45 minit atau hingga kek masak.
INFO:
1.Periuk kena tutup masa bakar @ masak kek.
- Tak perlu letak air masak masak kek. Kalau letak air akan jadi kek stim/kukus.
- Boleh letak loyang dalam periuk yang dalamnya dialas dengan tungku dapur, tudung periuk, pasir atau apa-apa petua, tapi empunya resipi letak loyang kek ‘direct’ dalam periuk.
- Kek ini masak dalam tempoh 45 minit. Kalau kek anda belum masak dalam waktu itu, tambah la masa 5 ke 10 minit lagi.
- Empunya resipi tidak panaskan periuk sebelum masuk loyang kek, kalau anda nak panaskan dulu, terserah.
Kredit resipi & foto: Nor Elyani Ramli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kuih Bakar Pandan Lemak Manisnya Memang Cukup Rasa

Kuih muih melayu ni memang tiada tandingan sedapnya jika nak dibandingkan dengan kuih moden.Cara masak yang menggunakan kaedah lama juga salah satu sebab membuatkan kuih tersebut jadi enak bila dijamah.Kuih bakar pandan ni ada juga dimodenkan cara pembuatannya. Terpulang pada citarasa anda. Bagi yang nak cuba buat sendiri
dikongsikan cara membuatnya.
Kuih Bakar Pandan
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air pandan
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan gula(Boleh Kurangkan)
- 2 biji telur gred A
- Sedikit pewarna hijau
- Sedikit garam
Cara membuat:
1.Blend semua bahan-bahan di atas.
2.Panaskan acuan di atas tungku dapur gas.(Tujuannya supaya tepi-tepi kuih garing)
3.Dalam acuan yang dipanaskan tu,masukkan planta magerin dalam satu.
4.Masukkan adunan yang diblender tadi, biarkan dalam 4-5 minit.

5.Taburkan bijan kemudian masukkan dalam oven api atas dan bawah.

6.Bakar lebih kurang 20-30 minit tengok oven masing-masing.
Kredit: Ainie Idris
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official