Ads

Cara Buat Kek Pisang Kukus Sedap Hanya Guna Blender.

Kek Pisang Kukus ni memang ramai peminat. Nak buatnya pun senang dan tak guna banyak bahan. Malah kalau tak ada ketuhar pun tak mengapa sebab resipi perkongsian saudari Anis Kamal ni hanya perlu dikukus sahaja. Nampak gebu dan sedap kan? Jom cuba. Pasti anak-anak dan suami suka.

 

KEK PISANG KUKUS GEBU & SEDAP

Ads

 

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 5 biji pisang berangan
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan telur dan gula ke dalam pengisar ( blender) dan kisar hingga kembang. Anggaran kisaran dalam 5 minit.
  2. Kemudian masukkan minyak dan esen vanilla. Kisar sekejap.
  3. Seterusnya masukkan pisang yang telah dilenyek. Kisar.
  4. Dalam bekas yang lain, ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.
  5. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi. Kaup balikkan hingga sebati dan rata.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang telah dioles minyak. Letak kepingan pisang hiris diatasnya.
  7. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak. Sedia untuk dinikmati.

TIP:

Ads
  1. Jika nak hasilkan kek pisang yang berurat, kisar pisang selama 1 minit sahaja.
  2. Jika nak pastikan kek sudah masak atau belum, cucuk menggunakan lidin. Jika licin dan tidak melekat, ia menandakan kek telah masak.
  3. Untuk hiasan, potong pisang nipis-nipis. Jika tebal, pisang akan tenggelam.

 

Kredit resipi & foto: Anis Kamal

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Seri-Aji® Meriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, 2,026 Pek Nasi Goreng...

Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa x RASA sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang berlangsung dari...