Ads

Cara Buat Kek Coklat Ringkas Sukatan 4 Sudu, Hasilnya Sesuai Untuk Seorang Makan

Tinggal sendirian dalam rumah tapi tekak terasa nak makan kek coklat homemade atau dibuat sendiri. Supaya tak membazir boleh gunakan sukatan yang dikongsi oleh Jebat Shima.

Dengan sukatan empat sudu bahan, tetap terhasil kek coklat yang enak dalam kuantiti yang cukup untuk dimakan oleh seorang atau dua ahli keluarga.

Resipi kek coklat ringkas sukatan 4 sudu
Bahan-bahan

4 sudu gula
1 biji telur
4 sudu minyak
4 sudu serbuk koko
4 sudu tepung gandum
1/2 sudu teh baking pawder
1/2 sudu teh sodabikarbonat

Cara Buat Kek Coklat Ringkas Sukatan 4 Sudu, Hasilnya Sesuai Untuk Seorang Makan

Ads
Cara membuat

Campurkan gula dan telur, kacau guna garpu saja.

Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau sebati.

Ads

Sediakan empat cawan plastik, tuang adunan ke dalamnya.

Kukus 15-25 minit.

Ads

INFO: Jika mahu kuantiti lebih banyak, gandakan saja adunan.

Anda mungkin berminat dengan

Resipi & foto: Jebat Shima

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Tip Masak Sotong Jadi Pejal & Tak Berair, Ramas Dengan Garam

Tip masak sotong mudah dengan meramasnya bersama garam hingga berbuih. Petua ini membantu sotong kekal pejal, tak berair dan tak mudah mengecut.