Cantik sungguh ‘kejadian’ Japanese cotton cheesecake ini. Nampak pun dah tahu sedap. Boleh hilang stres bila makan kek begini, apatah lagi kalau dibuat sendiri.
Japanese cotton cheesecake ini sebenarnya hasil air tangan Nur Aisyah Bt Azman. Menurut beliau membuat kek ini ibarat terapi, bagi yang nak cuba hasilkan kek dengan hasil yang sama, Nur Aisyah turut berkongsi resipinya. Nampak macam mudah saja cara buatnya.
Teringin nak makan kek keju dengan oreo, boleh cuba ramuan dari biskut oreo perisa red velvet ini. Rasa krim keju lemak berkrim ni tak muak sebab ada jus lemon. Untuk kelainan rasa boleh guna biskut perisa red velvet. Memang terbaiklah.
Jom semak resipi perkongsian dari Sue Unnieni, kalau ikut ramuan dan langkah membuat dengan betul, InsyaAllah jadi. Cubalah ye.
RED VELVET OREO CHEESECAKE
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan base/ lapisan dasar:
1 pek besar biskut Oreo perisa Red Velvet (krim dan biskut diasingkan)
3 sudu besar mentega (dicairkan)
Bahan-bahan krim keju:
500 gm dengan krim keju
200 ml krim putar
Krim putih Oreo
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar gula kastor
1 sudu besar serbuk gelatin
2 sudu besar air
1/2 pek biskut Oreo kecil (dipatahkan)
.
CARA MEMASAK :
1. Asingkan biskut Oreo perisa Red Velvet dengan krim putihnya.
2. Hancurkan biskut Oreo sehingga menjadi serbuk.
3. Gaulkan dengan mentega yang sudah dicairkan sehingga sebati.
4. Ratakan campuran biskut di atas loyang saiz 6″ dan tekan sehingga mampat.
5. Biarkan bes Oreo sejuk di dalam peti beku selama 15 minit.
6. Putarkan krim keju dan gula sehingga sebati atau sehingga gula sudah tidak menjadi berketul.
7. Menggunakan teknik double-boiler, cairkan krim putih Oreo yang diasingkan.
kemudian gabungkan gelatin dengan air suam.
8. Campurkan krim putih Oreo cair, gelatin, jus lemon dan putarkan sehingga adunan menjadi gebu dan sebati.
9. Letakkan biskut Oreo yang dipatahkan ke dalam adunan dan kacau sedikit.
10. Masukkan adunan krim keju ke atas base Oreo yang telah dibekukan. Hiaskan kek mengikut kreativiti anda.
11. Masukkan ke dalam peti ais dan bekukan semalaman atau sehingga sudah tidak cair lagi.
Kredit : FB Sue Unnie
MASIH MENCARI OVEN UNTUK MEMBAKAR KEK, BELI ONLINE AJE, JOM LAYARINYA DI SINI.
Mini cup cake red velvet keju leleh. Ia bukan saja cantik dipandang, malah sedap dimakan. Dilimpahi rasa keju. Anak-anak mesti suka kerana warnanya yang cukup menyerlah.
Saiznya yang comel memudahkan ia untuk dimakan. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nuralia Idayu ini ye. Gerenti tak menyesal!
Tuangkan tepung, serbuk baking powder, serbuk soda bikarbonat. Kacau dengan sudu kasi rata. Kalau terus putar guna mixer takut nanti bersepah tepung luar bekas.
Titiskan pewarna dan red velvet emulco. Baru boleh mix guna mixer.
Masukkan air 1/2 cawan dulu; kalau rasa pekat tuangkan lagi sikit-sikit. Pekat sangat pun tak boleh nanti kek bantat.
Sapu minyak guna tisu dalam bekas lompang tu untuk elakkan kek melekat, senang nak keluarkan bila masak Agihkan adunan dalam bekas lompang, isi dalam 3/4 bekas sajaa
Api sederhana besar, kukus dalam 20 minit. Sementara tunggu kek sejuk, boleh putar topping cheese.
Dah sejuk, bolehlah keluarkan daripada cawan. Untuk sediakan topping cheese, putar keju sampai agak-agak kembang dan lembut. Masukkan krimwell & icing. Mix sampai sebati dan tak ada ketulan. (Nak manis, letak gula icing banyak. Nak kurang manis, letak gula icing sikit saja)
Masukkan susu cair sikit-sikit je. Nak cair, letak lebih. Ikut selera sendiri.
Final step, letakkan keju atas kek. Nak guna pipping bag pun boleh, tabur-tabur sikit untuk hias nak bagi nampak cantik.
Bila tiba puasa dan menjelangnya hari raya, ramai yang mula membuat biskut raya. Walaupun tahun ini Syawal tidak dapat disambut di kampung halaman seperti kebiasaan, tetapi kemeriahannya masih boleh dirasai. Beraya di kota pun tak mengapa. Asalkan keluarga tercinta ada bersama. Di musim PKP ni juga membawa seribu kebaikan. Ini kerana ramai yang mula belajar buat biskut raya sendiri. Baguslah…Inilah masanya nak tunjuk kepakaran masing-masing. Bagi anda yang nak cuba buat Biskut Tat Teratai, resipi perkongsian saudari Nor Haslina Md Nor ni boleh dicuba. Nampak sedap kan? Jom cuba.
CARA MEMBUAT BISKUT TAT TERATAI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Ayak tepung red rose dan tepung jagung. Ketepikan.
2. Pukul mentega, marjerin dan gula ising hingga sebati.
3. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul sebati sekali lagi.
4. Masukkan tepung. Uli hingga doh tidak melekat di tangan. Kalau terlalu lembik, boleh tambah tepung red rose sedikit demi sedikit.
5. Bulatkan doh, balut dengan plastik dan rehatkan dalam chiller selama 15-20 minit.
6. Keluarkan doh, canai setebal 3mm dan terap menggunakan acuan biskut jakarta 6 kelopak atau 5 kelopak.
7. Masukkan doh yang diterap ke dalam ‘paper cup’ dan susun atas dulang pembakar. Isikan jem nanas secukupnya.
8. Jika suka, boleh hias Tat Nanas mengikut kreativiti masing-masing.
9. Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Bakar biskut pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau hingga masak. Guna api atas bawah. ( Masa dan suhu mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing)
10. Bila sudah masak, sejukkan sebelum disimpan dalam balang kedap udara.
INFO:
1. Satu adunan ini boleh dapat dalam 80 keping biskut. Bergantung pada ketebalan doh yang dicanai.
2. Tepung red rose bukan tepung gandum cap bunga ros ya. Tepung red rose adalah tepung khas untuk buat biskut.
3. tepung red rose ada dijual di kedai alatan bakeri. Ia sama dengan tepung biskut. Hasil bila menggunakan tepung ini adalah biskut akan jadi lebih rangup, sedap dan tahan lama.
4. Untuk membentuk jem nanas yang bulat begitu, sapukan sedikit marjerin di tangan dan bulatkan jem.