Jom cuba buat Homemade Chicken Wraps ni. Hanya guna 3 cawan tepung gandum, boleh dapat 10 keping wraps ni. Kalau ada anak ramai, atau nak buat jamuan, boleh cuba resipi perkongsian saudari E-Mah Najmah ni. Memang jimat banyak berbanding yang dibeli. Mudah, sedap dan sangat berbaloi dicuba.
RESIPI HOMEMADE CHICKEN WRAPS
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak zaitun – boleh juga guna minyak sayur atau minyak masak
1 cawan air
1 sudu teh baking powder – pilihan. jika tiada, boleh abaikan.
CARA MEMASAK: 1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas bersesuaian. Tambahkan garam dan minyak. Gaul rata. jika guna baking powder, masukkan sekali. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit (hingga habis) sambil digaul. Uli seketika. Pastikan doh tidak terlalu lembik dan tidak melekat di tangan. Jika melekat masa uli, tambah sedikit tepung. 3. Uli doh hingga sebati dan rehatkan selama 10 minit. Kemudian bahagikan doh kepada 10 bahagian dan bulatkan menjadi doh kecil.
4. Canai doh tadi senipis yang boleh dan pastikan doh tidak koyak. Panaskan kuali non stick dan masak doh selama 1 minit bagi setiap bahagian. Jangan masak terlalu lama nanti wrap jadi garing dan tidak boleh digulung.
Ads
5. Untuk menyediakan Chicken Wrap, isikan dengan pelbagai inti kegemaran. Antara yang boleh diisi ialah isi yam yang digoreng tepung, salad, tomato dan perasakan dengan sos dan mayones. 6. Balut dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.
1. Tauhu digoreng sehingga masak, kemudian dipotong segi tiga. Tengah-tengah tauhu tu dikelar untuk sumbat sayur-sayur nanti.
2. Timun, sengkuang, lobak merah disagat atau dipotong memanjang. Taugeh dibuang ekornya, kemudian celur sekejap dengan air panas. Jangan celur terlalu lama, takut nanti lembik. 3. Bahan-bahan sayur bolehlah disumbat dalam tauhu yang dah digoreng dan dikelarkan di tengah-tengah tu.
1. Bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili kering dipotong kasar-kasar, kemudian goreng sekejap di dalam minyak. Bila agak-agak dah garing, angkat dan toskan. 2. Masukkan bahan-bahan tadi dalam pengisar. Kisar sehingga halus. 3. Gunakan minyak lebihan goreng bahan-bahan tadi, kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
4. Bila dah agak-agak pecah minyak, masukkan gula merah @ nisan berserta air asam jawa. 5. Kemudian masukkan kacang tanah yang dikisar kasar tadi. Kalau agak kering dan pekat, boleh masukkan air. Ikut citarasa masing-masing nak kuah kacang tu macam mana sama ada pekat atau agak-agak cair sikit. 6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Agak dah okay rasanya, boleh tutup api. 7. Siap kuah kacang. Bolehlah dimakan dengan tauhu yang dah disumbat tadi.
Menu bakeri dan pastri dari Hotel Armada PJ ini memang cukup popular. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru di antaranya dengan menghasilkan bombolini iaitu donut Itali yang popular dan Cronut gabungan donut dan croissant.
Kalau nak tahu Cronut dicipta di Dominique Ansel Bakery. New York, Amerika Syarikat pada tahun 2013 oleh pemilik bakerinya Dominique Ansel. Dan kini sangat popular di merata dunia.
CRONUT
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh cronut:
150ml susu segar
10gm yis kering
50gm mentega
35gm gula
350gm tepung roti
6gm garam
1 biji telur
Bahan lapisan cronut :
100 gm pastri marjerin | dicanai nipis
Bahan inti cronut (coklat ganache): 150gm coklat masakan 100gm krim putar 10gm mentega
CARA MEMASAK : Membuat inti : 1. Panaskan krim putar sehingga mendidih sedikit 2. Tuang ke atas coklat dan kacau hingga sebati 3. Masukkan mentega dan sebatikan Membuat cronut : 1. Masukkan tepung, yis, gula, telur dan garam. Gaulkan hingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan uli lama 5 minit sehingga menjadi doh. 3. Masukkan mentega ke dalam doh tersebu dan uli sekali lagi selama 7 minit. 4. Rehatkan selama sejam. 5. Setelah itu mulai memproses lapisan demi lapisan cronut dengan membuat lipatan antara doh dengan mentega tawar yang dilakukan berulang. 6. Bentukkan menjadi doh bersegi, giling hingga tipis dan kemudian sapukan mentega di atas permukaan doh tepat di tengah-tengah dan lipatkan balik dan canai hingga mentega tertutup rapat. 7. Canaikan dan lipat berulang-ulang sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan. 8. Masukkan doh dalam peti sejuk seketika 9. Seteleh dikeluarkan dari peti sejuk. mulai menerap dan membentuk bulat doh dengan acuan donut. 10. Panaskan minyak penuh dalam kuali dan goreng hingga keperangan 11. Paipkan coklat ganache ke dalam cronut 12. Sediakan gula yang digaulkan bersama sedikit serbuk kayu manis..Golekkan cronut dalam gula tadi. 13. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Gabungan donut dan croissant Keistimewaan : Rapuh dan garing dan rasa yang kaya bercoklat
Info Chef :Pemilik bakeri Dominique Ansel, menggunakan doh berupa pasteri lapis atau puff (ala croissant) berinti krim dan rupanya pula menyerupai donut, yang dikenali sebagai cronut.
BOMBOLINI
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
250gm tepung roti
110ml susu segar
1 biji telur
60gm mentega
35gm gula
15gm yis kering
2 gm garam
2 biji kuning telur
Bahan untuk inti (krim kastad) :
100ml susu segar
1 biji kuning telur
20gm gula halus
9gm tepung jagung
1ml esen vanila
30gm krim putar (whipping cream)
CARA MEMASAK : Krim kastad : 1. Didihkan susu di dalam bekas, atas api yang sederhana. 2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan kuning telur dan gula, kacau hingga sebati. 3. Campurkan tepung jagung dan terus kacau hingga sebati 4. Tuangkan larutan susu mendidih tadi ke dalam campuran di dalam mangkuk tadi. Biarkan masak hingga pekat. 5. Biarkan kastad sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam. 6. Pukul krim putar sehingga mencapai ‘stif peak’ (bertanduk). 7. Kaup balik krim putar ke dalam adunan kastad yang telah sejuk hingga sebati. 8. Ketepikan
Bombolini: 1. Masukkan tepung, yis, dula telur dan garam. Gaullkan sehingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan mentega. Uli sehingga menjadi doh. 3. Rehatkan selama dua jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari doh yang asal. 4. Giling sehingga nipis dan terap bentuk bulatan 5. Goreng dalam minyak panas sehingga menjadi warna keperangan. 6. Biarkan sejuk seketika. Setelah itu lubangkan bahagian tengah dan diisi dengan krim kastad. 7. Taburkan gula di atasnya dan sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Donut Itali Keistimewaan : Gebu lembut dan berkrim
Info Chef: Goreng antara 5- 10 minit sahaja. Kerap dibalik- balikkan supaya masak sekata dan berwarna perang keemasan.
Terima kasih : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor. www.armada.com.my