
Makanan berasaskan bawang putih dan halia adalah antara yang boleh membantu membuang angin dalam badan. Namun, untuk makan secara mentah terutamanya bawang putih, rasanya kurang enak. Sekali cuba, terasa serik untuk menikmati kali kedua. Jadi bolehlah hasilkan bawang putih goreng rangup atau Garlic Cruchy perkongsian saudari Murni Ja’afar di bawah ni. Sangat ringkas, sedap dan tahan lama. Bawang putih dekat dapur pun tak akan jadi kecut. Jom cuba. Boleh dijadikan kudapan dan snek ringan.
CARA BUAT BAWANG PUTIH RANGUP (GARLIC CRUNCHY)
BAHAN-BAHAN:
- Bawang putih – jumlah ikut sebanyak mana yang anda nak hasilkan
- Air garam ( garam dilarutkan dalam air. Kemasinan ikut citarasa)
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Kupas bawang putih dan basuh bersih. Toskan.
2. Sagat bawang tadi nipis-nipis. Boleh juga dihiris menggunakan pisau.
3. Panaskan minyak dengan banyak dalam kuali.
4. Goreng hirisan bawang putih tadi guna api sederhana. Pastikan pandai mengawal suhu supaya bawang putih tidak berwarna gelap. Nanti rasanya pahit.
5. Sebelum bawang garing, masukkan 1 sudu teh air garam ke dalam minyak gorengan berisi bawang. Gaul rata dan masak hingga garing.
6. Angkat, toskan minyak dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Murni Ja’afar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Serbuk Colek Sedap. Tak Pedas Sangat, Sedang Elok Je

Serbuk Colek memang sedap jika dicicah dengan jambu, mangga, nanas dan sebainya. Pedas-pedas manja, masin dan manis. Memang susah nak berhenti bila dah menjamahnya. Bagi anda yang suka makan Colek Buah, resipi Serbuk Colek perkongsian saudari Mariana Zainal ini boleh dicuba. Sesuai sangat buat stok di rumah. Selamat mencuba!
CARA BUAT SERBUK COLEK SEDAP
BAHAN-BAHAN:
20 tangkai cili kering – beli online disini
Segenggam udang kering (tak nak letak pun boleh tapi kurang rasa. Sebaiknya letak) – beli online disini
3 ketul belacan sebesar ibu jari (nak lebihkan pun boleh) – beli online disini
2 1/2 cawan gula pasir halus
(kalau guna gula pasir kasar kena kisar sekali dengan bahan-bahan lain)
2 sudu kecil garam halus (kurang rasa baru tambah)
CARA MEMASAK:
1. Dengan api sederhana perlahan, sangai (goreng tanpa minyak) cili kering hingga garing kemudian angkat dan biarkan sejuk.
2. Kemudian sangai udang kering dan belacan hingga garing. Biarkan sejuk juga.
3. Kisar cili kering, kering dan belacan guna pengisar kering hingga halus.
4. Dalam satu bekas, satukan gula pasir, bahan kisar dan garam. Gaul rata. Jika kurang garam boleh tambah.
5. Serbuk Colek sedia untuk dinikmati bersama buah potong.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Tortilla Chips Yang Ringkas. Hanya Gunakan Wraps

Kalau anda ada wrap di rumah, boleh cuba buat tortilla chips menggunakan wrap tersebut. Rangup dan sangat sedap. Daripada wrap terbiar begitu sahaja, lebih buat kita oleh menjadi tortilla chips. Resipi ini dikongsi oleh saudari Zatil Arip yang menghidangkan chips ini dengan telur hancur.
TORTILLA CHIPS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Sapu wrap dengan minyak zaitun.
2. Potong menjadi bentuk segitiga-segitiga kecil.
3. Taburkan garam dan lada hitam jika suka.
4. Bakar suhu 180°C selama 7 minit atau sehingga kerangupan yang disukai.
Chips ini boleh dimakan bersama telur hancur. Sesuai untuk sarapan atau kudapan di petang hari.
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 1/2 cawan susu segar
- Garam
- Lada hitam
- Tomato | dipotong dadu
- Bawang | dipotong dadu
- Daun ketumbar | dihiris
- Sehiris lemon
CARA MEMASAK:
- Pecahkan 4 biji telur, kemudian gaul dengan setengah cawan susu segar, garam dan lada hitam.
- Cairkan mentega, masak telur dengan api perlahan sambil kacau telur tersebut.
- Bila dah sedikit berketul, angkat. Boleh perah sedikit lemon.
- Tabur dengan apa yang kita suka. Masukkan timun yang dipotong dadu pun sedap.
Kredit resipi & foto: Zatil Arip
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Aneka Resipi Cucur Yang Mudah Dibuat Untuk Hidangan Minum Petang Anda
Resipi Kentang Putar Sedap Ala KFC. Simple & Tak Guna Banyak Bahan
Wanita Ini Kongsi Cara Olah Daging Burger Frozen Supaya Lebih Sedap & Berjus
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
5 Cara Masak Makanan Gerai Jepun Popular. Gerenti ‘Laris’ Lah…

Makanan Jepun adalah antara sajian popular dunia. Bahan makanan rendah lemak dan tidak menjadi pemangkin kepada obesiti. Pemakanan yang sihat boleh menjadikan tubuh sihat juga.
Hari ni Min nak kongsi resipi dari Chef Qayyum Irwanzi , chef muda yang kreatif dan gigih. Chef ni pernah bertugas di restoran Korea Selatan. Tapi cukup berbakat dengan sajian Jepun juga. Jom semak resipinya…
1. YAKITORI (ALA SATE AYAM)
BAHAN-BAHAN :
- 2 kepingan isi tanpa tulang | dipotong dadu
- Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
- 2 ulas bawang putih |dicicang halus
- 2 sudu makan kicap
- ½ sudu makan cuka
- ½ sudu teh tepung jagung
- Garam dan gula secukup rasa
- Biji bijan untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan isi ayam, daun bawang, kicap, cuka, bawang putih, tepung jagung, garam dan gula
secukup rasa. Biarkan ayam diperap seketika.
2. Cucukkan isi ayam ke lidi diselang selikan bersama daun bawang. Boleh juga menggunakan
cili dan cili benggala.
3. Grill ayam di atas api yang sederhana besar sehingga masak sepenuhnya setiap sisi.
4. Taburkan bijan ke atas ayam yang siap dimasak.
Saiz Hidangan : 2 Orang
Waktu Memasak : 30 minit
Cara Memasak : Gril/panggang
Jenis Masakan : Ala sate, cucuk ayam Jepun
Keistimewaan : Mudah dibuat dengan bahan masakan yang ringkas
Info Chef : Antara street food Jepun paling popular. Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk daging lembu.
2. MOCHI (KUIH BEBOLA PULUT )
BAHAN-BAHAN :
- 200gm tepung pulut
- 4 sudu besar gula castor
- Sedikit tepung katakuriko | untuk menyalut mochi
- Beberapa titik pewarna makanan
Bahan inti :
- 200 gm buah kundur (rock melon)
- 100 gm gula
- 250 ml air
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung pulut bersama gula, garam dan sedikit pewarna makanan, gaul sebati.
2. Kukus adunan mocha lebih kurang 15 minit di dalam bekas pengukus.
3. Taburkan tepung katakuriko di atas dulang dan golekkan mocha yang telah dikukus.
4. Bahagikan tepung mochi kepada beberapa bahagian bebola kecil.
5. Masukkan inti mengikut perisa citarasa anda dibahagian tengah mochi.
Cara masak inti :
1 . Potong dadu (kecil) buah kundur.
2. Rebus dengan air sehingga lembut dan hampir hancur.
3. Kemudian masukkn gula hingga larut, kacau hingga sebati.
Saiz Hidangan : 10 biji
Waktu Memasak : 45 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis Masakan : Manisan Jepun
Keistimewaan : Rasa kenyal dan manis
Info Chef : Anda juga boleh menggunakan buah-buahan segar sebagai inti mochi.
3. SENBEI (KEROPOK BERAS PANGGANG)
BAHAN-BAHAN :
- 120 gm tepung beras
- 40 gm nasi putih
- ¼ sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak sayuran
- 4 sudu makan air
CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung besar, nasi putih, garam dan minyak ke dalam pemproses makanan. Kisar
sehingga halus.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga campuran basah dan berketul.
3. Uli adunan sehingga sebati.
4. Bahagikan adunanan kepada beberapa bahagian. Bulatkannya dan ratakan sehingga nipis.
5. Letakkan kertas pembakar di atas dulang pembakar. Kemudian letakkan adunan yang telah di nipiskan.
6. Bakar lebih kurang 6-8minit. Kemudian terbalikkannya dan bakar sekali lagi 6-8minit.
7. Pastikan biskut tersebut tidak hangus dan sebelum dihidangkan biskut beras hendaklah sejuk sepenuhnya.
Saiz Hidangan : 4 Orang
Waktu Memasak : 45 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis Masakan : Keropok
Keistimewaan : Kudapan rangup dimakan
Info Chef : Boleh dicampur rumpai laut kering dan bijan jika suka.
4. OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm tepung gandum
- 150gm keladi jepun | diparut
- 10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 200 ml air
- 250 gm kobis | dihiris halus
- 50 ml mayonis
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik.
2. Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati.
3. Panaskan kuali bersama minyak masak.
4. Tuangkan adunan ke atas kuali yang sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali.
5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan.
6. Hiaskan okonomiyaki dengan mayonis di atasnya.
7. Anda juga boleh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) sebagai hiasan
Saiz Hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 1jam 15minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis Masakan : Sajian Jepun
Keistimewaan : Lempeng Jepun yang enak dan lembut berperisa
Info Chef : Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake .Dashi adalah bahan asas dalam kebanyakan masakan Jepun.
5. EBIYAKISOBA (SHRIMP FRIED NOODLE)
BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 1 biji lobak merah | diparut
- 2 helai daun kobis | diracik halus
- ¼ cili benggala hijau
- 500 gm udang
- 1 ikat daun bawang | dihiris kasar
- ½ sudu teh bijan
- 1 sudu teh kicap
- 1 paket mi soba yang sudah direbus
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang merah,lobak merah, kobis, cili benggala dan udang. Biarkan ia masak seketika.
3. Masukkan mi bersama kicap dan goreng seketika.
4. Akhirnya taburkan daun bawang dan bijan.
Saiz Hidangan :4 orang
Waktu Memasak : 30 minit
Cara Memasak : Tumis
Jenis Masakan : Sajian Mi Jepun
Info Chef: Mi soba adalah mi yang halus helaiannya yang dibuat dari ‘buckwheat’ iaitu dari jenis gandum kuda atau gandum hitam.