Kebiasaannya, kita akan lihat dumpling yang kulitnya jernih dan lutsinar. Namun kali ini kita tukar kepada dumpling yang menggunakan tepung dan air panas saja.
Menerusi perkongsian daripada Ida Alina Salleh ini, dumpling jenis ini tidak lutsinar seperti dumpling ‘har gow’.Sebaliknya, hanya canai senipis yang boleh.
RESIPI DUMPLING WRAPPER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
160gm tepung gandum – beli online di sini 90ml air panas (tak mendidih, dalam 65-70 darjah C)
1. Campurkan guna sudu sebab panas. Bila dah tak panas, uli sampai tak melekat dan adunan licin (dalam 3-4 minit).
2. Biarkan dalam bekas bertutup 45 minit. Kemudian, jadikan 12 bebola kecil. Saya guna tortilla press untuk leperkan. Kalau tak mahu melekat antara satu sama lain, tabur tepung jagung. 3. Kalau nak saiz serupa, guna acuan/mulut cawan untuk potong bulat-bulat sekata.
*Kenapa best buat sendiri kulit ni? Sebab bahan memang ada di rumah, dapat ketebalan yang macam kita suka, saiz yang kita nak, dan boleh buat cukup-cukup untuk kita nak makan. *Kalau nak buat wrapper gyoza, canai adunan senipis yang boleh. Kalau kulit wantan tak perlu nipis sangat.
*Untuk 12-16 wrapper (ikut berapa nipis dicanai dan saiz) *Adunan ni lembut, senang nak canai. Tapi mesti rehatkan sekurangnya 45 minit, jadi bila dicanai dia tak mengecut.
CARA BUAT INTI GYOZA AYAM HOME MADE
INTI CHICKEN GYOZA:
350gm isi ayam *Saya proses isi ayam dengan 2 ulas bawang putih dan sedikit halia 3 helai daun kobis | dilayur sikit & dicincang 2 cendawan shiitake kering | rendam & hiris – beli online di sini 3 daun bawang 1 sudu kecil minyak bijan – beli online di sini 1 sudu kecil kicap cair – beli online di sini Garam & black pepper
Ads
*Campur semua inti dan uli hingga warnanya pucat dan inti mula melekit.
SOS: 1 sudu besar cuka + 1 sudu besar kicap cair
CARA MASAK GYOZA:
1. Panaskan sikit minyak dalam non-stick pan. Bila dah panas, susun gyoza, masak hingga kekuningan di bawah. Masukkan ¼ cawan air panas. Tutup kuali, biar gyoza berkukus hingga air mula kering.
2. Buka penutup. Bila air kering. Letak sedikit minyak bijan. Angkat dan hidang.
Ads
CARA BEKUKAN GYOZA LEBIHAN / DUMPLINGS YANG BELUM DIMASAK
1. Susun dalam bekas/tray. Bekukan dalam freezer. Bila dah keras betul, baru masukkan dalam freezer bags agar tak melekat-lekat antara satu sama lain.
2. Kalau nak defrostkan, keluar dan susun macam ni balik. Baru defrost dan masak. 3. Bekukan dulu dalam dulang. Dah beku, boleh masukkan dalam plastik.
Hari ni kita nak makan ikut selera pantai timur pula. Nak buat ketupat sotong kenalah cari sotong-sotong yang buncit dan segar. Cara ni ikut orang Kelantan . Kalau Trengganu kuahnya warna putih menggunakan halia, bawang dan halba. Halba digunakan untuk hilangkan bau hanyir pada sotong. Buat yang teringin nak buat dikongsikan resipinya.
KETUPAT SOTONG
Bahan-bahan:
Beras pulut secukupnya – basuh dan rendam sekejap 8 ekor sotong – asingkan kepala dan badan Santan 1/2 kg 1 ketul gula melaka – potong kecil 1 sudu gula pasir Secubit garam Daun pandan
Cara memasak: 1.Rendam beras pulut dengan air dan secubit garam sekejap.
2.Masukkan beras pulut ke dalam sotong yang telah dibuang kepala dan dicuci bersih.
3.Masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan tekankan sedikit.
4.Kemudian dicucuk dengan lidi bagi mengemaskannya.
5.Susun dalam periuk bersama daun pandan. Tuangkan santan dan sedikit garam.
6.Masak sehingga pulut masak, baru dimasukkan gula melaka. Masak sehingga agak pecah minyak.
Telur kelapa ini boleh dianggap sebagai lauk nostalgia. Kali terakhir merasai lauk ini mungkin ketika masih kecil dimasak oleh ibu atau nenek kita.
Lauk telur ini memang jarang sangat dihidangkan pada masa kini sebab itu tak mustahil anak-anak sekarang tak pernah menikmati keenakannya. Supaya lauk ini tak hilang ditelan zaman sesekali gantikan telur dadar dengan telur kelapa.
Cara buat telur kelapa
Bahan-bahan
5 biji telur
Kelapa parut secukupnya
Bahan ditumbuk
2 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih – 2 ulas
1/2 inci kunyit hidup – stgh inci
1/2 inci halia
4 tangkai cili hijau
Cara membuat
1. Pecahkan telur dalam bekas dan masukkan bahan tumbuk bersama kelapa parut.
2. Gaul sebati dan masukkan garam dan bahan perasa. Kacau rata.
3. Panaskan minyak dan goreng telur dan balikkan selepas keperangan. Angkat dan hidangkan.
Tercari-cari resipi Creamy Ravioli yang mudah, sedap dan mudah masak? Resipi pasta homemadeperkongsian Chef Sue M Arukin ni antara yang boleh dicuba. Kalau makan di restoran, harganya memang mahal. Dengan adanya resipi ni, tak perlu risau lagi. Memang mudah. Kini anda boleh memasak sendiri hidangan Itali ni di rumah. Kos pun jauh lebih murah. Jom cuba.
RESIPI CREAMY RAVIOLI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
400gm doh pasta segera |nyah bekukan
120gm dada ayam | cincang halus
120gm hirisan cendawan
50gm cincangan bayam muda ( baby spinach)
1 labu bawang besar | cincang halus
3 ulas bawang putih |cincang halus
6 sudu makan parutan keju romano
2 sudu makan cincangan daun basil segar
1 cawan krim masakan
2 biji telur | pukul dengan garpu
Secubit serbuk buah pala
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti; Satukan ayam, separuh daripada bayam, bawang besar di dalam mesin pengisar hingga hancur. Tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Tambahkan separuh daripada keju, sebiji telur dan serbuk buah pala. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati.
Doh pasta yang lebar dipotong dua. Sendukkan sesudu teh inti ayam tadi dan letakkan berjarak di atas dos pasta hingga menjadi 10-15 ketul. Ambil sekeping lagi doh pasta dan tutup ke atas doh yang berinti tadi. Potong setiap bahagian yang berinti menggunakan pemotong bergerigi dan membentuk ravioli segi empat sama bersaiz 4-5cm. Beruskan sebiji lagi telur ke bahagian tepi ravioli bagi mengelakkannya terbuka.
Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air dalam kuantiti yang banyak lalu celur ravioli selama 5 minit dan toskan. Letak ravioli ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
Di dalam kuali leper, panaskan krim masakan selama seminit. Tambah cincangan bawang putih, hirisan cendawan, lebihan daun bayam dan lebihan keju lalu didihkan seminit lagi. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Tuang kuah krim ke atas ravioli dan hias dengan cincangan daun basil dan parutan keju. Hidangkan segera.
NAK LAGI RESIPI? MENU DI BAWAH INI BOLEH ANDA CUBA!
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.