Cara buat cempedak goreng rangup tapi tak berminyak, boleh guna resipi yang dikongsi oleh Ahmad Shukri Amiruddin. Resipi ini katanya turun temurun dari keluarga malah menjadi jualannya di gerai yang terletak di Setia Alam Selangor.

Setiap kali musim cempedak tiba, resipi inilah yang akan digunakan untuk menggoreng cempedak yang menjadi kegemaran pelanggannya.

Menariknya, resepi ini tidak menggunakan soda bikarbonat, sebaliknya hanya mempraktikkan petua orang kampung untuk memastikan cempedak goreng kekal rangup, tak menyerap minyak dan berkerak cantik di luar.

Ads

Paling utama campuran tepung kena tepat, teknik menggoreng kena betul selain pemilihan buah yang sesuai.

Cara Buat Cempedak Goreng Rangup Tak Berminyak

Cara Buat Cempedak Goreng Rangup Tapi Tak Berminyak. Guna Teknik Menggoreng Ini
Cara Buat Cempedak Goreng Rangup

Bahan-bahan

1 biji cempedak (sebaiknya jenis Cempedak Madu)
1 peket tepung beras
3 sudu besar marjerin atau minyak masak
2 sudu makan air kapur makan
1 sudu kecil kunyit
2 cawan air suam
Garam secukup rasa

Cara Buat Cempedak Goreng Rangup Tapi Tak Berminyak. Guna Teknik Menggoreng Ini

Cara Penyediaan

1. Satukan semua bahan (kecuali cempedak) dan bancuh hingga menjadi adunan yang agak pekat. Jangan cair.

2. Panaskan minyak dalam kuali.

Ads

3. Celup cempedak dalam bancuhan tepung hanya ketika hendak digoreng. Jangan rendam awal!

4. Goreng hingga keemasan dan garing di luar. Angkat dan toskan atas tisu dapur.

Cara Buat Cempedak Goreng Rangup Tapi Tak Berminyak. Guna Teknik Menggoreng Ini

Ads

Petua & Teknik Menggoreng

  • Jangan rendam buah dalam tepung terlalu awal. Buah akan kembang dan serap minyak.
  • Elak goreng dalam kuantiti banyak sekali gus. Cempedak akan melekat dan kulit tepung boleh terkoyak.
  • Pastikan adunan tepung tidak terlalu cair supaya hasilnya rangup dan cantik.
  • Air kapur makan penting untuk menjadikan lapisan luar garing sempurna.
  • Pilih buah cempedak yang berat. Tanda isinya banyak dan padat.

Kredit resipi & foto: Ahmad Shukri Amiruddin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI