Asalnya nak buat apam polkadot dot-dot. Sudahnya tak menjadi. Itulah buat corak macam pelangi Adalah lebih kurang macam jalur pelangi walaupun tak seberapa. Warnanya pun meriah berwarna warni, memanglah anak-anak suka. Dalamnya pula diletakkan inti strawberi, dah la sedap , gebu pula.
APAM POLKADOT PELANGI Bahan-bahan: 2 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder (ayak bersama) 3 biji telur gred A – dari peti sejuk 1 cawan gula kastor-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar ovallete-BELI ONLINE DI SINI 3/4 cawan susu segar/susu cair-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil esen vanila-BELI ONLINE DI SINI Inti strawberi/blueberi dan lain-lain Pewarna – ikut suka-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak: 1.Kisar telur,gula & ovallete dengan kelajuan maksima hingga kembang dan menjadi warna putih 2.Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar/cair. Sambung kisar paling minima hingga sebati. 3.Masuk esen vanilla. Adun sekejap bagi semuanya sebati. 4.Bahagi dan warnakan adunan. Yang kosong biar lebih. Setiap warna pelangi itu ambil 1 senduk saja. Warnakan. Masuk dalam piping bag. 5.Isi papercup dalam acuan kuih lompang. Picit/tekan yang kosong sedikit. Paipkan inti kemudian tutup semula dengan paip yang kosong. 6.Permukaan atas picitkan sikit-sikit untuk dapatkan warna-warna pelangi. Buat sehingga habis. 7.Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. Kukus api sederhana besar selama 10 – 12 minit.
Kebiasaannya, daging lembu atau perut lembu diletakkan dalam mi celup. Tetapi, resipi yang dikongsi oleh saudari Iza Abu Bakar ini menggunakan daging ayam. Jom kita intai resipi ini. Nampak sedap, pedas dan menyelerakan.
MI CELUP ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
4 ulas bawang putih | ditumbuk
1/2 inci halia | dihiris halus
Akar ketumbar | ditumbuk
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk
Ayam
Gula melaka
1/2 cawan kicap manis
Sos ikan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Mee kuning | dicelur
Taugeh secukupnya
Kacang tanah | digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
Kangkung | boleh juga letak sawi
Daun ketumbar | dihiris
Chili flakes
Limau nipis | diperah jusnya sebagai penambah rasa
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan yang ditumbuk tadi serta halia sehingga garing dan berbau wangi.
Masukkan ayam. Biarkan seketika baru masukkan air. Tunggu sehingga mendidih dan mereneh.
Masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.
Perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih.
Keluarkan isi ayam dan carik-carik halus.
Untuk hidangan mi celup, ini caranya. Mula-mula, ambil mi yang telah dicelur dan letak ke dalam mangkuk.
Kemudian, letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik-carik sebentar tadi.
Siramkan kuah di atas bahan di dalam mangkuk tadi dan taburkan cili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.
Brokoli sayuran hijau tinggi serat dan memang banyak manfaat kesihatannya. Tapi sebelum masak tu pastikan ulat kecil sudah dinyahkan terlebih dahulu. Rendam dalam garam sekurang-kurangnya 30 minit atau campurkan sedikit cuka. Kemudian basuh bersih-bersih.
.
Foto : cookinglight.com
Tapi paling best manfaat brokoli hijau dipercayai boleh menjadikan tulang anda sihat, mencegah kanser serta meningkatkan vitamin D. Ia juga diyakini sebagai makanan yang boleh membuatkan anda kelihatan awet muda.
Kaya dengan sumber serat ia mampu membantu sistem penghadaman tubuh. Jom semak 3 resipi dari brokoli.Senang aje buatnya.
BROKOLI WITH LEMON BUTTER SAUCE
.
Foto : allrecipes.com
BAHAN-BAHAN :
1/4 cawan mentega
1/4 cawan air
1/4 sudu teh air
1 biji perahan jus lemon
1/4 sudu teh cayenne
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
400 gm @16 auns brokoli
CARA MEMASAK :
1. Masukkan mentega, air, jus lemon , lada cayenne, garam dan lada hitam ke dalam kuali.
2. Biarkan mereneh atas api yang sederhana.
3. Masukkan brokol, kacau dan tutup.
4. Masak antara 10-15 minit di bawah api sederhana.
5. Biarkan ia masak hingga lembut namun msih mengekalkan warna hijaunya.
6. Hidangkan panas-panas dan jika mahu dihidang sejuk anda boleh masukkan dalam peti sejuk.
2. BROKOLI GORENG TEPUNG
.
Foto : bettycrocker.com
BAHAN-BAHAN :
1 genggam brokoli | dipisah dari tangkai
1 biji telur ayam
4 sudu makan tepung serbaguna
Air sejuk (ais) secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Cuci bersih brokoli yang siap dipotong.
2. Kemudian rendam dalam air garam agar ulat-ulat kecil dalam brokoli keluar.
3. Buat adunan tepung , dengan memasukkan tepung serbaguna dan telur serta kacau rata-rata. Masukkkan air sedikit demi sedikit.
4. Salut brokoli dengan adunan tepung dan goreng dalam minyak yang telah dipijarkan dalam kuali. Goreng dalam minyak penuh.
5. Goreng hingga perang keemasan, siap dihidang.
3. BROKOLI MASAK SOS TIRAM DENGAN CENDAWAN
.
BAHAN-BAHAN :
200 gm cendawan butang
200 gm brokoli
50 gm lobak merah
30 gm kobis bunga,
Bahan sos:
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar /dihiris
Minyak untuk menumis
Sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
Garam secukup rasa /sedikit sahaja kerana sos tiram sudah masin
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata.
3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli.
5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia untuk dihidang
4. BROCCOLI PASTA
.
BAHAN-BAHAN:
350gm pasta spageti
2 sudu makan minyak zaitun | untuk spageti
30gm minyak | untuk menumis
10 ulas bawang putih | dicincang halus
50gm brokoli | dicincang halus
50gm brokoli | potong kasar
1 kiub pati ayam
30gm keju parmesan
Air secukupnya untuk merebus spageti
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan minyak zaitun ke dalamnya.
2. Masukkan spageti dan biar selama 6-8 minit. Angkat, toskan dan lalukan di bawah air biasa. Ketepikan.
3. Seterusnya panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit perang. Masukkan brokoli cincang dan kiub ayam, gaul hingga sebati.
4. Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kasar. Gaul seketika. Tutup api dan masukkan spageti yang sudah dimasak tadi.
5. Gaul sebati dan masukkan pula keju parmesan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh masukkan sedikit cili api jika mahukan rasa pedas.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak dan masin keju parmesan Jenis masakan : Pasta Cara memasak : Rebus, tumis dan goreng Anggaran kos: RM15
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sesekali layankan selera ala Itali ni memang sedap juga. Cara penyediaannya pun ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Jom cuba resipi perkongsian KieSha IzzRul ni. Anda pasti kagum dengan rasanya.
PASTA CARBONARA MAYONES
BAHAN-BAHAN:
1 pek pasta Fettuccine – direbus dengan minyak dan garam
2 tin sos Carbonara (tin biru)
1/2 botol sederhana Mayones – boleh letak lebih. Ikut selera.
2 tin air (guna tin biru tadi) – jika kuah terlalu pekat, boleh lebihkan.
Daging kisar secukupnya
Sayur campur secukupnya
Cendawan butang
Bawang besar dan bawang putih – dipotong dadu. Jumlah ikut citarasa
Sedikit garam
Serbuk pati ayam
CARA MEMASAK:
Rebus pasta hingga lembut. Ketepikan untuk dihidangkan kemudian.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
Masukkan daging kisar.Goreng hingga masak.
Seterusnya tambahkan sayur campur diikuti hirisan cendawan butang. Kacau lagi.
Kemudian masukkan sos carbonara dan air.
Masukkan mayones. Kacau lagi hingga semua sebati.
Perasakan dengan serbuk pati ayam dan juga garam. Sebelum tambah perisa, sebaiknya cuba dulu kuah bagi mengelakkan rasa masin yang melampau.
Biar hingga kuah mendidih. Angkat dan nikmati bersama pasta yang telah direbus tadi.
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!