Macam-macam makanan boleh dihasilkan secara homemade jika jumpa resipi yang terbaik. Salah satu yang puan-puan boleh hasilkan untuk anak-anak ialah Aiskrim Homemade resipi perkongsian saudari Mazana Mohamed ni. Memang istimewa kerana anda hanya perlukan bahan-bahan yang mudah dan murah sahaja untuk menghasilkan aiskrim yang seakan sama dengan produk berjenama mahal. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT AISKRIM HOMEMADE
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair
½ tin susu pekat manis – jika suka manis, lebihkan
2 sudu makan gula
1 penutup esen vanilla
2 sudu makan ovalette
CARA MEMBUAT:
Ads
Satukan semua bahan dan pukul selama 15 minit atau sehingga kembang. Lagi lama dipukul, lagi halus tekstur aiskrimnya.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan boleh diwarnakan. Anda bebas menambah serbuk koko, emulco, cip coklat atau potongan biskut. Nak tambah perisa pun boleh. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Tuang aiskrm ke dalam bekas dan bekukan dalam peti sejuk semalaman.
Pernah cuba makan Roti Hamlet Kaya? Ha…Bagi yang belum pernah mencubanya, anda harus buat dan nikmati keenakan hidangan ini. Ia berupa roti yang dimasak bersama telur dan dimakan bersama kaya. Sangat enak. Ada rasa lemak, masin dan manis. Anak-anak terutamanya pasti suka. Sesuai dimakan pada bila-bila masa. Saudari Nani Habib ada kongsikan cara-cara menyediakan hidangan ini. Jom cuba!
Bagi penggemar Dim Sum homemade, resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni boleh anda cuba. Biasanya kalau nak makan, kita akan beli. Jadi kali ni apa kata cuba buat sendiri secara homemade. Caranya mudah sahaja. Pastikan anda buat inti dahulu barulah buat kulitnya. Intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa masing-masing. Nak guna isi ayam, udang atau ketam pun boleh.
CARA- CARA BUAT DIM SUM HOMEMADE BERINTI FILET KETAM
BAHAN INTI:
CARA MEMBUAT: 1. Satukan semua bahan dalam pengisar kering, kisar halus.
BAHAN KULIT DIM SUM:
CARA MEMBUAT: 1. Adun semua bahan hingga menjadi doh.
2. Kemudian leperkan doh senipis mungkin dan tekap menggunakan cawan untuk mendapat bentuk bulat.
CARA-CARA MEMBUAT DIM SUM:
1. Letakkan kulit ke atas bulatan jari, lekukkan sedikit kulit di bahagian dalam kemudian masukkan inti filet ketam.
2. Lipat tepi kulit mengikut arah jam, hasilnya akan menjadi bentuk bunga.
3. Letakkan hirisan daun bawang di atas dim sum. Lakukan hingga habis.
4. Dim Sum sedia untuk dikukus. Sedap di makan panas-panas bersama sos cili Thai.
Kudapan apa yang sedap dan ralit makan? Jom buat popia coklat yang tidak jemu makan. Ikut step by step cara buat popia coklat gerenti menjadi. Buat guna kulit popia lagi rangup lagi sedap.
POPIA COKLAT
Bahan-bahan:
Kulit popia
Coklat berlys milk coklat
Nestum
Tepung gandum dan air untuk buat gam kulit popia
Cara membuat:
1.Potong kulit popia ikut berapa panjang yang diingini.
2.Gulung popia kemudian susun dalam dulang dan jemur sampai kering (penting untuk dapatkan popia bulat cantik. Kalau tak jemur bila goreng popia jadi penyet. Jemur kulit popia untuk dapatkan hasil yang bulat dan rangup.
3.Gulung sampai habis,jangan lupa gam nanti terbukak pula.
4.Kemudian susun dalam dulang.Jangan ditindih.
5.Lepas kering kulit kena goreng baru celup coklat. Cara angkat ikut keselesaan masing-masing.Boleh pakai lidi buat macam dalam gambar. Kalau leceh pakai jari pegang hujung.
6.Dah celup coklat, golekkan dalam nestum.pastikan jari tu manja-manja jer pegang popia untuk elakkan dari coklat hilang dari popia.
7.Susun popia yang dah salut coklat dengan nestum. Kemudian masuk peti sejuk biar coklat cepat keras. Simpan dalam peti sejuk bukan oven. Dah keras boleh keluarkan dan boleh makan.
Sos Pencicah Pedas Hijau Thai yang mudah dibuat di rumah dengan gabungan cili hijau, limau, ketumbar dan sos ikan Thai. Sedap dimakan bersama Miang Pla, seafood dan ikan bakar seperti di Hatyai.