Puding Sagu Pelangi ni nampak sangat cantik. Malah rasanya juga sedap. Pasti ramai yang suka menikmatinya. Lebih mengujakan, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ini juga sangat mudah disediakan. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah diperolehi malah tidak banyak. Sesuai sangat buat untuk hidangan keluarga. Malah boleh juga dijadikan bahan jualan untuk menambahkan pendapatan. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
Sarapan pagi kali hari ini kita buat istimewa sikit. Biasanya jika makan popia yang berinti sayur-sayuran seperti taugeh, lobak merah dan macam-macam lagi kan. Tapi kita buat kelainan dengan letak sos carbonara pula dan rasa lebih sedap.
Gaungan rasa carbonara yang berlemak dan kerangupan kulit popia memang buat berselera. Gorengnya pun kena pandai, supaya isinya tidak bocor.
Creamy Cheesy Popia Carbonara
Bahan-bahan : Sedikit butter/ marjerin-BELI ONLINE DI SINI 1 tin sos carbonara prego / apa apa jenama 6 batang sosej dipotong dadu Isi ayam/ ayam cincang/ daging cincang 1/2 bawang Holland * 3 ulas bawang putih * 1/2 batang carrot * 3 keping cheese / kalau ada mozarella cheese pun ok 2 sudu besar tepung gandum yang dibancuh dengan air -BELI ONLINE DI SINI Sedikit susu segar kalau tak ada guna 2 sudu besar susu tepung fullcream nespray/ everyday Sedikit serbuk lada hitam ajishio/ serbuk lada putih Garam & serbuk perasa secukupnya Oregano kering / Parsley kering-BELI ONLINE DI SINI
Cara-cara : 1.Kisar bahan bertanda * untuk pekatkan kuah nanti. 2.Panaskan marjerin dan masukkan sosej yang dipotong dadu dan daging cincang masak seketika. 3.Kemudian masukkan bahan kisar tadi masak sehingga mendidih. 4.Masukkan bancuhan tepung gandum, susu segar/ susu serbuk dan sos carbonara. 5.Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam, serbuk lada putih 6.Masukkan cheese. 7.Masak sehingga kuah menjadi pekat
8.Akhir sekali, taburkan oregano dan parsley.
9.Biarkan sejuk seketika sebelum balut dengan kulit popia.
Teringin nak makan donut yang sedap? Resipi Donut Pandan Susu yang gebu dan ada wangi bau pandan perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni memang anda kena cuba. Lebih istimewa sebab donut ni ada rasa yang lebih lemak sebab ada guna susu tepung. Memang terbaik! Nak cuba buat untuk minum petang ni? Memang sesuai sangat. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT DONUT PANDAN SUSU
BAHAN-BAHAN
1 sudu kecil garam
500gm tepung roti
11gm yis
10gm bread improver
20gm susu tepung
50gm gula pasir
2 biji telur gred A
80gm mentega atau marjerin
160gm air sejuk
2 sudu kecil pes pandan
Susu tepung atau gula halus untuk salut donat
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk mixer kecuali air sejuk.
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang licin.
3. Asingkan kepada doh kecik dan timbang setiap satu 50gm.
4. Bulatkan dan canai sedikit dan ambik penutup botol tekan bahagian tengah doh.
5. Tunggu doh naik sedikit dan boleh di goreng menggunakan api perlahan.
6. Salutkan dengan susu atau gula halus. Sedia untuk dinikmati.
Tengah usha MIXER baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan mesin pengadun terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Percubaan pertama… Alhamdulillah jadi.. sedap la pula… kenapa la baru tahu.. sebelum ni dok pi mamak makan.. 1set (3pcs kecil sikit dr ni) rm4.. huhuhuu….
Susah betul sekarang ni nak cari putu mayam yang betul-betul sedap dan di jamin bersih pembuatannya. Ada jer yang menjual putu mayam naik motosikal hon keliling kawasan perumahan tapi tak yakin pulak. Cara mudah untuk kamu adalah cuba buat sendiri ikut resipi mudah ni, gerenti jadi dan puas hati!
PUTU MAYAM
Bahan-bahan:
Bihun
Gula merah / gula melaka
Kelapa parut putih
Cara-caranya:
Rendam bihun faiza (spt dlm gambar) 10 min
Toskan..
Didihkan air dalam periuk kukus. Kukus selama 15min (hingga lembut).