SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan Festival Ramadan Selangor,menjadikannya pusat atau lokasi membeli-belah yang wajib dikunjungi setiap kali menjelangnya Ramadan dan Aidilfitri.
Dianjurkan oleh PKNS Real Estate (PREC), Festival Ramadan Selangor atau ringkasnya dipanggil FESTIRA merupakan festival tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan. Ia dikatakan sebagai Festival Ramadan terbesar di Malaysia, yang menyasarkan 3.5 juta pembeli sebelum era pandemik.
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC), Sr. Fakru Radzi Ab.Ghani berkata, keterbukaan FESTIRA’22 kali ini membolehkan lebih 500 peniaga menjalankan perniagaan mereka. Dari booth yang menjual pelbagai pilihan busana untuk persiapan Aidilfitri, sehinggalah Bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai pilihan juadah untuk berbuka puasa bermula 3hb April 2022 nanti.
FESTIRA kali ini masih mengekalkan persembahan artis jemputan – buat halwa telinga pengunjung ketika membelibelah. Antara barisan artis yang bakal menghiburkan adalah, Haiza, Nomad,Syafiq Naseer, Syahmi Irfan, Aliff Iskandar dan Aufahanie. Juga dibawakan,persembahan seni dan budaya oleh pelajar universiti tempatan.
Ads
Cuma bezanya, selepas mengambilkira keadaan semasa, lokasi acara pentas telah ditukar ke pentas utama yang didirikan di tapak terbuka di luar SACC Mall atau lebih dikenali sebagai Dataran Barat.
Bersesuaian dengan bulan beribadah, FESTIRA’22 turut membawakan ceramah hujung minggu yang akan disampaikan oleh pendakwah dan juga personaliti TV terkenal seperti Ustaz Safwan Idris dan Imam Muda Nazrul. Kedua figura ini juga sering dilihat memberi tazkirah di kebanyakan acara rasmi dan tidak rasmi,menjadikan mereka antara celebrity ustaz yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi di media sosial.
Ads
“Menariknya FESTIRA’22 kali ini, lebih banyak aktiviti seperti pertandingan, ganjaran dan cabutan bertuah menanti pengunjung dengan pelbagai tawaran hadiah yang menarik! Selain itu, kesemua ciri-ciri tradisi festival ini seperti program bubur lambuk, kaunter zakat dan wakaf, serta penyediaan ruang solat yang besar dan selesa termasuk solat tarawih masih diteruskan,”ujar beliau menutup ucapan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang berikut serta hashtag #festira22#festirachallenge di laman instagram dan twitter.
Ramai yang sering bertanya tentang amalan makan NASI ketika diet untuk kurangkan mahupun kekalkan berat badan.
Dah sememangnya nasi adalah makan ruji rakyat Malaysia, pengambilan yang berlebihan sudah tentu akan membuatkan
berat badan bertambah.. Yang penting NASI tak salah yang salah hawa nafsu kamu ya..
Namu siapa sangka baru-baru ini pelakon Nabila Huda yang perwatakkan ceria ini telah memuat naik video pendek rakamannya
menyanyikan lagu bertema ‘NASI’, liriknya cukup mendalam seperti melihatkan dirinyasedang frust bila nak diet tapi sudahnya kelaut!
Apa yang paling menarik lirik tersebut dipadankan dengan melodi lagu Cinta Teragung nanyian Dayang Nur Faizah telah berjaya ditonton
hampir 200K sejak Nabila memuat naik di Instagramnya.
Rata-rata netizen terhibur dan memuji nanyian Nabila yang seakan-akan suara Dayang Nur Faizah.
Lihat lirik kreatif Lagu Nasi Teragung – Nyanyian Nabila Huda
” Ku sesali kerana pernah cuba tak makan nasi Nasi kenapa kau sedap dunia terasa sempurna walau diriku pernah benci nasi ku akui segalanya salahku meskipun nasi sangat mengemukkan kita nasi nasiku teragung membuat ku bahagia”
RASA Layan Curry Fiesta (RLCF) baru sahaja melabuhkan tirai pada ahad yang lalu selepas empat hari berlangsung dengan penuh meriah.
Diadakan selama 4 hari dari 5 hingga 8 September di ruang Parking B, Setia City Convention Centre (SCCC), pelbagai aktiviti dan jualan menarik dipersembahkan kepada pengunjung yang hadir.
Kewpie jenama mayonis dan dressing salad yang tidak asing lagi di Malaysia turut bersama memeriahkan RCLF sebagai penaja bersama dalam festival yang julung kali diadakan itu.
Antara yang menarik di booth Kewpie dan mendapat sambutan ramai adalah pembelian dua produk Kewpie dengan hanya RM15. Bukan sahaja dapat membeli produk dengan harga yang murah malah pengunjung juga berpeluang mendapat hadiah menarik dan percuma dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Dengan mengimbas kod QR pengunjung turut berpeluang bermain games dan memenangi hadiah-hadiah menarik sepanjang fiesta berlangsung. Nak rasa produk Kewpie yang ada juga turut disediakan.
Untuk memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri keenakkan produk Kewpie, roti john yang dimasak segar di sini dan diletakkan mayonis Kewpie boleh dirasai secara percuma oleh pengunjung.
Raja Roti John KewPie: Siapa Lagi Power?
Tak cukup kemeriahan di booth, Kewpie juga menganjurkan satu aktiviti pentas dengan mencari Raja Roti John. Terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. 3 orang yang terawal mendaftar bagi menyertai pertandingan tersebut masing-masing menunjukkan bakat untuk bergelar Raja Roti John Kewpie.
Memang cukup meriah dan rasa roti john yang dihasilkan cukup enak dan menyelerakan.
Pemenang yang telah berjaya menambat hati juri dengan Roti John yang dihasilkan bukan sahaja diberi gelaran Raja Roti John Kewpie malah turut membawa balik hadiah Utama berupa Produk Kewpie bernilai RM100.
Kemeriahan diteruskan di booth Kewpie dengan aktiviti yang disediakan. Orang ramai yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan produk Kewpie dengan harga yang ditawarkan selain menyertai aktiviti-aktiviti lain yang menarik.
Restoran White N Black Lakeside, yang terkenal dengan sajian fusion masakan Melayu dan Barat, mencipta kejayaan tersendiri apabila dianugerahkan sijil Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pensijilan ini bukan sahaja mengukuhkan kepercayaan pelanggan terhadap jenama mereka, malah menjadi bukti komitmen syarikat dalam menyediakan makanan yang mematuhi syarak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFJ Group Holding Sdn. Bhd, Mohd Firdaus Jamaluddin, pencapaian ini adalah hasil usaha keras dan dedikasi dalam memastikan setiap aspek operasi mematuhi piawaian Halal – dari pemilihan bahan mentah hinggalah ke proses audit dalaman.
Beliau juga menegaskan bahawa semua pekerja restoran terdiri daripada Bumiputera Muslim yang menitikberatkan kebersihan, integriti dan layanan mesra.
White N Black Lakeside menampilkan menu unik seperti Tomahawk, Sirloin Steak dan Beef Wellington – semua disediakan tanpa alkohol, menggunakan resepi tersendiri yang telah disahkan Halal. Langkah ini membezakan mereka daripada restoran barat lain yang gagal memenuhi syarat pensijilan Halal.
Dalam usaha mengembangkan jenama, MFJ Group turut melantik firma guaman Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co sebagai penasihat korporat bagi memperkukuh struktur tadbir urus menjelang penyenaraian awam (IPO).
Mereka menyasarkan pembukaan 20 cawangan dalam tiga tahun akan datang, termasuk di negeri-negeri utama serta Indonesia.
Dengan visi menjadi peneraju konsep makanan pelbagai budaya di Malaysia, White N Black Lakeside juga berhasrat menawarkan peluang francais kepada pihak yang berminat.
Pensijilan Halal ini menjadi pemacu utama dalam menjadikan restoran ini sebagai pilihan utama pelanggan Muslim yang menginginkan makanan premium, halal dan moden.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!