
Tak dinafikan memang ramai peminat minuman Fanta hijau. Namun kini anda boleh nikmatinya dengan cara buat sendiri
minuman tersebut secara homemade.
FANTA HIJAU HOMEMADE
Bahan-bahan
2 liter air
3 kg gula pasir (kurangkan jika tak suka manis)
1 helai daun pandan (disimpul)
330 ml oren sunquick
1/2 botol pewarna hijau apple star brand
1/2 botol perasa pisang star brand
Cara membuat
1. Gunakan periuk yang besar atau tinggi untuk memasak air.
2. Tuangkan air dan gula ke dalam periuk. Masukkan juga daun pandan. Masak atas dapur sehingga gula larut dan air
mendidih.
3. Masukkan oren sunquick dan biarkan ia merenih sebentar.
4. Masukkan pula pewarna hijau.
5. Apabila sudah mendidih tutup api dan masukkan perasa pisang.
Biarkan sejuk.
Cara menghidang
1. Tuangkan dalam jug atau gelas, tambahkan air sejuk jika manis.
2. Masukkan ketulan ais. Hidangkan dingin.
Resipi oleh Azlita Masam Manis dari Telegram KakiMakan
Teh Jintan Manis Bantu Turunkan Berat Badan & Awet Muda

Jintan manis bukan sekadar rempah biasa. Berfungsi menyedapkan masakan, ia juga boleh membantu menurunkan berat badan dan awet muda. Jom cuba resipi perkongsian saudari Suriani Senapi.
BAHAN-BAHAN:
- 1 sudu besar jintan manis
- 2 gelas air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan jintan dan air ke dalam periuk.
2. Rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, terus padamkan api dan tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
3. Setelah suam, tapis dan tuang ke dalam gelas. Kacau dan minum 3 kali sehari sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam.
4. Untuk hasil yang lebih ketara, selepas minum teh jintan manis, bersenam selama 30 minit dan lakukan secara berkala. Hasilnya berat badan akan berkurangan bahkan juga akan menjadi lebih sihat.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: Suriani Senapi
Cara Hasilkan Air Soya Homemade Hanya Guna 4 Bahan & 5 Langkah Mudah.

Air soya memang sedap dan banyak khasiat. Minuman ini boleh dinikmati sama ada secara panas mahupun sejuk. Bagi anda yang gemar sangat minum air soya ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari JJ Pau Mawar. Sangat mudah! Jom lihata bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI AIR SOYA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 250gm kacang soya
- 1 jug air masak
- 2-3 helai daun pandan
- Gula pasir secukupnya – ikut kemanisan yang anda suka
CARA MEMASAK:
1. Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau hingga kacang kembang. Buang kulit yang tertanggal.
2. Masukkan 1/4 kacang soya ke dalam pengisar Bersama 3 cawan air. Kisar hingga kacang hancur.
3. Tapis kisaran kacang tadi ke dalam periuk menggunakan kain kasa atau penapis halus. Perah kacang hingga jadi hampas. Ulang proses yang sama untuk baki kacang yang ada.
4. Setelah habis proses memerah, masak air soya dengan api kecil bersama daun pandan.
5. Tambahkan gula secukup rasa. Kacau hingga larut. Jika suka, boleh masak air gula secara berasingan dan tambah sewaktu hendak diminum.
6. Masak air soya hingga mendidih dan elakkan dari membuak keluar.
7. Padamkan api, biarkan suam dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: JJ Pau Mawar
Gulai Batang Pisang & Laici Kang, Menu Versi Fikry Ibrahim Untuk Rasa Nostalgia Ramadan.

Pejam celik Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua dah pun nak sampai ke penghujung. Dah episod kedua terakhir pun, episod 21. Best kan episod hari ni dengan Fikry Ibrahim pelawak, pelakon dan model. Hehe tinggi orangnya, model lah katakan tampan menawan jugak
Serasi sungguh sembang gurau antara Fikri dengan yang membahasakan Datuk Chef Wan sebagai Abang Wan. Wah, sama-sama pandai melawak.
Sajian yang dikongsi boleh meleleh air liur menengoknya. Nah ini dia menu yang dikongsi gulai batang pisang dan laici kang ni memang sajian kegemaran Fikry masa berbuka. Jom tengok resipinya.
GULAI BATANG PISANG
BAHAN-BAHAN :
- Daging
- Santan
- Tulang
- Daun kari
- 4 Sekawan
- Asam jawa
- Serbuk kari
- Batang pisang
Bahan kisar:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
Bahan penumis:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- 4 sekawan
- Daun kari
CARA MEMASAK :
1. Ambil bahagian dalam batang pisang yang lembut. Potong serong batang pisang dan bersihkan tali-tali getah yang ada
2. Lumur batang pisang yang telah dibersihkan dengan kunyit
3. Sediakan bahan-bahan tumis. Tumis bahan-bahan tumis (bawang, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang) sehingga keperangan
4. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan ia masak/mendidih sehingga pecah minyak
5. Seterusnya masukkan daging. Kalau ada tulang dan perut masuk kan tulang serta perut terlebih dahulu. Masak sehingga daging empuk / lembut.
6. Apabila daging empuk, baru masukkan batang pisang.
7. Akhir sekali baru lah masukkan santan setelah daging dan batang pisang dah sekata bahan nya. Biarkan ia mendidih dan masak
LAICI KANG
BAHAN-BAHAN :
- Gula batu putih
- Gula perang
- Biji selasih
- Longan
- Laici
- Buah kundur
- Kurma merah
- Ais
- Daun pandan
- Air
CARA MEMASAK :
1. Panaskan air dan masukkan sekali daun pandan
2. Setelah ianya menggelegak, masukkan gula batu putih, gula perang, longan, buah kundur dan kurma merah. Biarkan seketika
3. Kemudian, sendukkan dan masukkan ke dalam mangkuk. Isikan dengan biji selasih, laici serta ais
Jangan lupa teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan episod terakhir,istimewa Raya bersama artis jemputan Awal Ashaari, Sabtu , 23hb Mei,ni jam 6 petang di Astro Prima saluran 125 dan Prima HD 105 . Rancangan ini diperhebatkan oleh Coway.
ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI :
DAN JUGA RESIPI INI :