Siapa rindu dengan kuih tepung gomak ni? Kuih ni jarang dijual dan kalau dah teringin kenalah buat sendiri. Rasa kenyal dengan inti kelapa manis di dalamnya memang sungguh nikmat.Buat yang ingin mencuba, boleh ikut step by step membuatnya. Selamat mencuba

KUIH TEPUNG GOMAK INTI KELAPA MANIS

Buat Sendiri Kuih Tepung Gomak, Adunan Ni Boleh Dapat 20 Biji

Bahan inti:

½ biji kelapa parut muda

3 sudu makan gula merah / gula melaka

3 sudu makan gula pasir

2-3 helai daun pandan disimpul

1 cawan air

1-2 sudu makan tepung gandum

(Sukatan gula boleh adjust ikut selera masing-masing)

 

IKLAN

Cara membuat:

  1. Didihkan air bersama daun pandan.
  2. Daun pandan dah layu, masukkan pula gula merah dan gula pasir. Renehkan seketika.
  3. Masukkan kelapa parut muda. Gaul rata sehingga air agak kering.
  4. Masukkan tepung gandum / sebarang tepung dan masak seketika. Gaul rata, sejukkan.
  5. Bulat-bulatkan besar ikut cita rasa.

Bahan doh:(untuk hasilkan 20biji kuih)

2 cawan tepung pulut

2 sudu makan membukit tepung gandum

1½ cawan air

Sedikit garam

(Cawan 250ml)

IKLAN

 Cara membuat:

  1. Larutkan garam bersama air.
  2. Campurkan kedua-dua tepung dalam bekas.
  3. Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli doh sehingga doh tak melekat di bekas.
  4. Tambah lagi sedikit air jika doh masih keras.
  5. Masukkan inti. Bulatkan kemudian leperkan.
  6. Didihkan air dalam periuk.
  7. Rebus kuih. Bila kuih dah terapung, tanda kuih telah masak. Boleh terus salut dengan tepung kacang hijau.

Untuk salut:

Kacang hijau

Cara membuat:

  1. Sangai kacang hijau menggunakan api kecil sehingga warna keperangan.
  2. Buang kulit kacang, kemudian ayak / tampi kulit kacang.
  3. Masukkan dalam pengisar kering. Kisar sehingga halus. Ayak dan kisar lagi sehingga dapat tekstur seperti tepung.
  4. Sangai tepung kacang hijau lagi sekali.
  5. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Buat Sendiri Kuih Tepung Gomak, Adunan Ni Boleh Dapat 20 Biji

Buat Sendiri Kuih Tepung Gomak, Adunan Ni Boleh Dapat 20 Biji

ATAU CARA PALING MUDAH

IKLAN

Beli saja tepung kacang hijau yang sedia ada dikedai-kedai. Pastikan ada tertulis ROASTED. Saya lampirkan tepung yang saya maksudkan. Brand lain pun dah banyak dijual.

Saya sendiri pernah cuba beli cap Alagappas. Hasilnya not bad!

Selain kuih tepung gomak, tepung ini juga boleh dibuat kuih KOLE KACANG, BATANG BURUK & PUTU KACANG !

Kredit: Marlia Lia

Terlajak Mudah. Resipi Agar Agar Buah Bermacam Jenis Paling Sedap

Resipi Terung Goreng Bertuna. Sangat Sedap, Rugi Kalau Tak Cuba

Buat Doh Pau Goreng Berganda Gebu Dan Puas Makan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI