
Siapa rindu dengan kuih tepung gomak ni? Kuih ni jarang dijual dan kalau dah teringin kenalah buat sendiri. Rasa kenyal dengan inti kelapa manis di dalamnya memang sungguh nikmat.Buat yang ingin mencuba, boleh ikut step by step membuatnya. Selamat mencuba
KUIH TEPUNG GOMAK INTI KELAPA MANIS
Bahan inti:
½ biji kelapa parut muda
3 sudu makan gula merah / gula melaka
3 sudu makan gula pasir
2-3 helai daun pandan disimpul
1 cawan air
1-2 sudu makan tepung gandum
(Sukatan gula boleh adjust ikut selera masing-masing)
Cara membuat:
- Didihkan air bersama daun pandan.
- Daun pandan dah layu, masukkan pula gula merah dan gula pasir. Renehkan seketika.
- Masukkan kelapa parut muda. Gaul rata sehingga air agak kering.
- Masukkan tepung gandum / sebarang tepung dan masak seketika. Gaul rata, sejukkan.
- Bulat-bulatkan besar ikut cita rasa.
Bahan doh:(untuk hasilkan 20biji kuih)
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan membukit tepung gandum
1½ cawan air
Sedikit garam
(Cawan 250ml)
Cara membuat:
- Larutkan garam bersama air.
- Campurkan kedua-dua tepung dalam bekas.
- Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli doh sehingga doh tak melekat di bekas.
- Tambah lagi sedikit air jika doh masih keras.
- Masukkan inti. Bulatkan kemudian leperkan.
- Didihkan air dalam periuk.
- Rebus kuih. Bila kuih dah terapung, tanda kuih telah masak. Boleh terus salut dengan tepung kacang hijau.
Untuk salut:
Kacang hijau
Cara membuat:
- Sangai kacang hijau menggunakan api kecil sehingga warna keperangan.
- Buang kulit kacang, kemudian ayak / tampi kulit kacang.
- Masukkan dalam pengisar kering. Kisar sehingga halus. Ayak dan kisar lagi sehingga dapat tekstur seperti tepung.
- Sangai tepung kacang hijau lagi sekali.
- Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
ATAU CARA PALING MUDAH
Beli saja tepung kacang hijau yang sedia ada dikedai-kedai. Pastikan ada tertulis ROASTED. Saya lampirkan tepung yang saya maksudkan. Brand lain pun dah banyak dijual.
Saya sendiri pernah cuba beli cap Alagappas. Hasilnya not bad!
Selain kuih tepung gomak, tepung ini juga boleh dibuat kuih KOLE KACANG, BATANG BURUK & PUTU KACANG !
Kredit: Marlia Lia
Terlajak Mudah. Resipi Agar Agar Buah Bermacam Jenis Paling Sedap
Resipi Terung Goreng Bertuna. Sangat Sedap, Rugi Kalau Tak Cuba
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI