Garlic Butter Spread ni jika di pasaraya, sebotol kecil harganya boleh tahan mahal. Berbelas ringgit. Kalau nak tahu, anda boleh je buat sendiri di rumah guna 3 bahan yang sangat ringkas. Malah kosnya berkali-kali ganda lebih murah tau. Sangat enak disapu pada roti dan dicicah dengan sup cendawan. Nak cuba? Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Panaskan 1-2 sudu makan mentega / merjerin guna api perlahan. Masukkan bawang putih cincang.
2. Setelah bawang telah naik bau dan sedikit garing, masukkan 2 sudu makan mixed herbs. Kacau rata. Bila mixed herbs tadi naik bau, padamkan api. Biarkan sejuk.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan 8 sudu makan mentega / marjerin. Tambahkan tumisan bawang putih dan herba tadi. Gaul rata.
4. Simpan garlic spread butter dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti sejuk supaya mentega kembali pejal semula.
5. Untuk menikmati garlic spread ni, sapu tipis pada roti sebelum dibakar atas kuali.
6. Bakar atas non-stick pan. Lebih garing roti, lebih sedap rasanya.
7. Nikmati roti bakar garlic spread bersama sup cendawan panas. Memang sangat enak dan mengenyangkan.
Korang suka makan buruh puyuh tak? Kalau suka ini dua resipi burung puyuh yang sedap dan korang boleh cuba sebab cara memasak sangat senang dan ringkas dan paling penting hasilnya sangat sedap, gerenti anak-anak yang lapar je sepanjang cuti sekolah suka. Sekali sekala masak lauk lain dari yang lain apa salahnya kan?
BURUNG PUYUH GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
3 ekor buruh puyuh | potong kecil
5 tangkai cili kering | hiris kecil
8 tangkai cili padi | hiris kecil
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia |hiris halus
1 biji limau nipis | perah airnya
1 batang serai | hiris halus
½ batang lobak merah | potong dadu kecil
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan burung puyuh, kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit dengan sedikit garam halus. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng burung puyuh hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan minyak, kemudian tinggalkan sedikit untuk menumis.
Masukkan bawang besar, bawang putih, halia cili kering, cili padi, lobak merah dan serai.
Setelah bau wangi, masukkan burung puyuh yang telah digoreng, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup
Perahkan limau nipis sebelum angkat dan dihidangkan panas-panas.
BURUNG PUYUH GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg burung puyuh | cuci bersih dan tos
100gm rempah kari daging
30gm rempai kari daging
30gm serbuk jintan manis
30gm serbuk ketumbar
50gm tepung jagung
20gm daun kari
1 biji telur
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS:
150gm bawang berah
40gm bawang putih
60gm halia
60gm serai
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2cm halia muda
2cm kunyit hidup
4 batang serai
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar di dalam mangkuk bersama rempah kari, serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam. Gaul rata.
Kemudian masukkan burung burung puyuh di dalamnya.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
Perapkan selama dua jam. Sebalik-baiknya semalaman.
Sebelum menggoreng, pecahkan telur dan masukkan tepung jagung di dalamnya. Gaul rata.
Panaskan minyak, goreng burung puyuh.
Apabila hampir garing masukkan daun kari.
Setelah betul-betul garing, tutup api dan angkat.
Enak dihidangkan panas-panas dengan serdak rempah ratus yang garing tadi.
Sos Carbonara memang sedap dicampur dalam ramuan inti popia. Nak-nak pula ada isi ketam, ayam, cendawan, lobak merah dan yang penting sos Carbonara (tak kisahlah apa-apa brand, tapi empunya resipi guna sos prego yang dalam tin tu.
Kalau nak molek rupa popia tu jangan lah goreng api kuat sangat, sederhana aje. Jom kita tengok resipi perkongsian Ida Zaida ni dengan resipinya popia karbonara.
POPIA CARBONARA
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti:
2 biji bawang putih
3biji bawang merah
1paket isi ketam
1tin cendawan
1cawan isi ayam
1/2 carrot
1botol sos Prego carbonara @ 2 tin sos Prego yg ni lagi sedap berbanding dlm botol
Garam,gula,perasa
1sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK : 1. Bahan-bahan tadi semua dipotong dadu 2. Tumis bawang putih.bwg merah dgn 1sudu minyak masak je.lepastu masukkan isi ayam,sos Prego,isi ketam, cendawan,carrot 3. Perasakan garam,gula,perasa, masak sampai pekat.. sejukkan dlm peti ais skjp barulah start menggulung 4. Sy guna popia brand kg 5. Ambil popia sehelai letakkan inti tp jgn letak banyak sgt.nt kulit popia basah akan jd cantik 6. Kemudian gulung kn..lepastu gam(guna bancuhan tepung gandum+sedikit air)di hujung popia bg melekat.
.
7. Lepastu goreng dlm minyak yg panas tp api mst slow..baru cantik bila goreng
Hidangan stew memang sangat sedap dan mudah nak dimasak. Lauk ini boleh dikatakan lengkap dengan daging dan sayur kerana kita boleh letak banyak sayur dalam masakannya. Antaranya boleh masukkan kentang, saleri dan juga lobak merah. Jadi, andai kata anda tak sempat nak masak banyak lauk, boleh cuba stew daging ini.
STEW DAGING DAN SAYUR CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
300 gram daging batang pinang | hiris nipis
2 cm halia
2 ulas bawang putih | diketuk
1 biji ubi kentang | potong dadu
Lobak merah | potong dadu
Saleri | potong kecil
3 cawan air
Sedikit kiub pati daging
5 biji lada putih | tumbuk
Secubit serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap manis
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, panaskan minyak masak. Masukkan daging dan masak sekejap. Kacau selalu.
2. Masukkan halia, bawang putih, ubi kentang, lobak merah dan saleri.
3. Masukkan air, kiub pati daging, lada putih dan lada hitam.
4. Masukkan sos tiram dan sedikit kicap. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
5. Masukkan garam jika suka. Biarkan seketika dan matikan api.