Kalau pergi ke pasar malam pasti nak mencari murtabak. Tidak kira murtabak daging atau ayam keduanya jadi kegemaran ramai. Sebenarnya buat sendiri murtabak ni lagi puas makan. Jom kita buat murtabak mini menggunakan kulit popia, mudah saja tidak perlu uli dohnya.Boleh cuba membuatnya ikut resipi Dianadiandra Diana. Confirm tak cukup satu.
MURTABAK MINI
Bahan-bahan kulit popia:
3 biji ubi kentang ( potong dadu)
2 biji bawang besar ( saya guna bawang Holland)
1 ulas bawang putih ( di dadu)
3 sudu makan rempah kari ikan
Daun sup/bawang
Isi ayam/daging dicincang
2 biji telur ayam
Cara memasak:
1.Panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih dan merah,masukkan rempah dan tuang sedikit air( jangan banyak),lepas rempah pecah minyak,masukkan isi ayam dan kentang, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan masak sampai kering(dengan api sederhana).
2.Pecahkan telur masukkan sedikit garam dan pukul sebati kemudian masukkan bahan inti yang dimasak tadi ke dalam telur gaul sebati.
3.Ini rupa inti setelah digaul bersama telur tadi.
4.Letakkan di atas kulit popia.Lipat seperti bentuk murtabak.
5.Begini hasil setelah dilipat.
6.Goreng dalam periuk ajaib atau kuali yang tidak melekat dengan minyak yang sedikit.Jika mahu garing atau sebaliknya terpulang pada anda.Balik-balikkan kedua-dua belah sehingga masak siap untuk dihidangkan.
Kalau ada pisang di rumah dan masih tercari-cari menu untuk hidangan makan petang, boleh cuba resipi apam pisang mini yang super mudah dan sedap ini.
Hanya gunakan pengisar, resipi daripada AtiQah Aziz ini memang nampak lembut dan ‘moist’ je.
Bahan-bahan yang diguna pun mudah je. Jom cuba buat untuk minum petang ni. Pasti puas hati.
APAM PISANG MINI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum 1 cawan gula 1 cawan minyak masak 1 cawan pisang emas yang dilenyek 1 sudu besar susu manis 1 biji telur 1 sudu kecik baking powder 1 sudu kecik soda bicarbonat
CARA MEMASAK:
1. (Adunan basah): Hanya guna pengisar, pukul telur dan gula sampai kembang (1 minit). 2. Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang ½ minit.
3. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat. 4. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati. 5. Masuk aduan dalam acuan sebanyak ¾. Guna acuan apa pun boleh.
6. Kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakkan air masuk ke dalam adunan. 7. Apabila dah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2 minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.
Kali ini RASA nak tampilkan lima resipi minum petang yang sedap dan menarik daripada blogger My Kitchen Diary. Daripada senarai resipinya, nampak macam senang. Bahan-bahan pun tak susah nak disediakan. Jom apa kata kita try buat.
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
BAHAN KARAMEL
1/4 cawan gula
3 sudu besar air
CARA MEMBUAT KARAMEL
1. Panaskan kuali. Masukkan gula dan air.
2. Kacau dengan api perlahan sehingga keperangan.
3. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
BAHAN PUDING
1 tin krimer sejat cair
1/2 cawan krimer sejat pekat
4 cawan air
3/4 cawan gula
1 peket agar-agar serbuk
3 sudu besar kastard
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana.
2. Biarkan sehingga semua bahan larut sambil dikacau supaya tidak berketul.
3. Apabila sudah pekat sedikit, tapi adunan ke dalam loyang berisi karamel.
4. Sejukkan di dalam peti ais.
PUDING LAICI BANDUNG
BAHAN-BAHAN
1 tin laici (asingkan air dan buah)
750 ml air
1 peket agar-agar segera
1 tin susu cair
1/2 tin krimer manis bandung
CARA MEMBUAT
1. Laici dipotong kecil-kecil. Ketepikan.
2. Didihkan air bersama agar-agar.
3. Kacau sehingga agar-agar hancur.
4. Masukkan air laici, susu cair dan krimer manis bandung.
5. Kacau selalu. Apabila mendidih, masukkan laici.
6. Tutup api dan masukkan puding ke dalam acuan untuk disejukkan.
KASWI
BAHAN-BAHAN
7 cawan air
2 ketul gula melaka
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 sudu kecil kapur
BAHAN LAIN
Kelapa muda (diparut dan digaul dengan garam)
CARA MEMBUAT
1. Didihkan air bersama gula melaka dan gula pasir sehingga sedikit pekat. Biarkan suam.
2. Satukan tepung gandum dan tepung ubi. Masukkan ke dalam air gula dan kacau sebati.
3. Masukkan air kapur dan kacau rata.
4. Tapi adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
5. Panaskan pengukus. Balut penutup pengukus dengan kain supaya air tak menitik atas kuih.
6. Kukus dalam masa 45 minit. Guna api besar. Biarkan sejuk, baru dipotong.
7. Hidang bersama kelapa parut.
KEK SPONGE MARBLE
BAHAN-BAHAN
3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar serbuk penaik
1/3 cawan susu tepung
3 biji telur gred A
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar serbuk koko
CARA MEMBUAT
1. Panaskan loyang pada suhu 160 oc
2. Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan susu tepung.
3. Campurkan semua bahan kecuali minyak jagung dan serbuk koko. Masukkan dalam mixer. Pukul sehingga adunan jadi gebu dan putih.
4. Masukkan minyak jagung dan kacau guna spatula sahaja.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
6. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko dan satu lagi warna asal.
7. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak secara berselang seli.
8. Bakar selama 40 minit hingga kek masak.
9. Terus kelukarkan dan terbalikkan di atas redai selama 5 minit.
10. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN
5 helai daun pandan
2 cawan air
2 biji telur ayam
3 cawan tepung gandum
Garam secukupnya
200 ml santan kotak
Sedikit pewarna hijau
Gula secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Potong kecil daun pandan. Kisar bersama 2 cawan air. Tapis.
2. Masukkan telur ayam, tepung gandum, garam, santan, air pandan dan pewarna hijau ke dalam pengisar. Kisar sekali lagi. Tapiskan.
3. Panaskan acuan kuih cara yang telah disapu minyak dengan api kecil.
4. Tuang adunan ke dalam acuan. Biarkan seketika. Kemudian masukkan gula. Apabila sudah masak, keluarkan dan tuang lagi adunan lain.
5. Ulang sehingga adunan habis.
Banyak resipi yang boleh diolah dari kacang hijau, antaranya Kuih Lepat Kacang Hijau yang dikongsikan oleh saudara Muhamad Fadzul Ilahi Azhar ini. Jarang sekali kita mendengar atau rasa namun bila tengok pada rupanya, kelihatan sangat sedap dan menyelerakan. Menurut beliau menu ini adalah dari air tangan ibunya. Wow…Patutlah sangat menyelerakan. Jom cuba buat puan-puan.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!