
Ketika negara kita dilanda wabak COVID dua tahun lalu, ramai yang mula tercari-cari sesuatu untuk diusahakan demi meraih pendapatan. Begitu jugalah dengan wanita bernama Najihah Fidri yang sememangnya suka berniaga.
Dia mengambil keputusan untuk membuat bisnes pencuci mulut (dessert) disebabkan hidangan itu mempunyai ramai peminat. Namun, dia tiada kemahiran membuat kuih. Justeru, dia memilih untuk menjual dessert orang lain dan hanya mengambil komisyen sahaja.
“Saya tak pandai dan tak minat baking. Tapi saya sendiri suka dessert dan saya suka berniaga. Bagi saya, tiada salahnya menjual produk orang lain dan hanya ambil komisyen. Itulah yang saya buat sejak tahun 2019 dulu sampailah sekarang,” katanya.
Mengakui jualan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih tinggi berbanding sekarang, namun Najihah tetap menjual dessert kerana permintaan sentiasa ada.
“Masa PKP dulu, memang sangat laju jualan disebabkan semua orang duduk rumah. Sekarang pun masih OK walau tak macam dulu. Tapi dessert ni tetap ada permintaan sebab orang suka makan dessert,” katanya lagi.
Najihah menyenaraikan lima dessert yang paling laris jualannya.
1) NUTELLA CHEESETART
Rasa premium dan dibuat dalam saiz small bite. Mudah untuk dibawa ke majlis dan mudah untuk tetamu makan.
HARGA: RM40/box
2) CHOCOLATE CHIP BUTTERCAKE
Kek dimasak pada hari yang sama kek ini dijual. Jadi, pelanggan akan dapat kek yang memang baru dimasak. Bukan yang disimpan. Pelanggan selalunya memaklumkan kek ini cair di mulut. Rasa mentega dan cip coklat itu memang sedap.
HARGA: RM15/pek
3) BROWNIES
Memang ramai orang menjual brownies. Namun brownies yang dijual oleh Najihah sangat fudgy and bukan rasa kek. Kebanyakan brownies sangat mampat macam kek. Namun brownies ini teksturnya fudgy and chocolatey!
HARGA: RM45/box for plain & walnut brownies.
4) PAVLOVA
Harga yang sangat mampu milik. Hanya RM25 untuk empat ketul pavlova. Pavlova ni dibuat kurang manis. Kalau anda suka pavlova tapi mahu yang kurang manis, inilah pilihannya.
HARGA: RM25 (4 ketul)
5) TORNADO CHOCOLATE CAKE
Cita rasa kek toornado ini sangat sedap setanding kedai kek yang terkenal di tanah air. Namun, harganya masih murah. Sangat berbaloi untuk menikmati kek ini.
HARGA RM15
Bagi anda yang mahu membeli dessert melalui Najihah, bolehlah dm ke instagram beliau. Kawasan sekitar Shah Alam dan Subang.
Sumber: Instagram @najeafidri
5 Resipi Berasaskan Kentang Yang Sedap Tapi Jarang Kita Buat

Kali ni RASA nak kongsi resipi menggunakan bahan asas kentang. Jarang kita buat tapi sedap sesangat sebenarnya. Stok kentang punyalah banyak di rumah. Tak tahu dah nak masak apa dengan kentang ni. Jom cuba buat
hidangan ini yang bahan utamanya adalah kentang. Tak adalah asyik-asyik kentang hanya jadi bahan
sampingan dalam kari ayam atau sup ayam, kan?
Kentang Lecek Dengan Isi Ketam
Bahan-bahan inti kentang
100 gram mentega (BELI DI SINI)
30 gram bawang putih (dicencang) (BELI DI SINI)
150 gram krim masakan
200 gram serbuk kentang
50 gram bawang besar (dicencang)
5 gram serbuk lada putih
18 gram serbuk pati ayam
150 gram air panas
Cara membuat inti kentang
1) Panaskan mentega dan tumis bawang putih. Masukkan krim masakan dan biarkan mendidih.
2) Perlahan-lahan masukkan serbuk kentang dan gaul sebati.
3) Matikan api dan masukkan bawang besar ke dalam adunan. Masukkan lada putih, pati ayam dan air.
Gaul sebati.
4) Panaskan api dengan sedikit minyak dan masak adunan sehingga kekuningan.
Bahan-bahan pes isi ketam
300 gram pes ikan
30 gram lobak turnip
50 gram isi ketam (batang)
80 gram isi ketam
30 gram serbuk ketumbar
50 gram lobak
1 gram serbuk Five Spice
1 gram serbuk lada putih
9 gram serbuk pati ayam
3 unit phylo pastri
Cara membuat pes isi ketam
1) Gaulkan semua bahan.
2) Letakkan di dalam kuali setebal 1 cm dan stim selama 15 minit.
3) Potong pes yang telah distimkan kepada 15 cm X 3 cm.
Cara penyediaan:
1) Letak phylo pastri dan sapukan mentega cair.
2) Letakkan pes isi ketam.
3) Letakkan selapis potato filling di atas pes isi ketam. Gulung kemas. Taburkan bijan hitam dan bijan
putih. Goreng sehingga kekuningan.
Kek Udang Berkentang Dengan Otak-Otak
Bahan-bahan kek kentang
100 gram kentang
10 gram coriander (cilantro)
10 gram bawang spring
50 gram bawang besar (dicencang)
50 gram udang harimau (untuk hiasan)
2 biji telur ayam
Cara membuat
1) Masukkan serbuk ketang dengan satu cawan air panas.
2) Masukkan bahan yang lain (kecuali udang harimau) dan gaul sebati. Ketepikan.
Bahan-bahan otak-otak
100 gram ikan tenggiri
20 gram santan
10 gram bawang besar
5 gram bawang putih (BELI DI SINI)
2 gram serbuk cumin
2 gram serbuk cumin putih
2 gram serbuk coriander
1 gram serbuk kunyit (BELI DI SINI)
10 gram cili (dikisar)
2 batang serai (BELI DI SINI)
Cara membuat
1) Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
2) Letakkan di dalam dulang dan stim selama 10 minit.
Bahan-bahan sos cili mangga
30 gram mangga
2 gram coriander
30 gram jus mangga
20 gram sos cili Thai
1 gram cili merah
Cara membuat
1) Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan ketepikan.
Cara penyediaan
1) Letakkan kek kentang dan otak-otak selapis demi selapir. Ketepikan.
2) Celupkan dalam telur dan goreng sehingga kekuningan.
3) Hidangkan dengan udang dan sos mangga bercili.
Wasabi Kentang Lecek
Bahan-bahan doh
1 kg tepung gandum (BELI DI SINI)
2 gram malt
2 gram garam
30 gram yis
650 gram air
20 gram mentega tanpa garam (BELI DI SINI)
250 gram baguette starter
60 gram mush potato
Bahan-bahan kentang lecek
100 gram serbuk kentang granived
300 ml air panas
Cara membuat
1) Didihkan air.
2) Masukkan air ke dalam serbuk kentang granived.
Bahan-bahan wasabi mush potato
100 gram serbuk kentang granived
400 ml susu segar (BELI DI SINI)
15 gram serbuk wasabi
150 gram ham ayam
100 gram mayones
Cara membuat
1) Didihkan susu segar.
2) Masukkan susu segar ke dalam serbuk wasabi.
3) Campurkan dengan ham ayam dan mayones.
Cara penyediaan
1) Bulatkan doh dan masukkan wasabi serta kentang mush ke dalam doh. Kemaskan.
2) Letakkan seewed di atas doh.
3) Bakar pada suhu 200 darjah selsius.
Gnocchi Kentang
Bahan-bahan
1 cawan kentang kering
2 1/2 cawan air panas
50 gram tepung semolina
50 gram tepung Blue Key
2 biji telur ayam
30 gram keju parmesan
Garam secukup rasa
Cara membuat gnocchi
1) Campurkan kentang bersama air panas untuk dijadikan doh.
2) Masukkan semua bahan kecuali tepung Blue Key.
3) Bentukkan menjadi doh-doh kecil.
4) Lapiskan doh dengan tepung Blue Key.
5) Rebus adunan dan simpan di dalam peti sejuk.
Bahan-bahan sos
2 1/2 cawan sos tomato
30 gram bawang putih (dicencang) (BELI DI SINI)
20 gram basil
30 gram italian parsley
200 gram venus clam
50 gram kepingan ikan snapper
30 gram sotong
120 gram udang
150 ml minyak zaitun tulen
Cara membuat sos
1) Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan masukkan bawang putih.
2) Tumis ikan snapper, venus clam, sotong dan udang dengan parsley.
3) Masukkan sos tomato, basil dan garam.
4) Masukkan gnocchi dan gaul sebati.
Dome Kentang Lecek
Bahan-bahan
1 kg tepung gandum (BELI DI SINI)
180 gram gula
18 gram garam
40 gram yis
2 biji kuning telur
150 gram mentega (BELI DI SINI)
490 gram susu soya
60 gram kentang mush
Cara membuat doh
1) Kacau mentega dengan kuning telur.
2) Masukkan gula, garam, yis dan tepung. Gaul sebati.
3) Masukkan susu soya dan kentang mush.
4) Uli sehingga menjadi doh.
Bahan-bahan kentang mush
100 gram serbuk kentang granived
300 ml air panas
Cara membuat
1) Didihkan air.
2) Masukkan air ke dalam serbuk kentang granived.
Bahan-bahan kentang mush bawang putih
500 gram mush potato
30 gram bawang putih
10 gram minyak zaitun
3 gram garam
Cara penyediaan
1) Ambil sebiji doh. Masukkan mush kentang dan mush kentang bawang putih ke dalamnya.
2) Bakar sehingga keperangan di dalam ketuhar pada suhu 220 darjah selsius (atas) dan 150 darjah
selsius (bawah) selama 10 minit.
Selamat mencuba!
NAK RESIPI LAIN?
Kuih Seri Muka Paling Senang & Sedap
Manisan Dari Vietnam Yang Sangat Sedap
Peniaga Kongsi Resipi Sate Ayam Viral Yang Sedap & Mudah

Sate adalah antara makanan yang menjadi kegemaran ramai dan resipinya ada pelbagai versi. Bagi anda yang nak cuba buat sate yang sedap dan mudah, resipi perkongsian saudari Zahiza Asfar ni boleh dicuba. Menurut beliau, ini adalah resipi sate ayam viral yang beliau hasilkan setiap hari untuk jualan. Pasti sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SATE AYAM VIRAL
BAHAN-BAHAN:
- 2 kg isi ayam – dipotong
- 1/2 kg gula
- 4 biji bawang besar
- 1 labu bawang putih
- 4 batang serai
- 5 inci halia / lengkuas
- 2 sudu makan serbuk jintan manis
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Basuh isi ayam hingga bersih. Toskan.
- Kisar bawang besar, bawang putih, serai, halia dan lengkuas hingga halus.
- Masukkan isi ayam ke dalam bekas. Tambahkan gula, bahan kisar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
- Perap seketika isi ayam dan kemudian cucuk menggunakan lidi. Saiznya ikut selera.
- Bakar sate hingga masak dan nikmati bersama kuah kacang dan nasi impit.
Kredit resipi & foto: Zahiza Asfar
Koleksi Aneka Resipi Lauk Daging Mudah & Sedap Sempena Raya Haji

Tentu sekali anda mendapat banyak daging korban daripada rakan-rakan dan saudara-mara. Apa hidangan yang hendak dimasak agaknya? Terdapat pelbagai masakan berasaskan daging korban yang boleh anda cuba. Misalnya 12 jenis resipi yang kami kongsikan ini. Mudah tapi sedap! Sila cuba ye…
1. UNGKEP DAGING BERKERISIK
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging
- 6 biji bawang merah | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 2 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 1 batang serai | titik
- 1 inci halia | kisar
- 1 sudu makan kerisik
- Minyak masak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaul sekata.
- Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air.
- Masukkan kerisik dan biarkan mendidih hingga kuah sedikit pekat.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.
2. KARI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | potong dan bersihkan
- 1 mangkuk santan
- 5 biji bawang merah | kisar
- 2 ulas bawang putih | kisar
- 1 inci halia
- 1 tangkai daun kari
- 3 sudu makan rempah daging
- 2 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 inci kulit kayu manis
- Minyak masak untuk menumis secukupnya
- Air secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis.
- Masukkan daun kari dan rempah daging. Apabila tumisan sudah garing dan pecah minyak, masukkan air. Kacau sebati
- Masukkan daging dan sedikit air lagi
- Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF : Boleh cuci daging dengan tepung gandum untuk mengurangkan bau.
3. MASAK LEMAK DAGING SALAI DAN MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | disalai
- 1 mangkuk santan
- 2 batang serai
- 2 inci kunyit hidup
- 1 biji mangga muda | dihiris
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali mangga muda. Masak di atas api sederhana besar. Kacau perlahan.
- Setelah mendidih, masukkan mangga muda.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Mangga muda beri rasa masam pada hidangan.
4. DAGING GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
- 4 batang kacang panjang | dipotong 2 inci
- 2 biji cili padi | dihiris
- 2 labu bawang besar | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- Minyak masak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan kacau sekejap.
- Masukkan pula daging yang telah digoreng tadi.
- Akhir sekali masukkan kacang panjang dan garam serta gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Boleh tambah cili padi untuk lebih pedas bila digigit.
5. DAGING MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging
- 2 biji cili besar merah | dihiris
- 2 biji bawang besar | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 1 inci halia | hiris
- 3 sudu makan sos tiram
- Sedikit air
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris. Bila sudah naik baru, masukkan daging dan sedikit air. Gaul sebati.
- Masukkan pula sos tiram dan biar ia masak seketika. Gaul sekata.
- Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Tidak perlu garam kerana sos tiram sudah masin.
6. RENDANG DAGING PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging
- 7 biji bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 1 ½ inci halia | dikisar
- 1 inci lengkuas | dikisar
- 5 batang serai | dihiris halus
- 2 inci kunyit hidup | dikisar
- 2 sudu makan kerisik
- Sedikit hirisan daun kunyit
- 1 ikat daun pegaga
- 2 mangkuk santan
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kecuali kerisik, daun pegaga dan daun kunyit. Kacau perlahan.
- Bila kuah sudah agak kering dan pekat, masukkan kerisik.
- Akhir sekali masukkan daun pegaga dan daun kunyit. Gaul seketika.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Hidangan ini tidak perlu ditumis.
7. RENDANG DAGING DAN HATI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging
- 300gm hati
- 7 biji bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 1 ½ inci halia | dikisar
- 1 inci lengkuas | dikisar
- 5 batang serai | dihiris halus
- 2 inci kunyit hidup | dikisar
- 2 sudu makan kerisik
- Sedikit hirisan daun kunyit
- 2 mangkuk santan
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kecuali kerisik dan daun kunyit. Kacau perlahan.
- Bila kuah sudah agak pekat, masukkan kerisik.
- Akhir sekali masukkan daun pegaga dan hirisan daun kunyit.
- Masak dan biar mereneh namun pastikan ianya masih berkuah.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8. DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
- 10 biji cili padi | dikisar
- 6 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 2 biji kentang |potong wedges dan digoreng
- Sedikit air
- Minyak untuk menumis secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
- Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Boleh tambah jumlah cili padi jika mahu lebih pedas.
9. DAGING GORENG KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 6 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 5 batang kacang panjang | potong serong
- 1 sudu kerisik
- 1 batang serai | dititik
- 1 mangkuk santan
- Sedikit air
- Minyak masak untuk menumis secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar dan juga serai.
- Setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging, diikuti sedikit air. Setelah daging kecut, masukkan santan. Kacau perlahan.
- Biarkan kuah agak pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacang panjang.
- Akhir sekali, perasakan garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Tidak perlu goreng kacang panjang terlalu lama agar ia rangup bila kunyah.
10. RENDANG DAGING MADURA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging
- 7 biji bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 1 ½ inci halia | dikisar
- 3 sudu makan cili kering kisar
- 2 batang serai | dikisar
- 7 sudu kicap manis
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 2 tangkai daun kari
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Perap daging bersama semua bahan kisar dalam ½ jam.
- Panaskan minyak, masukkan perapan daging tadi.
- Masukkan sedikit air untuk pastikan daging lembut. Kacau sebati.
- Setelah kuah sudah kering dan sedikit pekat, masukkan daun kari, kicap manis dan hirisan bawang besar.
- Biarkan tiga minit dan angkat. Sedia dinikmati.
INFO CHEF : Rendang ini tidak menggunakan santan.
11. PERUT MUDA ALA PADANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
- 7 biji bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 1 ½ inci halia | dikisar
- 1 inci lengkuas | dikisar
- 3 sudu cili kering kisar
- 2 batang serai | dititik
- 1 mangkuk santan
- 2 helai daun limau purut
- 1 helai daun kunyit
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut.
- Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati.
- Masukkan santan dan biarkan mendidih.
- Akhir sekali garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.
12. PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
- 1 biji bawang besar | potong dadu
- 1 biji limau nipis | perah air
- 5 biji cili padi | dipotong kecil
- 1 biji buah tomato | potong dadu
- 1 sudu makan kerisik
- 1 helai daun limau purut | dihiris
- Sedikit air asam jawa
- Sedikit air suam
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati.
- Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa.
- Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati.
INFO CHEF : Boleh tambah lebih potongan cili padi jika mahu lebih pedas.
Nak lebih banyak resipi best untuk Raya Haji? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Ni Dia 4 Jenis Gulai Lemak , Kesedapannya Melekat Di Ingatan
Daging Harimau Meraung & Sambal Pencicah Paling Sedap, Cikgu Afy Kongsi Rahsia.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official