
Hidangan cekodok pisang ini siapa saja yang tak suka. Tapi tak semua mahir hasilkan cekodok pisang yang elok cantik, garing dan lembut di dalamnya. Salah cara, cekodok jadi keras dan kempis bila dah sejuk.
Nak buat cekodok pisang yang menjadi elok pun kena ada ilmunya. Diturunkan oleh mak mentuanya, Aina Nik berkongsi cara buat cekodok pisang yang bulat comel dan yang penting sedap. Cekodok pisang ini juga rangup di luar tapi lembut di dalam.
Cara buat cekodok pisang garing di luar, lembut di dalam
1. Kupas pisang yang dah masak ranum. Pisang sesuai untuk buat cekodok ialah pisang awak. Lenyek sampai halus.
2. Kemudian, masukkan 3 sudu gula. Lenyek lagi sehingga gula larut.
3. Lenyek lagi sehinga halus. Kalau masih ada bintil-bintil, tandanya belum lagi halus.
4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak. Sukatannya boleh agak-agak, masukkan sedikit demi sedikit. Kalau nampak terlalu lembik, boleh masukkan sedikit tepung. Jangan sesekali masukkan air.
5. Selepas itu, gaul sebati. Hasilnya, adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu pekat.
6. Panaskan minyak dengan api sederhana. Pastikan minyak banyak.
7. Bila dah panas, cubit adunan dengan hujung jari dan masukkan ke dalam kuali. Jangan terlalu besar, supaya bila sejuk cekodok tak kemek. Pastikan bila menggoreng, jangan letak cekodok terlalu banyak dalam kuali. Bila dah nampak keperangan, kaup balik dan leraikan. Adun guna belakang sudip sehingga garing.
8. Bila dah masak, angkat dan tos. Boleh nampak hasil cekodok yang kecil dan bulat-bulat. Cekodok ini garing di luar, lembut di dalam. Bila dah sejuk pun masih comel.
9. Sedap dan lembut. Tak cukup kalau makan sebiji.
Sumber: Aina Nik
Kulit Karipap Letak Daun Sup. Buat Macam Ni Memang Sedap & Wangi

Karipap Daun Sup ni nampak sedap, unik dan menarik. Kalau biasa anda makan karipap kulit kosong tu, kali ni boleh cuba karipap daun sup perkongsian saudari Tie Watiezz ni. Mesti lagi wangi! Jom lihat cara-caranya.
RESIPI KARIPAP DAUN SUP
BAHAN KULIT KARIPAP:
- 3 cawan tepung gandum – beli online disini
- 1 sudu teh garam
- 1 senduk daun sup cincang
- 2 sudu makan marjerin – beli online disini
- 2 sudu makan minyak masak – beli online disini
- Air secukupnya
CARA-CARA:
- Panaskan marjerin dan minyak. Setelah marjerin cair, biarkan suam.
- Satukan tepung, garam, daun sup dan marjerin suam tadi. Ramas supaya berderai.
- Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh.
- Perap sekejap dalam bekas bertutup selama 10 minit. Kemudian bolehlah mulakan proses buat karipap.
BAHAN INTI KENTANG:
- 7 biji ubi kentang – direbus sebiji-sebiji. Jangan potong. – beli online disini
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih
- Sedikit halia
- 2 tangkai daun kari
- 4 sekawan (pelaga,cengkih,bunga lawang,kayu manis)
- 2 sudu makan rempah kari – beli online disini
- 1 biji kiub pati daging (optional) – beli online disini
- Garam secukup rasa.
- 1/2 cawan air
- Daun sup secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Rebus ubi kentang hingga empuk. Toskan kemudian tumbuk/potong kasar. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan, bawang besar, bawang putih, daun kari dan halia.
3. Masukkan rempah kari dan air. Tunggu hingga pecah minyak sedikit anggaran 5 minit.
4. Perlahankan api, masukkan garam dan kiub pati daging.
5. Setelah rempah masak, padamkan api, buang rempah 4 sekawan.
6. Masukkan ubi kentang yang ditumbuk kasar tadi. Gaul rata bersama rempah.
7. Akhir sekali, tabur daun sup yang dicincang.
8. Ambil doh karipap tadi dan bentukkan bulat.
9. Ambil doh, canai jangan terlalu nipis.
10. Kemudian masukkan inti dengan secukupnya. Kelim dan bentukkan menjadi karipap.
11. Sedia untuk digoreng dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Tie Watiezz
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Wanita Ini Tunjuk Step By Step Buat Wanpaku, Senang Sungguh Nak Buat

Sana-sini orang bercakap mengenai roti sandwic yang tebal. Namanya Wanpaku yang berasal dari Jepun. Surirumah yang mengusahakan sandwic dari rumah, Suria Rashid berkongsi step by step membuat Wanpaku dengan langkah yang sangat mudah.
Suria mengakui telah mulai membuat Wanpaku sejak 2016 lagi untuk dinikmati sendiri di rumah. Menariknya, dia tak tahu pun sandwic tebal yang dia buat itu rupa-rupanya adalah Wanpaku.
“Saya memang suka makan sandwic. Kadang saya olah sendiri sandwic untuk saya makan di rumah. Tak sangka benda yang saya buat selama ni adalah wanpaku dan viral. Saya ada kongsi step by step Wanpaku yang saya buat di facebook. chicken slice dan crab stick boleh tukar dengan telur atau ayam bakar atau daging. Boleh ubah ikut selera masing-masing.”
WANPAKU VERSI SURIA RASHID
Ini bahan-bahannya.
Letak sekeping roti. Lepas tu susun timun.
Susun salad pulak.
Susun lobak merah.
Letakkan chicken slice.
Susun kobis ungu.
Letakkan sekeping keju.
Kemudian letak pulak crab stick.
Letakkan tomato.
Letak sekeping lagi chicken slice.
Letakkan sekeping lagi keju, baru ngam.
Susunkan sweet potato Japan.
Akhir sekali letakkan sekeping roti. Jangan lupa belah dua roti anda sebelum dimakan.
Siap!
Kredit: Facebook Suria Rashid
Sedapnya Daging Masak Kicap Ni. 5 Jenis Resipi Berlainan Yang Wajib Dicuba!

Daging masak kicap adalah antara menu paling sering dimasak dan dihidangkan disetiap rumah. Pun begitu sebenarnya ia mempunyai rasa yang pelbagai apabila bahan-bahan yang digunakan berbeza dengan apa yang biasa kita gunakan. Cuba 5 resipi ini dan siapa tahu ia mungkin menepati citarasa selera anda sekeluarga.
1. RESIPI DAGING MASAK KICAP VERSI TOK
BAHAN-BAHAN:
- Daging (Bahan-bahan ni untuk 3kg daging)
- Cabai kering (klo nak pedas boleh tambah lg cabai. Kmyra takut pedas)
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
- Jintan manis
- Lada hitam ( nak pedas boleh letak lebih)
- Belacan
- Kicap
- Gula
- Garam
CARA MEMASAK:
- Perap daging yg siap dipotong dgn jintan manis, kunyit & sedikit garam. Sebelum tu tumbuk dlu jintan manis smpai hancur.. Pastu gaulkan dengan daging td..
- Sangai jintan manis + lada hitam.
Masukkan minyak,, goreng cabai kering smpai garing tp jgn hangit.. St g pait. Hahaha.
Pastu goreng belacan..,,agak2 dlm besaq syiling 2kupang..
Pastu goreng bawang besar + bawang putih + halia smpai warna kekuningan. - Tumbuk jintan + lada td
Masuk kan dlm blender bersama cabai + belacan & bawang2 td. So blender smpai hancor semua. - Masukkkan minyak. Goreng daging td smpai masak. Dan angkat.
Pastu masukkkan bahan2 yg kita blend td.
Masak smpai pecah minyak. Baru masukkan kicap. Kakmyra guna kicap Mudim.. N masukkan daging yg dh digoreng td.
Pastu rasa dlu sebelum tmbah gula garam @ serbuk perasa..
2. RESIPI DAGING MASAK KICAP RASA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging | potong nipis-nipis
BAHAN TUMIS:
- 4 biji bawang merah | dihiris
- 2 biji bawang putih | dihiris
- 2 biji bawang besar Bombay | dihiris kasar
- 125ml kicap pekat
- 5cm kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 kuntum bunga lawang
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar Bombay
- 4 biji bawang putih
- 5cm halia
- 4 sudu makan cili giling (bergantung kepedasan yang diingini)
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang telah dikisar bersama bahan tumisan lain kecuali hirisan bawang besar. Tumis hingga naik bau wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan daging yang telah dicuci dan dihiris nipis tadi. Masukkan air secukupnya dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
3. Setelah itu, masukkan kicap pekat dan air asam jawa, reneh lagi hingga kuah memekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dihiris kasar.
5. Sedia dihidangkan.
3. RESIPI DAGING HITAM BASAH
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | cuci bersih dan rebus
- 1/2 cawan kicap pekat manis
- 2 sudu makan air asam Jawa
- 1 helai daun salam
- Rempah menumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
- Minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN MAYANG HALUS:
- 3 biji bawang besar
- 3 batang serai
BAHAN KISAR :
- 10 tangkai cili kering
- 3 biji bawang besar
- 6 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2cm lengkuas
- 3 batang serai
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
- 1 sudu makan ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
- Hiris nipis daging yang telah direbus, kemudian titik hingga nipis. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumiskan rempah menumis dan bahan hirisan hingga kekuningan dan wangi.
- Masukkan pula bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan goreng sangai dan kisar. Terus kacau hingga bahan tumisan betul-betul garing.
- Masukkan air asam, daging dan sedikit air. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa,
- Biarkan mereneh lebih kurang lima minit. Tutup api.
- Daging dendeng basah sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu dendeng kering, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga garing. Dan semasa menumis tidak perlu masukkan air.
4. RESIPI DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
- Daging (Lagi sedap kalau daging batang pinang)
- *Jintan kasar
- *Jintan halus
- *Bunga lawang
- *Kayu manis
- *Buah pelaga
- *Cili kering
BAHAN TUMIS:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
CARA MEMASAK:
- Sangai bahan * sampai bau harum.
- Kemudian sangai dengan cili kering sedikit, ikut kepedasan masing-masing.
- Kisar halus bahan-bahan yang disangai tu dan gaul dengan daging yang dah dibasuh. Kemudian perap dalam setengah jam.
- Bahan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hiris nipis.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris, dah garing masukkn daging yang diperap tadi.
- Sambil kacau masukkan kicap kipas udang, gula. Nak pekat tambah sikit kicap pekat. Kemudian masuk dalam preasure cooker lagi cepat empuk.
- Masak sampai kering dan bersalut rempah dengan daging. Siap.
- Nota: Boleh je gantikan dengan ayam yang dah di goreng kejap…tabur daun kari.
Kongsi resipi: Rose Misymuchy
5. RESIPI DAGING GORENG KICAP BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging |hiris nipis
- 30ml kicap manis
- 10gm sos tiram
- 8 biji cili padi |ditumbuk kasar
- 4 ulas bawang putih|dicincang
- 3cm halia |dihiris nipis
- 1 labu bawang besar |potong bulat
- 1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tabur sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke atas daging. Goreng garing dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan cili padi, bawang besar, kicap dan sos tiram.
- Masukkan daging yang telah digoreng bersama daun bawang, garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Pilih kacang bendi yang masih muda untuk memastikan ia rangup ketika digoreng.