Sambal pemecah selera makan, malah ada juga orang berkata, takda sambal makan tak lengkap.  Sebab itulah di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu sambal wajib ada dalam menu makan tengahari ataupun malam.  Kalau bukan sambal yang bertumis, sambal yang tidak perlu masak pun dah ok.  Kalau nak cuba, ini ada enam koleksi sambal mantah boleh korang cuba.

Buat 6 Jenis Sambal Sedap & Senang, Tak Perlu Masak Pun.

SAMBAL BELACAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji cili merah
  • 10 biji cili hijau
  • 15-20 biji lada Thai merah
  • 6 biji limau kasturi dibuang bijinya
  • ½ keping belacan
  • 3 sudu cuka
  • 3 sudu makan udang kering
  • ½ biji lemon ataupun limau nipis
  • 100 ml air
  • Garam dan gula

CARA MEMASAK:

  1. Bakar belacan terlebih dahulu
  2. Masukkan limau kasturi yang telah dibelah ke dalam kuali, layukan sehingga 5-8 minit untuk membuang rasa pahit limau kasturi.
  3. Selepas itu masukan cili merah, cili hijau, lada thai, udang kering, dan layukan pada api sederhana besar selama 3-4 minit untuk buang rasa mentah lada dan limau kasturi. jangan guna minyak.
  4. 4.Kemudian masukkan ke dalam blender semua bahan tadi dan kisar sehingga lumat.
  5. 5.Masukan air perahan lemon, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan bersama ulam-ulaman.

Buat 6 Jenis Sambal Sedap & Senang, Tak Perlu Masak Pun.

SAMBAL MANGGA
BAHAN-BAHAN:

  •  1biji mangga muda
  • 1 sudu makan gula merah
  • 5/6  biji cili padi | pedas ikut kesukaan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1cm belacan bakar

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Bersihkan mangga dan cencang atau parut halus atau mengikut kesukaan
  2. Tumbuk, cili pada bersama gula, garam dan belacan hingga lumat.
  3. Masukkan ke bekas dan gaul bersama mangga tadi. Pastikan semuanya sekata.
  4. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.

Buat 6 Jenis Sambal Sedap & Senang, Tak Perlu Masak Pun.

SAMBAL BELACAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji cili merah
  • 10 biji cili hijau
  • 15-20 biji lada thai merah
  • 6 biji limau kasturi dibuang bijinya
  • ½ keping belacan
  • 3 sudu cuka
  • 3 sudu makan udang kering
  • ½ biji lemon ataupun limau nipis
  • 100 ml air
  • Garam dan gula

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. bakar belacan terlebih dahulu
  2. Masukkan limau kasturi yang telah dibelah ke dalam kuali, layukan sehingga 5-8 minit untuk membuang rasa pahit limau kasturi.
  3. Selepas itu masukan cili merah, cili hijau, lada thai, udang kering, dan layukan pada api sederhana besar selama 3-4 minit untuk buang rasa mentah lada dan limau kasturi. jangan guna minyak.
  4. Kemudian masukkan ke dalam blender semua bahan tadi dan kisar sehingga lumat.
  5. Masukan air perahan lemon, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan bersama ulam-ulaman.

Buat 6 Jenis Sambal Sedap & Senang, Tak Perlu Masak Pun.

SAMBAL CENDALUK

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 botol cencaluk
  • 6 – 10 biji bawang kecil
  • 10 biji cili api merah | kalau suka pedas boleh tambah
  • 5 biji cili api hijau
  • 5 biji lima kasturi

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Hiris halus semua cilipadi dan bawang
  2. Dalam mangkuk, masukkan cencaluk dan campurkan hirisan cilipadi dan bawang.
  3. Perahkan air limau kasturi. Kalau kurang masam, boleh tambah limau. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.

Buat 6 Jenis Sambal Sedap & Senang, Tak Perlu Masak Pun.

SAMBAL MERAH CIBIUK
BAHAN-BAHAN :

  • 20 biji cili padi merah
  • 3 biji cili merah | hiris
  • 4 biji bawang merah hiris
  • 1 ulas bawang putih | hiris
  • 1cm kencur | hiris
  • 4 biji tomato  | dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk kencur  bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
  2. Masukkan cili padi dan merah, tumbuk lagi.
  3. Kemudian masukkan tomato, tumbuk lagi seketika.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Sedia dihidangkan.

Buat 6 Jenis Sambal Sedap & Senang, Tak Perlu Masak Pun.

SAMBAL LASANA
BAHAN-BAHAN:

  • 15 cili padi
  • 3 biji cili merah
  • 4  ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm kencur
  • 1 genggam daun kemangi | hiris halus
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk kasar kesemua bahan, kecuali daun kemangi.
  2. Kemudian masukkan daun kemangi, garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaul rata dan sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI