Sekarang ni musim graduasi anak-anak pelajar tadika, pelajar sekolah rendah yang tamat darjah 6 dan para pelajar tingkatan 5 yang diraikan dalam majlis istimewa. Ini adalah antara ‘moment’ indah yang bakal diingati sepanjang hayat mereka. Bukan sahaja pada para graduan, malah ia termasuklah ibu bapa, guru serta pensyarah yang terlibat.
TRADISI MAJLIS GRADUSI selalunya meriah dengan jambangan bunga segar untuk dihadiahkan buat insan tersayang. Namun agak rugi kerana bunga segar tak tahan lama dan harganya pun boleh tahan mahal. Jika dibeli, sejambak bunga segar rata-rata bermula dari RM70 ke atas. Hmmm… sayangnya nak habiskan duit begitu saja. Bukannya berkira tetapi di zaman gawat sebegini, setiap perbelanjaan perlu diambil kira. Trend terkini, pilihan lain selain bunga ialah menghasikan bouquet coklat. Idea ini nampak lebih masuk akal — lepas siap bergambar, boleh makan dan tak membazir.
Bakal menghadiri majlis konvo insan tersayang? Apa kata anda hasilkan bouquet coklat secara DIY. Anda boleh membuatnya mengikut kreativiti sendiri malah pastinya lebih jimat. Hanya dengan beberapa bahan ringkas, hasilnya nampak sangat cantik persis yang dibeli di kedai. Jom cuba idea perkongsian Puan Khairana Rahman.
CHOCOLATE TEDDY BEAR BOUQUET
Bahan-bahan:
Coklat Ferrero Rocher
Teddy bear
Rice paper (guna 4 warna)
Lidi sate
Pita pelekat
Riben
Gunting
Plastik empat segi
Cara-cara Membuat Bouquet Coklat
1. Balut coklat dengan plastik dan lekatkan menggunakan pita pelekat.
2. Cucuk coklat dengan lidi sate supaya mudah disusun nanti.
3. Balut dan lekatkan plastik pada lidi dengan menggunakan pita pelekat.
4. Potong empat segi kertas warna seperti contoh.
Ads
5. Lipat kecil dan gunting bahagian tengah.
6. Kertas yang dah dipotong di bahagian tengah akan menjadi ‘penyokong’ untuk coklat.
7. Masukkan lidi coklat pada lubang kertas dan lekatkan dengan pita pelekat.
8. Ulang langkah untuk semua coklat sehingga siap.
9. Cantumkan semua lidi coklat menggunakan pita pelekat supaya kelihatan kemas.
10. Lekatkan lidi sate di bahagian belakang teddy bear. Cara melekatkan ikut kreativiti masing-masing. Ada yang cucuk pada jahitan bawah teddy bear untuk elakkan rosak. Gam tidak digalakkan kerana boleh merosakkan fabrik.
Ads
11. Cantumkan teddy bear dan coklat menjadi satu rangkaian yang kemas.
12. Lipat dua rice paper.
13. Balut rice paper mengelilingi coklat dan ikat menggunakan riben untuk kesan lebih kemas dan profesional.
14. Siap! Inilah hasil bouquet coklat yang cantik dan jimat. Bolehlah hadiahkan buat anak-anak atau kawan-kawan yang bakal konvo nanti.
Ads
Contoh Bouquet Coklat Lain
Ada pelbagai rekaan yang anda boleh cuba. Ada yang gabungkan coklat dengan mini plushie, ada yang gunakan warna rice paper pastel untuk nampak lebih lembut, dan ada juga yang buat versi glam dengan warna hitam dan emas. Kreativiti memainkan peranan besar dalam menjadikan bouquet coklat ini hadiah yang eksklusif dan penuh makna.
Kelebihan membuat sendiri juga ialah anda boleh sesuaikan warna, jumlah coklat, saiz teddy, serta gaya pembungkusan mengikut karakter penerima. Dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding bunga segar, ramai ibu bapa dan pelajar kini memilih bouquet coklat sebagai hadiah graduasi yang lebih praktikal, manis dan tak membazir.
Jika anak-anak anda suka bawa bekal ke sekolah, sesekali boleh juga sediakan bekal yang lebih moden untuk mereka. Pasti si ekcil lebih berselera. Malah minggu ni juga adalah minggu terakhir Syawal. Bagi anda yang bakal mengadakan majlis, berikut adalah antara hidangan ringan dan juga ‘finger food’ yang sesuai dihidangkan buat tetamu. Memang mudah! Selamat mencuba!
1. POPIA INTI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar| dicincang halus
2ulas bawang putih| dicincang halus
200gm daging kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
100 gm kacang panjang | hiris halus
1/2 batang lobak merah | hiris halus
1 bungkus kulit popia
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
Masukkan daging kisar. Gaul rata.
Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayonis.
2. SANDWICH AYAM
BAHAN-BAHAN:
100gm isi dada ayam
5 sudu makan tepung ayam goreng
1 sudu teh serbuk lada hitam
4keping roti biasa atau whole meal
Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
Mayonis secukupnya
CARA MEMASAK:
Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
Angkat dan ketepikan.
Sementara tunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.
3. PUFF BEBOLA AYAM
BAHAN-BAHAN:
40 biji bebola ayam
20 batang lidi pencucuk
BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
125gm tepung tinggi protein
½ sudu kecil garam
15gm marjerin
70gm pastri marjerin
65gm air
CARA MASAK:
Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
Canai pastri marjerin dengan dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
Canai doh dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
Keluarkan doh pastri, canai lebar dan potong memanjang sebesar saiz bebola ayam.
Balutkan bebola dan potong membulat dan cucukkan pada lidi.
Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.
Hidangkan bersama sos dan mayones.
INFO CHEF: Lapiskan cheddar pada puff pastri dan gulung pada bebola ayam untuk memberikan sedikit kelainan. Bebola ayam boleh digantikan dengan sosej ataupun udang.
4. ROTI GULUNG SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
12 biji sosej koktel
6 keping roti putih
200gm serbuk roti
1 biji telur ayam
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
Goreng sehingga kuning keemasan.
Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
5. SWEDISH MEARBALL PASTA WITH CHEESE SAUCE
BAHAN-BAHAN:
150gm pasta bentuk reben | rebus dan tos
Bahan untuk bebola daging:
300gm daging cincang
1 cawan serbuk roti
1 pokok daun bawang | cincang halus
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Keju:
150gm krim keju
100 susu segar
1 keping keju cheddar
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bebola daging, campurkan semua bahan kecuali serbuk roti.
Bentukkan bulat-bulat, kemudian gaulkan dengan serbuk roti dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hingga bebola berwarna keperangan. Angkat dan ketepikan.
Untuk sediakan sos keju: Campurkan krim keju bersama susu, panaskan di atas api sederhana.
Kemudian masukkan keju cheddar. Kacau sehingga keju cair. Masukkan sedikit tepung untuk pekatkan sos. Angkat dan ketepikan.
Sediakan pasta di dalam pinggan, kemudian hiaskan dengan bebola daging di atasnya.
Akhir sekali tuangkan sos keju di atas hidangan ini.
Enak dihidangkan panas-panas.
6. POTATO DUMPLINGS
BAHAN-BAHAN:
200gm isi ayam | potong dadu kecil
1 biji bawang merah | cincang halus
1 1/2 cawan kentang lecek
1 biji telur ayam
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk buah pala
200gm tepung gandum
Air secukupnya
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
Goreng ayam dengan bawang sehingga perang keemasan.
Campurkan kentang lecek, telur, garam lada hitam, lada sulah, serbuk buah pala dalam mangkuk. Kacau rata.
Tambahkan tepung dalam adunan dan uli sehingga menjadi doh.
Bentukkan doh menjadi beberapa bahagian dumpling
Ambil dumpling yang telah dibentuk, tekan tengah dan masukkan isi ayam sebagai inti.
sambil itu panaskan air, apabila mendidih masukkan dumpling sehingga masak.
Angkat, tos dan hidangkan.
7. MUFIN BAYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
25gm mentega
200ml susu
100gm bayam
1 2/3 cawan tepung gandum | diayak
1 sudu makan serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk buah pala
1/3 cawan keju parmesan | diparut
1 biji telur
120gm keju krim
8 biji tomato ceri
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dan susu di dalam periuk. Masukkan bayam dan layurkan.
Kisarkan campuran bayam dan susu sehingga halus. Biarkan sejuk.
Di dalam mangkuk besar, ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk buah pala. Adun rata.
Masukkan kisaran bayam, telur, keju parmesan dan krim keju ke dalam bancuhan tepung. Gaul hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan. Letakkan tomato ceri dan bakar dalam ketuhar pada suhu 190C selama 20 minit atau sehingga masak.
Hidangkan.
Info chef: Bagi memudahkan proses mengadun, krim keju hendaklah dipecah-pecahkan menggunakan tangan kepada ketulan kecil.
8. QUICHE BAYAM BERKRIM
BAHAN-BAHAN A (PASTRI):
300gm tepung gandum
120gm shortening
120gm mentega
1 biji telur
2 sudu makan air sejuk (berais)
Sedikit garam
BAHAN-BAHAN INTI:
150gm bayam | bersihkan dan celur
1 cawan krim masakan
1 sudu makan mentega
1 labu bawang besar | cincang dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
½ sudu teh oregano kering
½ sudu teh basil kering
Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa
Parutan keju parmesan/cheddar secukupnya | pilihan
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati.
Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit. Ketepikan.
Sementara itu, buat inti quiche. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan bayam celur yang dicincang sedikit, krim masakan dan kacau rata. Tambah oregano, basil, lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa. Tutup api. Ketepikan.
Keluarkan doh dari peti sejuk. Canaikan doh dan letak doh di dalam acuan tart/pai.
Tuang inti ke dalam acuan doh dan kemaskan keliling acuan.
Tabur parutan keju secukupnya jika suka.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C hingga keperang-perangan.
Angkat dan sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Apam balik yang nipis dan kecil ni selalunya dijual di pasar malam. Kadangkala di majlis kenduri kahwin pun ada disediakan apam balik kecil ni. Rasanya manis dan memang sesuai untuk dijadikan kudapan.
Seorang wanita yang menggunakan facebook Deyana Hatazad telah berkongsi resipi apam balik mudah untuk disediakan. Lagi senang apabila nak memasaknya hanya menggunakan kuali biasa tanpa perlu kuali khas untuk membuat apam balik. So, korang pun boleh try buat nanti ya.
APAM BALIK
BAHAN-BAHAN
1 biji telur ayam
1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan air
Sedikit pewarna kuning (tak letak pun tak apa)
2 cawan tepung gandum
Sedikit yis
Mentega | untuk masak
BAHAN TABUR
Kacang tanah (goreng, tumbuk dan kisar )
Mentega
Gula perang
Jagung krimer
Chocolate chips
Badam
Choclate rice
CARA MEMBUAT
1) Putar telur, gula perang, soda bikarbonat dan baking powder selama 5 minit. Masukkan air dan pewarna kuning. Kacau lagi.
2) Masukkan tepung gandung dan yis. Kacau sekejap dan biarkan 5 minit.
3) Lengserkan mentega di kuali dan letak 2 senduk adunan tadi.
4) Letak BAHAN TABUR ikut kretiviti. Biarkan nampak garing di tepi baru lipat dan keluarkan.
Lokching; snek jalanan berupa sate ikan yang dinikmati bersama sos. Memang popular di negeri-negeri Pantai Timur seperti kelantan dan Terengganu. Kalau dulu, lokching ni harganya 10sen sahaja secucuk. Sekarang, 5 cucuk pun dah RM2. Suka makan lokching? Jom buat sendiri. Lagi puas hati dan boleh makan puas-puas.
BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan selayang / sardin
1/2 biji bawang besar
1 1/2 cawan tepung ubi
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
Sedikit ajinomoto ( jika suka)
CARA MEMASAK:
1. Hiris dan ceraikan isi ikan dari tulang.
2. Kemudian tumbuk isi ikan bersama bawang besar hingga lumat. Boleh juga kisar.
3. Setelah ikan lumat, campurkan dengan tepung ubi, garam, baking soda dan ajinomoto. Uli hingga sebati.
4. Cubit doh dan gentel jadi bentuk bulat kecil. Lakukan hingga adunan habis. Bagi mengelakkan doh melekat pada tangan, sapu sedikit minyak masak.
5. Panaskan minyak dan goreng doh ikan tadi hingga garing. Angkat, toskan minyak dan cucuk pada lidi.
BAHAN SOS:
3 ulas bawang putih – tumbuk halus
1 1/2 cawan air
4 sudu makan air
Garam dan sedikit MSG
2 sudu makan tepung ubi – bancuh dengan sedikit air
Sedikit pewarna merah
CARA-CARA:
Tumis bawang putih tanpa minyak hingga kekuningan.
Kemudian masukkan air, gula, garam, MSG ( jika suka), bancuhan tepung ubi dan pewarna.
Jika suka sos pedas, tumis 2-3 biji cili padi tumbuk.
Untuk menikmati lokching, bakar sate ikan tadi hingga sedikit hangus. Kemudian nikmati bersama sos.