Sedapnya Otak-Otak Ayam. Ada juga yang memanggil Pepes Ayam. Kalau makan panas-panas memang nikmat. Sesuai dijadikan pada bila-bila masa sama ada semasa minum petang atau makan malam bagi anda yang tak suka menu berat. Sajian ini kalau beli, harganya boleh tahan. Jadi jom belajar buat sendiri guna resipi perkongsian dari saudari Nurul Akmar Ab Hamid Anne. Tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!
CARA BUAT OTAK OTAK AYAM / PEPES AYAM MUDAH & SEDAP
Ads
BAHAN-BAHAN: 1/2kg isi ayam – kisar lumat 4 ulas bawang merah – beli online disini 1 biji bawang merah besar – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini 3 biji cili merah Sedikit cili padi Halia (sebesar ibu jari) Kunyit hidup (sebesar ibu jari) 2 batang serai – beli online disini 1 sudu makan serbuk perasa 1 helai daun limau purut 1 helai daun kunyit 1/2 cawan santan – beli online disini Garam secukup rasa 2 sudu makan gula – beli online disini Asam jawa secukupnya (jangan banyak nanti terlebih masam) Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan diatas (kecuali daun pisang) di dalam blender dan kisar halus. 2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas bersesuaian.
3. Sudukan adunan ke atas daun pisang yang telah dibersihkan. Bungkus dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
4. Otak Otak Ayam yang siap dibungkus bolehlah dibakar atau dikukus.
Tak lengkap nak menggoreng ayam jika tidak ada serbuk kunyit. Tapi tahukah kita ayam goreng yang tak di gaul dengan
serbuk kunyit lagi sedap dengan ramuan segar ini.
Resipi Ayam Goreng Tanpa Serbuk Kunyit
BAHAN-BAHAN:
5-6 Ulas bawang putih (ditumbuk)
5 Ulas bawang merah (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
Garam
1 Sudu besar serbuk cili
CARA-CARA:
Tumbuk semua bahan sehingga lumat.
Kemudian masukkan garam, serbuk cili dan gaulkan
Perap dalam 10 minit
Akhir sekali goreng ayam yang dah diperap tadi
Siap. Sedia dinikmati!
Ketika ditemui Eksekutif Chef, Sabri Soid, Hotel Royale Chulan KL, baharu sahaja kembali dari Mumbai, India. Berada di sana selama tiga minggu sempena promosi makanan Malaysia. Menurutnya sajian Melayu masih ke belakang berbanding negara Asia yang lain seperti India, Thailand, Jepun dan Korea. Tak payah pergi jauh katanya lihat sahaja Thailand konsep ‘food styling dan presentation’ jauh lebih ke hadapan.
.
“Istilah masak campak-campak tak sesuai jika mahukan masakan Melayu dipandang dunia. Masakan Melayu perlu ada seni hidangannya. Perlu ada penggayaan dan persembahan yang menarik jika mahu dimartabatkan sebagai konsep ‘fine dining’ dan boleh menarik selera masyarakat antarabangsa. Chef atau Tukang Masak itu perlu fahami ‘bahasa’makanan dan perlu bersifat terbuka dan versatil bila memasak masakan.
Pengalaman Mantapkan Kepakaran
Dalam menguasai kepakaran masakan, pengalaman adalah ilmu penting untuk memantapkan kemahiran. Kerjanya bermula dari bawah dan dia melalui ke pelbagai tangga kerjaya bermula daripada apprentice, commis hinggalah ke Spus Che dan Chef De Cuisine sebelum jawatannya kini..
.
Berusia 44 tahun, sebagai orang ‘lama’, dia pernah belajar dan dibimbing oleh barisan Chef antarabangsa daripada Eropah dan Australia .
Hotel Royale Chulan KL ini terdapat Warisan Café yang menyediakan masakan Malaysia dan antarabangsa, Restoran Bunga Emas (fine dining Melayu), Restoran Masakan China Tai Ping, L’Heritage Steak House . Di samping memastikan semua operasi makanan berjalan lancar di tempat ini, Chef Sabri juga mengetuai tanggungjawab operasi bankuet dan majlis keraian di hotel yang kadang kala mencecah 2 ribu tetamu.
.
Di antara kejayaan lain pernah diraihnya ialah menerima pengiktirafan daripada Persatuan Masakan Perancis Gastronomi Antarabangsa berprestij Chaine des Rotisseurs dalam penyediaan masakan Perancis dan mendapat lima tangga terbaik dunia. Di awal kerjayanya juga beliau pernah merima Anugerah Tangan Emas International Gastronomique.
Di samping itu Chef Sabri juga telah beberapa kali dijemput dalam Master Chef Malaysia dan pada tahun lepas beliau dilantik oleh Kementerian Pelancongan & Asas Tani sebagai Ahli Majlis Kulinari Negara bagi memartabatkan masakan Melayu di seluruh pelusuk dunia. Setiap tahun juga beliau menjadi juri pertandingan masakan FHM dalam pelbagai kategori serantau Asia.
.
“ Tiga ciri ini disiplin, minat dan mahir berkomunkasi atau skil PR harus ada pada diri seorang Chef di samping pengetahuan mendalam mengenai makanan yang ada jika mahu menjadi Chef yang berjaya” pesan Chef Sabri yang juga suka mengembara dengan konvoi motorsikal besar sebagai hobi masa lapangnya.
Jom semak dua resipi pencuci mulut dan lauk sajian Melayu istimewa dari Chef Sabri :
SUKUN GULUNG BERSAMA SOS VANILA
BAHAN-BAHAN:
300gm buah sukun | dipotong dadu
100gm buah ciku | dipotong dadu
50gm kismis hitam
50gm gula putih
100gm serbuk roti
200gm pastri filo
50gm mentega | dicairkan
100ml susu
50ml krim masakan
50gm serbuk kastad
30ml esen vanilla
20gm tepung jagung
1 biji telur kuning
CARA MEMASAK: 1. Campurkan sukun, ciku, kismis, gula dan serbuk roti dan masak sehingga semuanya lembut. Sejukkan di dalam bekas yang sesuai. 2. Lapiskan pastri filo sebanyak 4 lapisan dengan setiap lapisan disapu dengan mentega cair. 3. Letakkan sukun yang sudah dimasak itu di bahagian tengah dan gulung pastri filo itu sehingga berbentuk bulat. Sapukan kuning telur dan bakar selama 2o minit. 4. Panaskan susu dan krim masakan. Masukkan gula, tepung kastad dan esen vanilla. Pekatkan dengan tepung jagung jika perlu. 5. Hidangkan di dalam pinggan yang sesuai dan letakkan sos vanilla d iatasnya. 6. Enak dimakan bersama aiskrim.
Info chef: Lagi elok jika menggunakan gula perang.
SINGGANG PATIN TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
400gm ikan patin
100 tempoyak
50gm bawang merah
50gm bawang putih
50gm daun kesum
100gm bunga kantan
400ml air
100gm timun | dibuang biji dan dipotong panjang
10gm serbuk kunyit
Cili merah untuk hiasan
Garam,gula dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Rebus air bersama bawang merah, bawang putih, daun kesum dan bunga kantan selama 10 minit. Masukkan tempoyak dan serbuk kunyit. Perasakan secukupnya. 2. Masukkan ikan dan rebus selama 10 minit atau sehingga ikan itu masak. 3. Tutup api dan masukkan timun. 4. Hidangkan didalam mangkuk yang sesuai dan hiaskan dengan cili merah
INFO CHEF :Gunakan patin buah untuk rasa yang lagi enak(kos juga akan naik). Jangan masukkan ikan terlalu awal supaya isinya tidak hancur.
Kari mamak merupakan antara menu kegemaran ramai. Bila pergi mamak je, mesti kita akan order kari mamak. Sebenarnya, boleh sahaja masak kari mamak di rumah. Tak perlu lagi susah-susah ke kedai mamak. Cuba buat sendiri kari mamak di rumah menggunakan resipi Nourhayaty Mat Saat ini. Memang terjamin kesedapannya!
RESIPI KARI MAMAK IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
1.5 kg ikan tenggiri
4 labu bawang merah bombay dimayang halus
5 ulas bawang puteh dimayang halus
1 inci halia dimayang
2 keping kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 setengah sudu besar halba campur
4 tangkai daun kari
100 gram kari ikan Babas
30 gram serbuk cili Babas
1 sudu besar asam jawa
200 gram santan pekat
Sedikit minyak untuk menumis
Tomato
Cili besar hijau atau merah
Bendi atau terung bulat
Sedikit gula
Sedikit garam
*Kari dan serbuk cili digaul dengan air.
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumiskan halba campur, kulit kayu manis, bunga lawang, halia serta bawang yang telah dimayang.
2. Bila dah kekuningan, masukkan pes kari dan serbuk cili.
3. Bila dah pecah minyak dan warna berubah kemerahan, boleh masukkan santan cair. Kalau tak nak guna santan, boleh juga guna susu cair.
4. Masukkan daun kari, asam jawa, garam dan gula. Daun kari juga boleh ditumis awal bersama bawang tadi.
5. Bila dah mendidih, boleh masukkan ikan. Kacau perlahan.
6. Ambil periuk lain dan rebus air terlebih dahulu. Kemudian, celur terung bulat seketika. Masukkan juga bendi ke dalam periuk rebusan tersebut.
7. Kemudian, masukkan bendi dan terung bulat yang sudah dicelur, tomato dan cili besar.
8. Siap!
Selamat mencuba.
Jika anda sedang mencari BLENDER, boleh klik DISINI.