Bagi penggemar makanan pedas, menu Daging Goreng Kentang Cili Padi ni antara yang wajib dicuba. Bahan paling ringkas tapi rasanya boleh buat orang tak berhenti makan. Memang berpeluh! Nak makan dengan nasi putih boleh atau dijadikan lauk untuk bubur nasi pun sesuai. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK DAGING GORENG KENTANG CILI PADI
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
300gm daging – hiris nipis
2 biji ubi kentang – hiris nipis
3 biji bawang merah
15 tangkai cili padi
6 biji tomato ceri – belah 2
1 tangkai daun bawang – hiris
Garam. gula dan serbuk kunyit secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Ads
Gaul hirisan daging bersama garam dan serbuk kunyit. Gaul rata.
Panaskan minyak dan goreng hingga haring. Angkat dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, goreng hirisan kentang hingga kekuningan. Angkat.
Kisar bawang merah bersama cili padi. Kemudian masukkan ke dalam kuali dan masak tanpa minyak hingga air bawang kering.
Setelah air kering, masukkan minyak secukupnya. Tumis hingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Tambahkan juga daging dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Masukkan hirisan tomato serta daun bawang. Gaul sekali lagi.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Goreng Kampung memang tak pernah mengecewakan. Dengan aroma bawang dan cili yang membangkit selera, ditambah dengan ikan bilis rangup dan sayur segar, hidangan ini memang wajib ada semasa sahur. Lebih enak jika Nasi Goreng Kampung dimasak menggunakan Anchor Unsalted Butter dan Anchor Cheddar Cheese Slices. Sebagai pelangkap, nikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango. Jom cuba.
1. Beras direndam selama 30 minit, kemudian basuh dan toskan. 2. Panaskan minyak, tumis bawang dan halia. Masukkan 3 sekawan dan daun pandan. 3. Bila dah layu, masukkan tomato puri. Kacau-kacau. Masukkan beras, susu cair, air secukupnya, kuib pati ayam dan garam. Kacau lagi. 4. Kemudian, pindahkan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa. Bila dah kering, kacau sekejap guna garfu. Akhir sekali, taburkan kismis dan bawang goreng.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam 2 cawan cili kisar 2 biji bawang besar* 4 ulas bawang putih* 1 inci halia* 3 sekawan 2 sudu besar sos cili – beli online di sini 1 sudu besar sos tiram – beli online di sini 1 cawan air anggaran (kalau nak berkuah, letak lebih) Garam & gula secukupnya 1 biji bawang besar | hiris (hiasan ) Daun bawang Kacang peas dalam tin
1. Ayam dilumurkan dengan garam dan kunyit. Kemudian digoreng. 2. Kisarkan bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dan tumiskan bahan * sampai naik minyak. 3. Masukkan 3 sekawan dan cili kisar. Tumis sampai cili garing. Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau-kacau. 4. Kemudian, masukkn air, garam dan gula. Bila dah mendidih, masukkan ayam dan bawang besar hiris. Boleh masukkan kacang peas jika suka. 5. Gaul hingga semuanya sekata. Bila dah masak, tutup api. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang.
ACAR NENAS & TIMUN BERSUNQUICK
BAHAN-BAHAN:
½ biji nenas 1 batang timun 2 biji cili merah – beli online di sini 2 sudu besar oren sunquick Garam & gula
Resipi memikat suami yang kaum isteri kena cuba. Mudah, sedap dan persis hidangan yang disediakan di restoran. Pasti si dia lebih ‘jatuh hati’ kali ni.
BAHAN – BAHAN:
BAHAN PERAPAN:
BAHAN SOS:
CARA MEMASAK:
Info chef: Roux adalah campuran mentega cair dan tepung yang dipanaskan sehingga menjadi bahan pemekat.
Sumber Gambar: Google Image
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Khasiat santan bukan sekadar menyedapkan masakan. Ketahui 5 manfaat santan untuk kesihatan termasuk membekalkan tenaga, vitamin, mineral, antioksidan dan membantu penyerapan nutrien apabila diambil secara sederhana.