Biskut Nestum Crunchy ini anak-anak gerenti suka. Silap haribulan, sekali hadap je dah habis. Inikan anak-anak, orang dewasa pun suka. Mungkin boleh dijadikan salah satu biskut raya nanti. Simpan resipi ini siap-siap ye.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Faizah Arzmiini ye. Taklah susah sangat dan bahan yang diperlukan juga taklah banyak sangat. Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik untuknya.
Cairkan secara double boiling coklat Beryls, cocoabutter dan minyak masak. Kacau sentiasa sehingga cair. Kemudian biarkan ia menyejuk sehingga 15 minit ke suhu bilik.
Masukkan nestum ke dalam bekas/besen, kemudian tuangkan coklat yang telah cair, gaul sehingga semua dah bersalut elok.
Gaul kena lama sikit biar sebati elok. Tapi kena pastikan ia jangan, adunan mesti basah sedikit ( lebih coklat).
Ads
Kemudian masukkan Nestum yang telah digaul coklat ke dalam coklat gold box..( rujuk gambar). Tekan-tekan ia biar mampat.
Masukkan ke dalam peti sejuk beku. Biarkan sehingga ia keras elok. Anggaran lebih kurang 20-30 minit. Apabila dah keras, tekan box biarkan biskut keluar elok. Siap untuk makan. Boleh simpan di dalam bekas bertutup kedap udara. Selamat mencuba!
Peminat kek kukus mesti tahu kek yang satu ni. Kek kukus masam manis yang selalu mak-mak kita buat dulu. Mungkin juga nenek korang suka buat kek ni. Kek ni rasanya lemak manis dan masam-masam kerana diletakkan haw flakes.
RESIPI KEK KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN
250 gram mentega
1/2 cawan gula halus
5 biji telur ayam
1 sudu kecil baking powder
1/2 tin kecil susu pekat manis
1 3/4 cawan biskut Cream Crackers (kisar halus)
1 sudu teh esen vanila
Pewarna – ikut suka
Haw Flakes secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Putarkan mentega dan gula halus kembang.
2. Kemudian masukkan telur ayam dan putar lagi
3. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
4. Setelah itu masukkan cream crackers dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian.
6. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak.
8. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis.
TIP PENTING: Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
Ada yang teringin nak makan kek marble? Rasanya dah lama tidak menikmatinya.Buat yang pertama kali membuatnya, ikut langkah ini pasti menjadi kek anda. Apa yang penting bila dipotong, teksturnya moist dan rasa juga sedap.
Kek Marble
Bahan-bahan:
Masuk dalam bowl mixer
250g gula aising
300g butter halus/lembut(pure butter)
Adun dengan kecepatan tinggi selama 8 hingga 10 minit(adunan nampak putih dan gebu)
Ayak bahan kering dalam satu bekas dan sebatikan semua bahan dulu.
2 sudu besar susu tepung
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung kek/tepung naik sendiri(kalau nak guna tepung gandum masuk 1 sudu kecil baking powder)
Ayak dan ketepikan dulu
Dalam adunan telur tadi masuk
6 biji telur(B)
1 persatu telur(adun guna kecepatan rendah selama 1 minit setiap satu.
Esen vanilla
Kemudian masuk
70g susu pekat
Adun kecepatan tinggi selama 1 minit atau hingga sebati
Kemudian masuk sikit-sikit bahan ayak
Adun perlahan hingga sebati
Jangan terlebih adun.
Bahagi adunan kepada 2 bahagian
Satu bahagian masuk serbuk koko.Sebatikan dulu
Satu bahagian asal
Panaskan oven 160 darjah.
Sapu loyang/mould dengan sedikit butter.
Lapis secara bertompok tompok.Lorekkan dulu.Hentak-hentak sekejap.Kemudian masuk oven.Bakar selama 50 minit atau hingga masak.
Kek Gula Hangus atau juga dikenali sebagai Kek Sarang Semut adalah antara kek lama yang sentiasa diburu oleh penggemarnya. Memang tak lekang dek zaman. Dari budak kecil hinggalah ke orang dewasa, memang sukakan kek ni. Bagi anda yang berminat nak buat, boleh cuba resipi perkongsian saudari Noor Azlina Khalil ni. Comfirm jadi! Geram tengok sarangnya!
KEK SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
2 cawan gula halus | dicairkan
2 cawan air panas | dimasukkan ke dalam gula yang telah cair untuk dijadikan gula hangus
7 biji telur
250gm mentega | dicairkan
1 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung kek
2 sudu makan soda bikarbonat
2 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Pukul telur secara lembut sahaja dan tak perlu sampai berbuih.
Masukkan esen vanilla, susu pekat manis, mentega cair dan tepung kek. Gaul hingga adunan sebati.
Kemudian masukkan gula hangus. Sebatikan.
Tapis adunan dan perap selama 1-4 jam. Boleh juga perap semalaman.
Lapik loyang dengan parchment paper.
Panaskan ketuhar selama 10 minit pada suhu 160C kemudian baru dimasukkan loyang kek. Bakar pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga kek masak.
Semasa membakar, guna api bahagian bawah terlebih dahulu selama 30 minit dan api bahagian atas untuk 15 minit terakhir.