Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi. Sekarang ni, masa untuk membuat biskut bagi meraikan tetamu yang datang ke rumah. Kami kongsikan resipi membuat Biskut Nescafe Badam yang pastinya sedap.
BISKUT NESCAFE BADAM
Ads
BAHAN A
• 1 cawan mentega
• 1 cawan gula perang
• 1 biji telur ayam grade A+
• 2 sudu besar susu tepung
• 1 sudu kecil Nescafe
BAHAN B
• 2 cawan tepung gandum serba guna
• 3 sudu besar tepung jagung
• 1 sudu kecil baking powder
Ads
BAHAN C
• 3/4 cawan badam
• 1/4 cawan coklat chip
Ads
CARA MEMBUAT
1. Satukan Bahan A dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan Bahan B dan gaul rata.
3. Akhir sekali masukkan Bahan C.
4. Gaul sehingga semua bahan sebati.
5. Sudukan dalam dulang ikut bentuk yang disukai. Bakar pada suhu 170°C sehingga keperangan.
Jom cuba buat Kek Span Pandan. Petang-petang macam ni, minum kek homemade sambil minum teh memang sedap! Nak sedekah dekat jiran-jiran pun boleh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Resipi ini perkongsian oleh saudari Imah Rahman.
KEK SPAN PANDAN GEBU
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan bertanda ( *) dan pukul hingga putih gebu.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan gaul sampai sebati.
3. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 5 @ 6 yang telah disapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper.
4. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit dengan suhu 180C. Guna api atas bawah.
Buat pencinta kopi, muffin ini pasti menjadi kesukaan anda. Menurut chef Sue espresso yang digunakan dalam bahan muffin ini sebaiknya guna kopi yang baru brew, untuk dapatkan rasa kopi sebenar. Kopi yang berkualiti akan menghasilkan espresso yang sempurna dan memberi rasa yang enak pada muffin. Jika tiada atau tak pandai brew kopi sendiri, boleh beli espresso di mana-mana kedai kopi (San Francisco Coffee/coffee bean/Starbucks dan lain-lain). Juga tidak digalakkan untuk ganti espresso dalam resipi ni dengan kopi segera atau kopi emulco, rasanya akan jadi lain nanti.
**tbsp – tablespoon (measuring spoon ya bukan sudu makan nasi ) ***tsp – teaspoon (measuring spoon, bukan sudu kopi).
Cara membuat: 1. Buat streusel dulu. Caranya campurkan semua bahan A dalam mangkuk. Gunakan hujung jari, ramas-ramas lembut hingga jadi seperti bread crumbs. Ketepikan. 2. Di dalam mangkuk besar, satukan telur, susu segar, minyak jagung, esen vanilla dan espresso. Pukul dengan whisk (hand whisk saja) hingga semua bahan sebati. Jangan pukul berlebihan. 3. Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam ke dalam adunan. Kaup-balikkan sebati guna spatula.Jangan kacau berlebihan, hanya satukan semua bahan hingga sebati. 4. Sediakan acuan muffin yang disapu sedikit minyak atau boleh juga guna paper cupcakes. Tuang adunan muffin tadi ke dalam acuan hingga 3/4 penuh. Kemudian tabur streusel yang dah siap awal tadi secukupnya. 5. Bakar muffin dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 20-25 minit atau hingga muffin masak (test dengan mencucuk lidi dalam muffin, kalau lidi keluar bersih tak melekat maknanya muffin dah masak sempurna). 6. Sementara itu, dalam mangkuk lain, satukan bahan C lalu kacau rata hingga likat. Tuang (drizzle) ke atas muffin tadi dan hidangkan. Kredit: Sue M Arukin
Kek keju sememangnya antara kek yang paling digemari ramai. Pun begitu kalau tak kena cara buatnya, kek jadi keras dan pastilah tak sedap. Untuk anda yang tercari-cara resipi Japanese Cotton Cheese Cake, ini satu lagi cara yang boleh anda cuba. Resipi yang dikongsi oleh Azizi Rais di laman FB, telah dikongsi hampir 3000 peminat kek dan wanita yang suka baking. Kek ini diberitahu sangat moist, spongy dan boleh menari gedik kalau digoyangkan.Wah bungyinya memang sungguh mengujakan. Inilah kejadian kek yang jadi idaman setiap penggemar kek atau baker dan homebaker. Jom kita cuba jom.
BAHAN-BAHAN:
4. Masukkan 1/3 daripada putih telur tadi dalam adunan. Kacau sebati ( guna sendok dan kacau 1 arah saja ) kalau buat 2 adunan.. gunakan mangkuk besar.. Gunakan tangan untuk gaul. Kemudian. masukkan lebihan putih telur dalam adunan. Kacau sampai semua sebati ( kaup balikkan )
5. Tuang adunan dlm loyang yang dilapik dengan parchment paper @ kertas minyak. ( jgn gris loyang tersebut ! )
6. Letakkan dalam tray.. dan tuangkan air panas ke dalam tray tu ( water bath )
7. Bakar suhu 160’c selama +- 45 ke 1 jam.. atau bahagian atasnya sudah golden brown. Boleh juga diuji dengan cucuk lidi..
TIP DRP ARIS AZIZ:
Selamat mencuba !
LAGI INFO BERGUNA YANG BOLEH MEMBANTU:
Teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar. * Untuk mengelakkan kek mengecut tiba-tiba, biarkan ia berada dalam oven selepas masak untuk seketika (dalam 20 minit). Biarkan pintu oven terbuka sedikit. Kek ini akan masak sekiranya ia lekang dari loyang. * Kek ni pun tricky di bahagian meringue dia. Kalau tak jadi kat meringue tu, kek takkan gebu.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Senang je dan paling mudah nak buat "Pepero Popia Almond Stick" ni, hanya guna 3 bahan je dah boleh jadi kudapan raya yang rangup dan sedap. Gunakan straw untuk memudahkan gulungan kulit popia nanti dan tak perlu keraskan dalam peti sejuk pun.