
Biskut Bangkit Kelapa ni memang sedap buat kudapan petang sambil menikmati secawan kopi. Rasa rangup yang mencair di mulut kekal disukai dari zaman dahulu hinggalah ke generasi sekarang.
Jom semak perkongsian resipi dari Shanasz Aisy. Ringkas aje reipinya. Langkah memasak pun mudah sangat. Bila digigit teringat kenangan menikmatinya di kampung halaman, masa kecil kecil dahulu kan
BISKUT BANGKIT KELAPA
.
BAHAN-BAHAN :
2 1/2 Cawan Tepung ubi
1 1/2 Cawan tepung gandum cap ROS
1 biji telurr
1 buku mentega atau boleh ganti marjerin 250gm
1 Cawan gula
1 penutup esen Vanila
2 cawan kelapa parut di sangai tanpa minyak
CARA MEMASAK :
1. Satukan mentega, gula, esen vanila dan telur.
2. Pukul hingga kembang dan sebati, guna senduk kayu pun boleh, masukkan tepung sedikit demi sedikit, perlahan-lahan.
3. Masukkan kelapa, gaul rata uli sampai tak melekat di tangan.
4. Terap, bakar selama 20 minit atau keperangan. Panaskan lebih dahulu oven dengan suhu 160 darjah Celcius.
5. Bila dah sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara.
.
Kredit: Shanasz Aisy
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
https://www.rasa.my/puding-lapis-biskut-marie/
DAN JUGA VIDEO INI..
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lontong Goreng Atau Nasi Impit Goreng, Juadah Lazim Hari Raya

Apakah menu terbaik yang dapat anda hasilkan daripada lontong? Salah satu resipi yang terbaik adalah lontong goreng. Hidangan ini sangat istimewa kerana kebiasaannya hanya akan dimasak semasa Hari Raya.
Menerusi perkongsian resipi Lontong Goreng daripada Nurul Ateekah, menurutnya lontong adalah hidangan serba boleh kerana ia boleh dihidangkan mengikut citarasa anda. Contohnya, penambahan sayur-sayuran seperti tauge, sawi hijau atau kubis.
Boleh juga memilih sama ada udang, daging cincang atau ayam dalam masakan anda. Disesuaikan juga dengan sos dan sambal sebagai perasa. Lontong Goreng juga sesuai dijadikan sarapan atau makan tengah hari. Jom kita buat.
LONTONG GORENG @ NASI IMPIT GORENG
BAHAN-BAHAN:
900gm lontong (dipotong dadu besar)
200-300gm udang saiz sederhana
Isi dada ayam (direbus dan dicarik)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato – Boleh beli online di sini
2 sudu besar sos ikan – Boleh beli online di sini
3-4 sudu besar kicap manis – Boleh beli online di sini
Kucai
Kubis (dihiris nipis jika mahu)
4 biji telur
1-2 sudu besar gula
Garam (jika perlu)
Serbuk perasa (jika perlu)
Daun sup (bahan hiasan)
Cili merah (bahan hiasan) – Boleh beli online di sini
Daun bawang (bahan hiasan)
BAHAN KISAR:
10-15 batang cili kering* – Boleh beli online di sini
½ – 1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2-3 sudu besar udang kering* – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Kisarkan bahan-bahan bertanda (*).
Panaskan minyak secukupnya. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan udang dan masakkan seketika.
Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, kicap, gula, garam dan serbuk perasa (jika perlu) dan gaulkan.
Setelah itu, masukkan lontong, kucai, kubis, isi ayam dan telur. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
Kemudian, taburkan cili merah, daun bawang serta daun sup.
Angkat dan siap untuk dihidang.
Kredit: Nurul Ateekah
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Merantau Jauh, Sahabat Vietnam Kongsi Resipi Popia Ketam Salju
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Popia Oh Popia… Digoreng Sedap Disira Lagi Terangkat Rasanya

Tak kiralah pagi atau petang, popia goreng memang snek atau kudapan yang cukup digemari, Selain popia basah, popia goreng memang kesukaan rakyat Malaysia. Satu lagi yang cukup popular adalah popia sira.
Ni min kongsikan resipi popia yang dikongsikan dari resipibbonda.my , radiatussoleha dan ciksuAdah Razali
1. POPIA AYAM CENDAWAN BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
- 1 labu bawang holand | dipotong cincang
- 5 ulas bawang putih
- 1 sudu makan lada hitam | ditumbuk halus
- 1 batang lobak merah | dipotong dadu
Bahan B :
- 50 keping @1 bungkus kulit popia
- 300 gm bungkus ayam cincang
- 1 mangkuk daging ayam | di potong cincang
- 1 bungkus sosej ayam | potong kecil-kecil
- 6 keping keju cedar
- 1 tin cendawan | dipotong racik
- 1 tin krim cendawan *cendawan atau ayam (Campbell)
- 1 bj telor atau 1 cawan bancuhan tepung gandum (sebagai gam)
- 1 kiub ayam dan garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Tumis bahan A, bila dah naik wangi masukkan carrot dan ayam. Tumis dan kacaukan, bubuh garam dan dan kiub ayam sekali.
2. Bila dah masak, masukkan cendawan dan krim cendawan. Akhir sekali, masukkan keju dan kacau sebati. Dah boleh tutup api, masukkan dalam bekas bila dah sejuk.
Cara Membungkus Popia:
1. Sediakan kepingan kulit popia, bentang kat atas pelapik atau dulang.
2. Ambil 1 sudu inti, letak kat ujung kulit popia tu dan lipat atas, kiri, kanan sampai ujung lekatkan dengan telur atau bancuhan tepung gandum.
3. Ulang sampai habis. Panaskan minyak goreng sampai keperangan, bolehlah angkat dan toskan. Hidangkan.
Resepi Oleh: Radia Tussoleha dari FB Group MAHN
2. POPIA INTI AYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
- Kulit popia
- Jejari ketam (crab stick)
- Keju cedar
- Daun Bawang
- Tepung Gandum (ejen pelekat)
BAHAN SOS :
- 5 biji cili masak
- 4 biji cili api merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 cawan air
- 5 sudu makan cuka
- 6 sudu makan gula
- 1 sudu teh tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
- Biji bijan secukupnya | disangai
Cara Membuat:
1. Kisar jejari ketam bersama keju cedar. Kisar sampai bahan sebati dan bersatu.
2. Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam mangkuk dan masukkan hirisan daun bawang.
3. Tepung gandum dibancuh dengan sedikit air (agak-agak) untuk dijadikan gam pelekat kulit popia.
4. Masukkan isi ketam dan keju tadi dan gulung kulit popia. Ulang sehingga habis. sedia untuk menggoreng.
5. Untuk sos cili, kisar kesemua bahan kecuali tepung jagung dan bijan.
6. Masak hingga mendidih dan masukkan tepung jagung. Kepekatan ejas sendiri yer.
7. Bila dah siap menggoreng popia dan sos sudah terhidang, barulah boleh tabur biji bijan ke dalam sos supaya nampak lebih menyelerakan.
Kredit foto dan reipi : resipibonda.my
3. POPIA SIRA KARI
BAHAN-BAHAN :
- 2 paket kulit popia
*Gulung dan gunting ikut saiz yang disukai, goreng hingga kekuningan. Sejukkan.
Bahan Sira :
- 3 labu bawang putih* |kisar
- 6 tangkai daun kari atau lebih
- 6sudu makan cili boh
- 8 sudu makan gula pasir
- 3sudu makan bijan
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan daun kari, tumis hingga bawang putih masak.
2. Masukkan cili boh, tumis hingga masak juga atau pecah minyak. Selalu kacau untuk elakkan bawang dan cili boh hangit. Guna api sederhana.
3. Bila dah pecah minyak, masukkan gula. Masa ni terus perlahankan api (sangat-sangat penting untuk elakkan gula hangus).
4. Kacau hingga gula larut, masukkan popia yang dah siap digoreng. Gaul sebati bagi meresap semua bahan tumis.
5. Masukkan bijan, kacau 2-3 minit. Boleh tutup. Pindahkan dalam bekas besar, sejukkan dan terus masuk dalam bekas kedap udara.
Resepi Oleh: CiksuAdah Razali
Cara Masak Nasi Air Sedap, Resipi Mudah Dari Thailand

Nasi Air Thai memang enak dan sangat mengenyangkan. Ringkas sahaja hidangannya namun rasa memang sedap. Sedikit berbeza dengan sajian bubur nasi biasa kerana ia dihidangkan bersama kuah sup serta bahan-bahan sampingan yang lain. Nasi Air Thai ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Bagi anda yang nak cuba, saudari Ichi Safitri ada kongsikan resipinya. Resipi ini sesuai untuk hidangan 4-5 orang makan. Selamat mencuba.
CARA MASAK NASI AIR THAI YANG SANGAT SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras
2 liter air
2 ulas bawang putih
Kiub pati ayam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras, rendam hingga kembang dan simpan dalam peti sejuk beku semalaman.
2. Masukkan beras beku ke dalam periuk dan masukkan air, bawang putih dan kiub pati ayam.
3. Masak sehingga nasi jadi bubur. Jika beras masih keras, boleh tambah air hingga jadi lembik.
BAHAN KUAH:
1/2 bahagian ayam
1 kiub pati ayam
1/2 batang serai – dititik (jangan banyak nanti kuat sangat rasa serainya)
4 ulas bawang putih – ketuk
1 inci halia – ketuk
1 liter air
Garam, gula & serbuk cukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat kuah, satukan semua bahan dan masak hingga ayam empuk dan kuah enak berperisa.
2. Bila sudah masak, keluarkan ayam dan carikkan isinya.
BAHAN LAUK SAMPINGAN:
Minyak bawang putih – cincang bawang putih kemudian goreng dengan sedikit minyak masak. Biarkan sejuk. Simpan bersama minyaknya sekali.
Bebola ikan – rebus sekejap dengan kuah sup tadi.
Kangkung – celur dengan air panas
Ikan bilis goreng – beli online disini
Telur masin
Cili flakes – beli online disini
Air lada – kisar 3 biji cili merah bersama cili api merah. Tambah cuka, gula dan garam secukup rasa
CARA MENGHIDANG:
1.Tuang bubur nasi ke dalam mangkuk dan tambahkan lauk sampingan dengan secukupnya.
2. Tuang kuah sup panas-panas.
3. Nasi Air Thai sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ichi Safitri
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official