Biskut yang satu ni gerenti menjadi kegemaran ramai. Semasa membakar dah bau harum aromanya.Kudapan ni tak rugi buat banyak.Minum pula air kopi, memang padanan yang ideal.Jomlah kita buat.
Biscoff butter cookies
Bahan-bahan:
500g pure butter
150g gula icing
1 sudu teh butter vanilla
60ml susu full cream/susu segar
400g tepung gandum
130g tepung jagung
180g serbuk biskut lotus biscoff
Ads
Untuk hiasan atas biskut:
100g biscoff creamy spread
50g biskut lotus biscoff- dihancurkan
Cara membuat:
1.Campurkan butter dan gula icing kacau selama 5 minit.
Ads
2.Masukkan butter vanilla dan susu, kacau hingga sebati.
3.Masukkan tepung sedikit-sedikit, kacau sebati.
4.Masukkan biskut lotus biscoff yang dihancurkan. Gaul hingga sebati.
5.Guna nozel 864, tekan adunan membulat menggunakan piping bag.
Ads
6.Tekan bahagian tengah biskut, paipkan sedikit biscoff creamy spread dan taburkan biskut lotus biscoff yang dihancurkan.
7. Bakar pada suhu 170 selama 25 – 30 minit, bergantung kepada oven masing-masing.
Guna Air Fryer sahaja dah boleh buat pelbagai jenis kek yang mudah dan sedap! Harini saya nak kongsikan 5 resipi kek yang gerenti menjadi guna Air Fryer sahaja. Dari berhabuk gitu je air fryer di rumah tu apa kata cuba resipi ni untuk menu minum petang? Jom kita cuba!
Kalau takde Air Fryer di rumah bolehlah beli DISINI dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5
Gaulkan tepung yang diayak dengan bahan blend. Sapu butter bekas baking. Tabur pisang hiris dan coklat chip bagi menambah selera. Masak suhu 160°c 35minit (AF Russell Taylors 4.8L)
KEK COKLAT MOIST
BAHAN-BAHAN:
110 gram tepung gandum 180 gram gula 60 gram serbuk koko 1 biji telur 1/2 cawan susu 1/2 cawan air suam 1/4 cawan minyak masak 1sudu teh esen vanila 1/2 sudu teh garam 3/4 sudu teh baking powder 3/4 sudu teh baking soda
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan terlebih dahulu air fryer selama 5 minit pada suhu 180°C. 2. Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mangkuk dan gaul rata. (Tepung gandum, serbuk koko, garam, baking powder, baking soda) 3. Masukkan gula dan gaul rata. 4. Masukkan susu,telur, minyak masak, esen vanila dan gaul sebati . 5. Masukkan air suam. Akan nampak cair tapi jangan risau. Teruskan gaul sampai sebati. 6. Tuang ke dalam loyang 6 inchi yang sudah dilapik kertas minyak. Tutupkan loyang dengan aluminium foil yang telah disapu mentega/minyak masak. Pastikan bahagian kilat di dalam. Tebuk lubang pada permukaan supaya membolehkan kek bernafas dan mengeluarkan wap dan mengekalkan kelembapannya. 7. Bakar 1: 160°C 35 minit. Selepas bakar 1, keluarkan loyang dari bakul air fryer untuk membuka aluminium foil. Masukkan loyang balik kedalam air fryer. Sambung bakar 2: 160°c 10 minit 8. Selepas bakar 2, rehatkan kek di dalam air fryer sebelum keluarkan untuk menstabilkan suhu kek. 9. Keluarkan kek dari air fryer dan rehatkan kek sampai sejuk sebelum potong dan dihidangkan.
CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
250gm cream cheese tatura: 2 biji telor 3 sudu gula (kalau nak manis lebihkan) Tepung gandum 3 sudu besar penuh 1 kotak kecil Full Cream Milk Dutch Lady Essen vanilla sedikit
CARA PENYEDIAAN:
Blend semua hingga sebati dan halus. Saya bakar dalam loyang 7 inci. Suhu 180°c 25 minit.
KEK BUTTER TRADISIONAL
BAHAN-BAHAN:
1/2 cup castor sugar (boleh tambah jika nak manis) 1/2 bar butter anchor brand 1 1/2 cup tepung kek self raising floor (brand blue key) 1/2 cup susu segar (guna anchor dairy milk) 1 sudu kecil baking powder 3 biji telur gred A 1 sudu kecil esen vanilla
CARA PENYEDIAAN:
Pukul gula dgn butter Anchor tu sampai sebati.
Masukkan telur sebijik demi sebijik pukul bagi sebati lepas tu masukkan tepung sikit demi sikit susu, esen vanila dan baking powder.
Pukul sampai sebati. Kelajuan sederhana. (Untuk buat marble choc tu, ambik sesenduk campur coklat serbuk.
Kacau sebati dan layerkan dengan adunan asas tadi, kalau tidak. Takpa bakar terus je.)
Bakar 160°c 40 minit.
SELAMAT MENCUBA
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kek ini dinamakan Kek Madeline kerana menggunakan acuan loyang yang berbentuk seperti gelas kecil. Gabungan kek butter, strawberi dan kelapa kering mencentuskan rasa enak yang hebat.
Ada cara mudah untuk hasilkan laksa yang cepat dan dapat disiapkan dalam masa 30 minit, tapi tetap sedap macam kita gunakan ikan segar, iaitu dengan menggunakan sardin dalam tin.