Bestari Food Malaysia dengan kerjasama Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. berjaya melaksanakan acara Pertandingan Memasak Midas 20 tahun di Pasar Raya Midas Mart Pandan, di sini kelmarin.
Penganjuran pertandingan itu merupakan acara kemuncak sempena ulang tahun Midas Mart ke-20 yang telah pun bermula pada 1 November lalu dan berakhir pada 4 Disember ini.
10 kumpulan layak dan terpilih ke pertandingan masakan ini, adalah merupakan pelanggan yang membeli barangan keperluan di Midas Mart.
Setiap peserta atau kumpulan, perlu menyiapkan dua jenis masakan utama serta satu masakan pencuci mulut berasaskan produk Bestari dan Adabi menggunakan bahan-bahan mentah yang telah disediakan oleh pihak Midas Mart.
Ads
Pasangan adik beradik, Ruksanna Begum Hassan, 42, dan Rukzanora, 40, berjaya dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memasak Midas 20 tahun yang membawa pulang hadiah voucher tunai RM1,000 beserta hamper tajaan Bestari dan Adabi.
Ads
Ruksanna berkata, dia dan adiknya mengambil masa lima minit untuk mencari idea masakan setelah meninjau bahan mentah serta produk yang disedikan pihak penganjur.
Ads
Nasi Berempah Bestari, Sotong Kari Bestari, Udang Sambal Tumis Adabi serta Puding Kastart Bestari yang disediakan Ruksanna dan adiknya, berjaya menambat hati juri.
Sementara itu, pemenang tempat kedua membawa pulang voucher tunai RM500 serta hamper, dirangkul pasukan kedua yang dibarisi Norhashimah Hassim dan Nurul Huda.
Tempat ketiga pula dimenangi pasang adik beradik, Noraini Matron dan Junidah, manakala tujuh peserta kumpulan lain membawa pulang hadiah saguhati berupa voucher tunai RM50 serta hamper.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya sama ada kita mengetahui ataupun tidak. Setiap ujian dan azab yang Allah SWT berikan kepada kita adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah SWT selain mengajarkan untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman.
Malah media barat mula mencari solusi dari aspek spritual dan melihat perspektif dari sudut agama dan ajaran Islam.Laporan dari media barat mengakui kebenaran Islam dalam mengatasi wabak penyakit dari COVID-19.
Baru-baru ini Newsweek memetik pesanan dan sabda Rasulullah S.A.W dalam menghadapi coronavirus. Majalah terbitan Amerika Syarikat ini menyatakan dua petikan hadis untuk menjawab persoalan berkenaan dua aspek menangani pandamik covid 19 iaitu beribadah (sembahyang dan berdoa) dan kuarantin .
Menurut pandangan pengkaji dan cendiakawan Professor Craig Considine samada ibadat sahaja yang dapat mengalahkan coronavirus, katanya, Nabi Muhammad s.a.w telah lebih dahulu memberi pesan dan nasihat bagaimana mengelakkan dan menangani sesuatu wabak itu.
Kata Considine, di kala pakar perubatan dan para immunologis (doktor perubatan yang mengesan, merawat, keadaan kesihatan yang menjejaskan sistem imun dalam tubuh), memberi nasihat pentingnya amalan kebersihan (hygiene) yang baik dan kuarantin dapat memperlahankan penyebaran coronavirus Rasulullah telah pun memberikan saranan yang sama mengenai pandemik lebih 1300 tahun yang lalu .
Menurut Sabda Rasulullah : “Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Apabila berlaku dalam negeri yang kamu berada di dalamnya, maka jangan kamu keluar.” (HR Bukhari dan Muslim).
Hadis Rasulullah inilah yang disebut Considine, dan tambahnya lagi Nabi Muhammad ada berpesan “Mereka yang mengalami wabak penyakit perlu dijauhkan dengan mereka yang sihat.”
Artikel dalam Newsweek ini juga memetik dan menyatakan hadis Rasullulah ini,
“Dari Abu Malik al-As’hari berkata : Sabda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Riwayat Imam Muslim.
“Basuh tangan setelah bangun dari tidur sebab anda tidak tahu di mana pergerakan tangan semasa keadaan tidur. Rahmat dan keberkatan makanan itu terkandung dengan amalan membasuh tangan sebelum dan selepas makan.”
Bagaimana pula jika masih jatuh sakit juga, laporan Newsweek sekali lagi memetik ajaran Rasululah yang berpesan rawat dan berubat kerana Allah tidak mencipta sesuatu penyakit itu tanpa ada penawar dan ubat untuknya kecuali sakit tua.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)]
Dalam mengimbangkan iman dan tawakal artikel ini juga menyebut,” Kebelakangan ini ada yang mempunyai tanggapan sejauh ini iaitu sembahyang dan ibadat adalah lebih baik untuk melindungi diri daripada coronavirus berbanding mematuhi peraturan asas penjarakkan sosial dan arahan menjalani kuarantin.
Laporan artikel itu sekali lagi menyebut respon Rasulullah mengenai tanggapan hanya ibadat sahaja satu satunya jalan penyelesaian , Newsweek mengajak pembaca meneliti satu riwayat dari At-Tirmidzi, “Rasulullah melihat lelaki Arab Badawi meninggalkan unta tanpa diikat talinya. Baginda langsung mendatanginya dan bersabda mengapa kamu tidak mengikat unta. Jawabnya saya bertawakkal kepada Allah. Sabda baginda lagi ikat dahulu talinya, kemudian bertawakal lah.
Di sinilah Rasulullah SAW menekankan konsep tawakal yang sebenar, iaitu bukan hanya berserah kepada Allah SWT tanpa berusaha mengelakkan diri daripada risiko. Newsweek menyatakan Rasulullah mengajar manusia untuk mengikut panduan dan bimbingan agama dan turut mengambil langkah berhati-hati demi kestabilan dan keselamatan manusia sejagat.
Memang benarlah setiap musibah itu memang ada hikmah di sebaliknya, jika masyarakat Barat dan bukan Islam mula menyedari kebenaran ajaran Islam bagaimana pula dengan kita sebagai masyarakat Islam.
Setiap Muslim wajib mentaati segala perintah pihak berkuasa yang bertujuan membendung wabak berjangkit. Elakkan tempat yang sesak yang boleh mendedahkan kita kepada bahaya wabak Covid 19.
Firman Allah SWT yang menghuraikan kepentingan mentaati pemerintah: “Wahai orang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ulil amri (pemerintah) dalam kalangan kamu.” (Al-Nisa’: 51)
Ayuh, jalankan tanggungjawab kita duduklah di rumah dan akur dengan arahan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jom sama-sama kita usaha dan putuskanlah rantaian wabak ini . Jagalah kebersihan diri dan kediaman masing-masing untuk menurunkan dan menghapuskan risiko wabak penyakit ini.
Sumber foto : Sinar Harian & Astro Awani
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Grab, aplikasi super terkemuka di Asia Tenggara hari ini mengumumkan pelancaran GrabSupermarket, pertama-satu-satunya pasaraya Grab untuk penghantaran sahaja di rantau ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk penghantaran barangan runcit.
Terletak di lokasi yang strategik di kawasan Lembah Klang, GrabSupermarket, yang mula melakukan ujian rintis pada beberapa minggu yang lalu, memenuhi permintaan pembeli runcit dalam talian yang semakin meningkat di kawasan ini yang mencari cara yang senang dan mudah diakses untuk menambah semula barangan runcit mingguan mereka di GrabMart. GrabSupermarket kini menghantar lebih daripada 2,500 produk termasuk pelbagai pilihan barangan rumah, keperluan dapur, barangan kecantikan dan kesihatan serta produk segar yang diperolehi dari gudangnya.
Dengan kos penghantaran percuma, GrabSupermarket membawa hasil segar yang berpatutan dan berkualiti tinggi ke pintu rumah pelanggan dengan nilai maksimum dan kesegaran dalam masa 24 jam.
“Model penghantaran pada keesokan harinya membolehkan kami memastikan hasil produk dihantar dari pelbagai rakan kongsi ladang dan pembekal dihantar terus kepada kami, dan dari kami kepada pelanggan, semuanya dalam masa 24 jam. Kami melihat penerimaan yang luar biasa ke atas GrabSupermarket dalam kalangan pengguna semasa fasa percubaan, dengan hasil segar seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan dan hasil ternakan merangkumi hampir 50% pesanan kami. Di samping itu, dengan GrabRewards, pelanggan Platinum Grab memperolehi penjimatan sehingga 5% untuk semua barangan runcit mereka dengan GrabSupermarket, GrabPay Credits dan Maybank Grab Mastercard Platinum Credit Card,” kata Sean Goh, Pengarah Urusan Grab Malaysia.
“Cita-cita kami adalah untuk menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit dengan harga terbaik, kesegaran yang maksimum dan tanpa bayaran penghantaran kepada setiap isi rumah di Malaysia. Di samping itu, kami berharap GrabSupermarket akan mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan untuk semua pemandu kami, “tambah Sean Goh, Pengarah Urusan Grab Malaysia.
Sejak memulakan ujian rintis terhad di Petaling Jaya tiga minggu yang lalu, GrabSupermarket telah memenuhi ribuan penghantaran. Dengan pelancaran hari ini, GrabSupermarket akan tersedia di seluruh Lembah Klang.
Melangkah ke hadapan, Grab merancang untuk mengembangkan GrabSupermarket dan memperluas ke lebih banyak ibu kota di seluruh negara. Grab juga akan terus melabur untuk membangun dan meningkatkan pengalaman melayari pasaraya dalam aplikasi bagi memberikan pengalaman terbaik pelanggan ketika membeli-belah barangan runcit. “Kami telah didorong oleh sambutan daripada ekosistem rakan kongsi dan pelanggan kami, dan kami sangat komited untuk terus meningkatkan perkhidmatan dengan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada setiap rakyat Malaysia,” kata Goh.
GrabSupermarket adalah kesinambungan daripada GrabMart, perkhidmatan penghantaran barangan dan barangan runcit segera Grab yang berkembang pesat yang terdapat di lapan buah negara di Asia Tenggara dan lebih daripada 70 bandar. GrabMart mempunyai lebih 12,000 kedai runcit sebagai rakan kongsi di rantau ini, memberikan pelanggan Asia Tenggara cara mudah untuk mengakses produk keperluan dan yang paling laris atas permintaan dalam masa 30 minit.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!