Hari yang baik haruslah bermula dengan sarapan yang mengenyangkan serta berkhasiat. Sebaiknya, jangan skip. Pagi ni anda belum sarapan? Hidangan ini paling cepat dan mudah untuk anda sediakan. Makan panas-panas, memang layan. Anak-anak pun suka.
ROTI TELUR BAKAR
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
Ads
4 keping roti sandwic
1/2 biji bawang besar | dicincang halus
4 keping salami ayam | dipotong kiub
4 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
Gelek roti sehingga nipis dan isikan ke dalam acukan loyang mufin.
Masukkan bawang cincang, salami ayam dan sedikit serbuk lada hitam.
Kemudian pecahkan telur ke dalam roti dan bakar pada suhu 160C selama 15 minit.
Angkat dan nikmati panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Viral sana sini dengan donut velvet. Tapi kalau buat pasti anak kurang suka. Jadi jom buat donut susu, rasa manis dan rasa lemak memang buat ketagih anak-anak makan. Bukan setakat anak-anak saja yang makan, mak ayah pun tumpang sama. Pasti licin sepinggan.
DONUT SUSU
Bahan-bahan: 1 pek Mauripan-bancuh dulu dengan air suam sampai berbuih 1 kg tepung gandum 1 biji telur 2 sudu makan marjerin Susu pekat (agak agak saja) 2 sudu makan susu tepung Sedikit garam
Cara membuat: 1.Bancuh yis dengan air suam sampai berbuih. 2.Bila yis dah kembang campur semua, uli dalam sejam.
Bahan salutan: Susu tepung(saya guna fernleaf) Gula
Cara membuat: 1.Kisar halus dua bahan ni.
2.Salutkan pada donut selepas digoreng. Biarkan sejuk dahulu dan salutnya dengan bahan salutan susu. Kredit: Noor Shafiqah Ghazali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Roti yang biasa kita beli dan makan waktu kecil-kecil dulu. Kini, anda boleh hasilkan sendiri secara homemade. Alangkah bangga jika dapat membuat sendiri roti benggali pada keluarga tercinta. Rasa puas kerana roti dibuat segar, rasa dan kualiti terjamin. Memang sedap!
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Enak dimakan bersama mentega dan kaya atau dimakan begitu sahaja.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Panggil roti tapi seakan lempeng dan makan dengan kuah kari daging hancur. Roti kerca makanan orang Kedah dan dahulu lebih terkenal dikalangan kerabat Kedah. Sungguh mudah dan terbaiklah bila dijadikan menu sahur
Bagi mereka yang tak nak makan nasi masa sahur, boleh jumpa roti kerca nih.
ROTI KERCA
BAHAN-BAHAN:
Bahan kuah kari daging:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan semua rempah kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga. Tumis sampai bawang layu.
2. Campurkan sedikit air dengan rempah, gaul rata kemudian masukkan ke dalam kuali tadi.
3. Masukkan santan dan air. Kacau rata ya. Kalau masih pekat, tambah lagi ya
4. Sudah mendidih, masukkan daging cincang dengan kentang sekali. Jenama apa pun boleh.
5. Gaul rata dan pastikan daging masak.
6. Dah mendidih elok, masukkan tomato puri. Kacau lagi.
7. Dah mendidih beriya, masukkan garam.
8. Kalau sudah masak & kuah memekat boleh tutup api.
ROTI CERCA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Sekarang, kita buat rotinya pula. Masukkan tepung gandum, telur, secubit garam dan air dalam pengisar. Kisar sampai betul-betul sebati.
2. Beginilah selepas dikisar.
3. Panaskan kuali tidak melekat dan tuangkan dalam sesenduk adunan. Buat nipis seperti lempeng.
4. Kemudian gulungkan seperti ini.
5. Gunting atau potong menyerong.
6. Tuang kuah daging tadi.
7. Tambah bawang goreng dan daun sup.
INFO: Kalau tidak makan daging boleh tukar kepada isi ayam kisar.
Kalau diperhatikan sekarang, hampir setiap kawasan perumahan atau pusat beli-belah pasti ada restoran yang menjual Ayam Penyet, Ayam Geprek atau Ayam Gepuk. Malah, ada sesetengah kedai sanggup beratur panjang hanya kerana sambalnya yang “padu” dan ayam gorengnya yang rangup.