Bila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina, hidangan beef prosperity burger atau Burger Prosperity Daging ini antara yang ditunggu-tunggu. Keenakan daging serta sos lada hitamnya memang memukau. Tapi, jika keluarga besar, agak tinggi kos yang perlu dibelanjakan untuk sajian satu keluarga. Jadi, bagi anda yang nak cuba buat sendiri burger ni secara homemade, saudari Aida Haron ada kongsi resipinya. Mudah dan lebih jimat. Jom cuba.
CARA MASAK BEEF PROSPERITY BURGER / BURGER PROSPERITY DAGING HOMEMADE
BAHAN DAGING BURGER
1kg daging kisar (saya pakai jenama Ramly)
8 sudu makan serbuk roti
1 biji bawang holland | dicincang
1 sudu makan blackpepper | kisar kering
Garam dan maggi cukup rasa secukupnya
*Nak tambah telur, Italian herbs dan lain-lain pun boleh. Ikut citarasa sendiri
BAHAN SOS BLACKPEPPER
50 gm serbuk Demi Glace
1 biji bawang merah | hiris halus
2 sudu makan marjerin/mentega
2 sudu makan serbuk blackpepper
500 ml air
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan brown sugar/gula melaka
Perasa secukupnya
BAHAN LAIN
Roti
Salad
Tomato
Kentang goreng
CARA-CARA
1. Cincang bawang seperti dalam gambar. Boleh tengok di YouTube cara cincang yang betul dan cepat. Kalau tak suka, boleh kisar dengan sedikit air.
2. Masukkan daging dalam mangkuk dan letak bawang, blackpepper, serbuk roti dan perasa. Nak tukar serbuk roti tu dan pakai tepung pun boleh. Nak tambah telur, Italian herbs pun boleh. Ikut selesa masing-masing ye.
3. Gaul sampai sebati. Pakai tangan je gaul. Jangan lupa buang cincin dan aksesori lain, kang ada benda asing pulak dalam daging burger tu nanti.
4. Timbang 100gm setiap satu, dapatlah 10 keping.
Ads
5. Kemudian, bentukkan daging tadi secara memanjang. Jangan tebal sangat, nanti bahagian tengah tak masak. Ukurannya biarlah panjang sedikit berbanding roti ni. Sebab bila dah goreng nanti, ia akan mengecut sedikit.
6. Goreng dengan sedikit marjerin/mentega. Tengok rupa daging tu, boleh la kan. Menjadi jugak. Masak dalam 3-4 minit je, lepas tu terbalikkan daging tu.
7. Dah siap goreng semuanya. Yang di tangan ni yang paling cantik sekali bentuknya.
8. Roti ni belah dua, kemudian sapu sedikit marjerin dan masak dalam 1 minit. Bagi garing sikit.
9. Demi glace ni serbuk khas untuk korang buat brown sauce. Saya guna jenama Knorr. Dari brown sauce tu nanti, boleh jadi blackpepper sauce, mushroom sauce dan bombay sauce.
Ads
10. Masukkan marjerin dalam kuali yang dah dipanaskan. Masukkan bawang yang dah dihiris. Tumis sampai agak garing.
11. Bancuh 50gm serbuk demi glace tu dengan 500ml air. Guna air biasa je, kalau air panas nanti serbuk tu jadi berketul ketul, tak larut.
12. Tuangkan bancuhan tu dalam kuali. Kacau perlahan. Masukkan blackpepper dan sos cili.
Ads
13. Masukkan perasa secukupnya. Saya suka tambah gula perang dalam sos blackpepper. Kalau tiada gula perang, gula melaka pun jadi la. Biasanya kalau buat bolognese, mesti saya akan tambah. Ini rahsianya, jangan beritahu orang lain tau.
14. Untuk tahu sama ada sos ni dah cukup pekat atau tak, korang boleh buat macam dalam gambar. Gariskan guna jari je. Kalau sos tu terbelah macam ni, maknanya dan cukup pekat la tu. Orang French panggil dah “Nappe”. Tak terlalu pekat, tak terlalu cair.
15. Lepas tu celup daging dalam sos blackpepper ni. Bagi rasanya lagi menyerap dan sebati. Kemudian hidanglah dengan kentang goreng, jus oren dan sayuran. Bila siap, barulah terasa macam makan beef prosperity burger buatan sendiri yang lebih jimat, lebih banyak, dan rasanya pun tak kurang hebat.
Bila buat sendiri beef prosperity burger ni, anda bukan saja boleh kawal bahan, tapi juga jimat kos, dapat banyak keping dan rasa pun boleh sesuaikan dengan selera keluarga. Memang puas hati setiap kali buat!
Ramai yang suka menikmati sajian Cendawan Tiram Celup Tepung. Penyediaan yang ringkas, mudah dimasak dan rasanya juga sangat sedap. Tidak hairanlah kanak-kanak juga suka makan Cendawan Celup Tepung ni. Ada yang terasa nak makan Cendawan Celup Tepung yang sangat sedap? Saudari Aisyah Humaira ada kongsikan cara-cara serta resipi bancuhan tepungnya. Jom cuba!
RESIPI CENDAWAN CELUP TEPUNG YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 paket cendawan 2 sudu makan air kapur makan – beli online disini Minyak masak secukupnya Garam secukup rasa Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan kering dalam bekas dan kacau rata. Jika tidak suka pedas, boleh guna tepung perasa original.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga terhasil adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Masukkan separuh dahulu cendawan ke dalam adunan dan biar salut sekata.
4. Panaskan minyak masak dan masukkan cendawan satu persatu. Goreng hingga garing.
5. Bila sudah garing, angat cendawan, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
INFO:Biasanya cendawan tiram ditanam secara organik. Jadi basuh jangan sampai air serap. Cukup sekadar lalukan air. Tidak perlu tunggu cendawan kering. Boleh terus celup dalam adunan tepung.
TIP UNTUK HASILKAN CENDAWAN YANG SANGAT RANGUP
Masukkan separuh cendawan ke dalam bekas adunan dan ratakan.
Goreng dalam minyak yang banyak dan guna api besar.
Goreng cendawan dan hanya balikkan bila sudah hampir masak.
Bila cendawan hampir garing, baru leraikan cendawan yang melekat.
Bila bunyi berdesir berkurangan, ia menandakan cendawan telah masak elok.
Cendawan goreng perlu betul-betul masak barulah jadi rangup dan tidak serap minyak.
Cara mudah menyediakan Roti Paratha Sosej Cheese yang sangat sedap untuk kudapan anak-anak. Jika anda ada roti canai sejuk beku, bolehlah buat snek macam ni. Sangat ringkas namun hasilkan seakan produk yang dibeli di kedai-kedai bakeri. Tidak perlu uli tepung atau guna puff pastri. Cukup sekadar roti canai segera ini sahaja. Satu keping pun boleh dapat banyak biji. Mudah dan rasa pun enak. Hidangan ini juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Boleh buat untuk sarapan, minum petang atau sebagai snek ringan yang dimakan ketika menonton televisyen. Rasa pasti lebih enak kerana dibuat dari air tangan ibu. Jom lah kita buat. Saudari Izz Aishah ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Ambil sekeping Roti Paratha dan potong kepada 8 bahagian seperti potongan pizza. 2. Letakkan kepingan kecil keju dan juga hirisan sosej mengikut saiz yang berpadanan.
3. Gulung kepingan paratha dengan kemas. 4. Seterusnya sapu bancuhan kuning telur di permukaan pastri. 5. Bakar Roti Paratha Sosej Cheese menggunakan Air Fryer pada suhu 190c selama 7-10 minit hingga pastri kuning keemasan. Jika tiada AF, boleh sahaja menggunakan ketuhar atau pemanggang ajaib.
8. Roti Paratha Sosej Cheese sedia untuk dihidangkan.
INFO: Roti paratha sejukbeku ini cepat lembut, jadi keluarkan sekeping terlebih dahulu. Buat hingga siap kemudian barulah dikeluarkan kepingan roti paratha kedua dan seterusnya.
Resipi perkongsian saudara Amir Zarith ni memang bagus anda cuba lebih-lebih lagi jika anak-anak jenis yang suka makan snek. Hanya menggunakan bahan-bahan mudah dan berkhasiat, anda boleh sediakan sajian enak untuk si kecil. Malah melalui cara ni juga, roti sandwic yang dibeli pasti tak membazir. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
PIKAT SELERA ANAK DENGAN SNEK ENAK MENGGUNAKAN ROTI SANDWIC
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping roti
Sayuran ikut suka tapi saya guna :
1/2 biji bawang besar – potong dadu
1 lobak merah – diparut ( boleh juga guna kacang peas atau jagung) ikut kreativiti sendiri
Daun bawang – hiris kecil
1 kiub pati ayam
1 biji telur
1/2 cawan susu atau air biasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul sebati bersama dengan roti.
2. Tambahkan susu atau air. Jika tak cukup masin,boleh tambah garam secukup rasa.
3. Adun hingga sebati.
4. Ambil adunan dan gumpal bulat.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Siap. Enak dinikmati bersama Sos Cili Thai. Memang terbaik!
Ketahui mitos telur yang selama ini mengelirukan ramai dan bongkar fakta sebenar tentang nutrisi, kolesterol dan khasiat telur. Panduan lengkap supaya anda boleh makan telur dengan lebih yakin.