Ads

Bebola Daging Sos Mentega Keju. Hidangan Ala Kafe Mahal Yang Boleh Dihasilkan Di Rumah.

Siapa yang suka sangat makan bebola daging tu mentega keju, boleh cuba buat sendiri. Selain jimat, sudah pastinya dapat menjaga kebersihan makanan dan dijamin halas. Anda juga boleh menambah bahan-bahan sampingan yang digemari.

BEBOLA DAGING SOS MENTEGA KEJU

Ads

BAHAN-BAHAN:

Ads
Ads
  • 20 biji bebola daging
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu makan mentega
  • 2 keping keju
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 1 biji bawang besar | cincang
  • 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 1/2 biji cili benggala | hiris memanjang
  • 6 biji cili padi | hiris
  • 4 biji cendawan shitake |dadu kecil
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng bebola daging

CARA MEMASAK:

  1.  Panaskan minyak, goreng bebola daging hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  2.  Gunakan kuali lain, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
  3.  Kemudian masukkan cendawan shitake, hirisan cili padi, cili benggala, daun kari.
  4.  Apabila naik aroma wangi masukkan susu cair, diikuti bebola daging yang telah digoreng.
  5.  Setelah mendidih, kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6.  Sebelum tutup api masukkan keju dan kacau lagi seketika.
  7.  Bebola Daging Sos Mentega Keju sedia dihidangkan.
Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Pesta Seri Rasa x RASA Meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026, Pelbagai...

Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang bakal berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.