Kali ini, RASA ingin kongsikan resipi kerang goreng berempah. Rasanya sangat sedap sebab ada rasa rempah kari dan juga sos yang dijadikan bahan perapan.
Jom kita cuba buat!
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang besar (hiris nipis dan halus)
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 inci halia (dihiris nipis)
2 batang serai (diketuk)
5 sudu besar serbuk kari (dicampur sedikit air jadikan pes)
10 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
2 tangkai daun kari
3 helai daun limau purut
1 cawan air
2 kg kerang (cuci bersih dan toskan)
3 sudu kecik sos ikan
Daun ketumbar
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai sehingga berbau wangi.
2. Kemudian masukkan pes serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, daun kari, daun limau purut dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan kerang dan gaul rata. Tutup kuali seketika. Besarkan api. Kemudian renjiskan dengan sos ikan. Gaul rata lagi keseluruhan. 5. Taburkan daun ketumbar dan gaul lagi. Tutup api.
TIP: Kerang kurang sedap kalau terlalu lama dimasak. Jika lama sangat dimasak, isi kerang akan jadi kecut dan keras.
Menu Asam Pedas DagingTetel ni memang jadi kegemaran ramai. Padanannya cukup mudah. Nasi putih ditambah dengan telur masin dan sambal belacan, sudah cukup untuk ‘mengoncang’ selera makan. Bagi anda yang nak masak untuk keluarga, resipi perkongsian saudari Umi Watie ni sangat sesuai dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK ASAM PEDAS DAGING TETEL ALA MELAKA
BAHAN-BAHAN: 500gm tetelan / daging tetel 1 batang serai – diketuk 1 sudu makan kerisik – beli online disini Asam jawa sebesar bola pinpong – bancuh dengan sedikit air – beli online disini 2 liter air Tomato Daun limau purut Garam secukup rasa
Bagi para peminat K-pop, boleh pakat cuba resipi Kimbap ni. Nampak sangat sedap dan membuka selera. Maklumlah, jika beli di restoran makanan Korea, segulung Kimbap sudah berapa harganya. Memang mahal. Jadi jom cuba buat secara homemade guna resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli. Makan pula dengan Kimchi. Aduhai. Sedapnya….Pasti puas hati.
CARA BUAT KIMBAP KOREA SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: 2 cawan beras sushi 1 sudu teh minyak bijan Secubit garam halus Kepingan rumpai laut – boleh beli pasar raya Tikar penggulung
BAHAN INTI: 1 ikat bayam hijau 1 batang timun 1 batang lobak merah 3 biji telur Hirisan daging secukupnya Sos tiram secukupnya Serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK NASI: 1. Basuh beras dan tanak seperti biasa. Air guna sukatan jari. ( info RASA: Boleh ikut sukatan pada pek beras) 2. Setelah nasi masak, letak dalam mangkuk. Kemudian tambahkan 1 sudu teh minyak bijan dan secubit garam halus. Gaul rata.
INFO: Kalau nak guna beras biasa pun boleh tapi pastikan ditanak lembut dan tidak lembik.
CARA MEMASAK INTI: 1. Petik bahagian bayam hijau yang lembut. Celur 2 minit, angkat dan toskan. 2. Untuk timun, potong memanjang dan buang bahagian empulur yang berjus. 3. Buang kulit lobak merah dan hiris memanjang. Kemudian sangai dalam kuali supaya sedikit lembut. Boleh tambah secubit garam. 4. Dalam bekas berlainan, pecahkan telur dan tambahkan sedcubit garam. Masak seperti menyediakan telur dadar. Bila dah masak, hiris memanjang. 5. Untuk daging pula, perap bersama sos tiram serta serbuk lada hitam dengan secukupnya. Kemudian masak dalam kuali hingga jus daging kering. Boleh juga guna isi ayam, filamen ketam atau sosej.
CARA GULUNG KIMBAP: 1. Tebar tikar penggulung. 2. Alas sekeping rumpai laut. 3. Ratakan nasi ke atas rumpai laut. ( Pastikan ada ruang).
4. Letak inti satu persatu. Jangan kedekut. Lagi banyak inti, lagi sedap.
5. Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar gulungan kimbap menjadi kemas.
6. Sapu minyak bijan ke atas kimbap kemudian potong satu persatu. ( info RASA: Boleh dilakukan dengan titis minyak bijan pada tangan kemudian gosok pada gulungan Kimbap hingga rata)
7. Untuk menikmatinya, boleh picit mayones jenama Kewpie diatas Kimbap. Memang sedap.