Ayam sambal untuk makan dengan nasi lemak lain cara memasaknya, tak sama dengan ayam sambal untuk hidangan nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.
Ini yang dipraktikkan oleh Nur Masri yang menggunakan resipi berbeza untuk ayam sambal dimakan nasi lemak. Nak cuba resipi beliau, silakan…
Resipi Ayam Sambal Nasi Lemak
Ads
Bahan-bahan
1 ekor ayam – potong kecil
6 sudu besar cili kering kisar
1 0biji bawang merah kisar
5 ulas bawang putih kisar
1 inci halia kisar
1 inci lengkuas kisar
5 batang serai (3 ambil bahagian yang putih sahaja dikisar, 2 lagi diketuk)
Sos cili secukupnya
Serbuk kunyit
Garam
Gula kabung
Cara membuat
1. Gaul ayam yang dipotong dengan serbuk kunyit dan garam hingga sebati.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga 3/4 masak. Ketepikan.
3. Guna minyak lebihan goreng ayam tadi ,tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
4. . Masukkan serai yang diketuk, kacau rata.
5. Tambahkan sedikit air, garam, dan gula kabung secukup rasa dan kacau sebati. Masukkan sos cili dan kacau lagi.
Ads
6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau hingga sebati.
7. Masak dengan api sederhana hingga ayam dan bahan-bahan tumis naik minyak bolehlah tutup api. Siap, dan boleh dihidangkan dengan nasi lemak.
LaukAyam Sambal @ Ayam Masak Merah macam yang kita selalu makan di majlis kenduri kahwin tu nampak sedap kan? Lain sikit rasanya berbanding Ayam Sambal yang biasa kita masak di rumah. Warna merah tapi rasa tak pedas. Hmm…Memang buka selera. Nak Jangan lupa cuba resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni ya. Sesuai sangat nikmati dengan aneka nasi tumis tau nasi putih.
1 biji bawang holland | dihiris dan digoreng seketika
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga ayam masak. (Ia ikut cara masak stail kenduri. Ayam direbus dahulu. Barulah isinya tidak keras.)
2. Setelah direbus, goreng ayam seketika menggunakan minyak panas. (Jangan goreng terlalu garing kerana nanti isinya akan keras.) Angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan B hingga naik bau.
4. Kemudian masukkan cili merah kisar.
5. Diikuti dengan cili kisar. Tutup seketika kuali dengan tutup periuk dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
6. Perasakan dengan gula melaka, gula, garam dan perasa. Boleh ubah suai jumlah ikut citarasa anda. Tutup lagi kuali bagi menaikkan warna sambal. Masak guna api perlahan sahaja.
7. Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jumlah air bergantung pada kepekatan kuah yang anda nak. Tutup kuali sekali lagi.
8. Masukkan sos cili. Kacau rata.
9. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan biar selama 3-4 minit supaya kuah meresap pada isi ayam.
10. Akhir sekali tabur hirisan bawang holland yang telah digoreng seketika. Kacau rata.
Tak lama lagi raya dah nak tiba. Pastinya hidangan istimewa mahu dihidangkan untuk keluarga. Maka kita hidangkan dua menu kombo iaitu nasi tomato dan ayam masak merah yang akan buat anda melekat di meja makan. Aroma bau kedua masakan ini sungguh membuka selera.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
5 cawan beras biasa / beras Basmathi
5 cawan air
4- 5 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
4-5 biji buah pelaga
1/ 4 cawan minyak zaitun (kalau tak ada boleh ganti dengan minyak masak)
2 sudu besar menggunung minyak sapi (kalau tak ada boleh guna mentega)
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar gula
1/ 2 sudu besar garam
3-4 helai daun pandan di simpul
3 sudu besar tomato puri
4 biji tomato
2 biji bawang besar*
8 ulas bawang putih*
2 ketul halia sebesar ibu jari*
Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus
CARA MEMASAK:
1. Rendam Beras
Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain. Beras direndam selama 15-20 minit. Kalau guna beras basmathi, rendam lama sikit dalam 30 minit. Kemudian, basuh dan toskan.
2. Tumis Bahan
Cairkan minyak sapi dan minyak masak / minyak zaitun dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan rempah-rempah kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang. Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.
3. Masukkan Beras
Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit. Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, simpulan daun pandan, gula dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan Ke Rice Cooker / Masak Seperti Biasa Akhir sekali pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong kecil, basuh bersih
3 biji bawang besar (saiz besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai – diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
Kisar semua bahan bertanda *
CARA MEMASAK:
1. Goreng Ayam
Macam biasa, mula-mula gaulkan ayam dengan garam, kunyit. Panaskan kuali, bubuh minyak dan goreng. Tak payah garing sangat ye sebab lepas ni kita nak bubuh dalam lauk.
2. Tumis Rempah & Bahan Kisar
Kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar yang bertanda *. Tumis sampai garing.
3. Masukkan Cili Kisar
Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.
4. Perasakan
Akhir sekali perasakan dengan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali. Perisakan dengan garam pulak. Lepastu bolehlah masukkan ayam yang dah digoreng awl-awal tadi. Terjunkan semua dan gaul sebati.
Siap!
Ayam Masak Cencaluk. Menu yang sangat ringkas, mudah dan sedap yang anda boleh masak sebagai sajian keluarga tercinta. Menu ini boleh tahan enaknya bahkan satu ketika dahulu, Tuanku Permaisuri Agong juga pernah berkongsi resipinya di IG Story Dato Rizalman. Nak cuba? Saudari AnieyRohani Abu Iban ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.