India  bukan hanya meriah dengan destinasi pelancongan menarik tetapi negara ini juga kaya dengan pelbagai jenis makanan dari hotel lima bintang ke gerai-gerai di tepian jalan. Enak dengan berbagai cita rasa, warna warni dengan harga yang murah, biarpun kebanyakan rasanya kaya dengan rempah ratus dan sedikit pedas, ia tetap sedap. Anda yang ingin mencuba, berikut  menu jalanan India dan Pakistan.

4 Menu Street Food  Popular Di India, Korang Boleh Cuba Di Rumah.

CHOLE BHATURE 

BAHAN-BAHAN:

BAHAN KUAH KACANG KUDA :

  • 2 cawan kacang kuda | rebus hingga empuk
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 3cn kulit kayu manis
  • 3-4 kuntum bunga cengkih
  • 1 helai daun bay
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 Bay leaf
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh jintan  jintan putih
  • Garam secukup
  • 1 cawan bawang besar | potong dadu kecil
  • 1 cawan tomato | potong dadu kecil
  • 1 sudu teh pes halia
  • 1 sudu teh pes bawang putih
  • 1 sudu jus limau nipis
  • 2 biji cili hijau | cincang
  • 1 sudu makan mentega
  • BAHAN  ROTI:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh yis kering | bancuh dengan sedikit air suam
  • Secubit garam
  • Air ikut keperluan
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan Chole Bhature, panaskan sedikit minyak masak.
  2. Menggunakan api sederhana umis daun bay, kulit kayu manis, biji jintan putih, bunga cengkih, lada hitam dan buah pelage hingga wangi.
  3. Seterusnya masukkan bawang besar yang telah dicincang, tumis hingga keperangan masukkan pula pes bawang putih dan halia.
  4. Setelah sekata, tambah dengan serbuk kunyit, cili, ketumbar dan jintan putih.
  5. Kacau seketika, masukkan pula sedikit air.
  6. Selepas 1-2 minit masukkan rebusan kacang kuda bersama air rebusan.
  7. Biarkan mereneh seketika, masukkan, cili hijau, garam dan gula secukup rasa.
  8. Kecilkan api, biarkan kuah mereneh hingga kacang kuda empuk. Tambah air jika perlu.
  9. Tutup api dan ketepikan.
  10. Untuk menyediakan roti, campurkan bersama garam halus, gaul rasa.
  11. Masukkan bancuhan yis gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  12. Uli hingga menjadi doh lembut. Rehatkan 15 minit.
  13. Bulat-bulatkan doh, kemudian canai menjadi leper.
  14. Panaskan minyak menggunakan api sederhana.
  15. Goreng roti hingga keperangan.
  16. Setelah siap, hidangkan roti bersama kuah kacang kuda.

4 Menu Street Food  Popular Di India, Korang Boleh Cuba Di Rumah.

IKLAN

KANDA BHAJI

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 biji bawang besar | hiris
  • 1 /2 cawan daun ketumbar | cincang halus
  • 1 cawan tepung kacang kuda
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/4 sudu teh biji karom/ajwain
  • Secubit garam
  • Secuit soda bikarbonat | jika suka
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung beras, serbuk cili serbuk kunyit, ajwain, garam dan soda bikarbonat dalam mangkuk, gaul rata.
  2. Masukkan sedikit air untuk menjadi bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair.
  3. Masukkan hirisan bawang yang telah dipisah-pisahkan hirisannya.
  4. Seterusnya tambahkan pula daun ketumbar cincang, gaul rata agar bancuhan melekat elok pada bawang.
  5. Rehatkan 10-15 minit.
  6. Kemudian panaskan minyak dalam kuali, bila minyak panas, menggunakan garpu masukkan adaunan dalam kuali , goreng seperti goreng cucur.
  7. Setelah gorengan bertukar warna kuning keperangan, Angkat dan toskan minyak.
  8. Setelah siap dan tos minyak, ia sedia dihidangkan dengan Chatney daun pudina atau kelapa.

4 Menu Street Food  Popular Di India, Korang Boleh Cuba Di Rumah.

IKLAN

KATHI ROLL

BAHAN-BAHAN:

  • 4  keping capati segera| panaskan
  • 1 biji bawang besar | cincang halus
  • 1 /2 biji cili banggala  | potong dadu
  • 1 biji tomato | buang biji dan potong dadu
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh pes bawang putih
  • 1 sudu teh pes halia
  • 2 sudu makan  puri tomato
  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1/4 sudu teh garam masala
  • 1/4 cawan yogurt
  • Beberapa keping keju cedar | carik-carik
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit daun pudina

 CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, diikuti dengan cili benggala.
  2. Masukkan tomato, serbuk kunyit, pes halia dan bawang putih, tumis lebih kurang 2-3 minit
  3. Seterusnya masukkan puri tomato dan yogurt, tumis 2-3 minit lagi.
  4. Perasakan dengan memasukkan serbuk cili, garam, keju, dan garam masalah.
  5. Apabila cukup rasa dan sekata, tutup api.
  6. Ambil sekeping capati, kemudian letakkan 1-2 sudu tumisan tadi di atasnya dan gulung. Lakukan hingga habis.
  7. Setelah siap, boleh potong dan sedia dihidangkan panas-panas.

4 Menu Street Food  Popular Di India, Korang Boleh Cuba Di Rumah.

CHICKEN KARAHI  (PAKISTANI CHICKEN CURRY)

BAHAN-BAHAN:

  • 500 isi ayam | potong kecil
  • 3 biji tomato saiz sederhana  | belah empat
  • 4 biji cilim hijau | potong 2 cm
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | cincang halus
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh empingan cili
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan daun ketumbar | cincang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan masak hingga ayam separuh masak.
  3. Kecilkan api, masukkan tomato, cili, jintan manis, seruk cili, kunyit dan empingan cili.
  4. Kacau rata, kemudian tutup kuali hingga yang betul-betul masak dan rempah ratus menyerap sepenuhnya pada ayam.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah masak, tutup api dan masukkan hirisan halia, cili dan daun ketumbar
  7. Chicken Karachi sedia dihidangkan bersama roti nan

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI