Ayam sambal lada daun kesum ini boleh jadi pengganti ayam sambal biasa. Dengan aroma daun kesum ia bukan saja wangi tapi juga makin enak.
Sedap dimakan dengan nasi panas, ayam sambal lada daun kesum ini memang boleh buat kita menambah nasi walaupun waktu sahur.
Resipi ayam sambal lada daun kesum
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam -gaul garam kunyit dan goreng jangan garing
1-2 batang serai -diketuk
1 batang timun Jepun -buang biji dan potong kecil
2 ikat daun kesum
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa (jangan pekat)
3 kali renjis sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1/2 cawan air
3/4 cawan minyak baki goreng ayam untuk menumis
Bahan kisar kasar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang serai
10 tangkai cili padi siam (merah)
1 tangkai cili besar merah
10 tangkai cili padi siam (hijau)
Halia sebesar ibu jari
Ads
Cara memasak ayam sambal lada daun kesum
1. Panaskan minyak masak, masukan serai dan goreng hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar. Tumis hingga hingga masak.
2. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan bahan perasa. Kkacau lagi hingga naik minyak.
Ads
3. Tuang sedikit air, biar mendidih lalu masukkan ayam dan daun kesum. Kacau rata dan sesuaikan rasa.
4. Letak timun, kacau rata dan terus tutup api supaya timun masih rangup, tidak layu ketika dimakan.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ayam masak merah yang gerenti sedap. Tak tau la nak kata tapi kalau makan ayam masak merah di kenduri kahwin, mesti lauk tu sedap, kan? Kalau suka makan ayam masak merah style kenduri kahwin, ini RASA kongsikan resipinya.
AYAM MASAK MERAH STYLE KENDURI
BAHAN UTAMA
1 ekor ayam dipotong kecil dan basuh bersih. (Bubuh garam dan serbuk kunyit. Goreng jangan garing sangat.)
BAHAN KISAR
3 biji bawang besar size besar
4-5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
2 batang serai diketuk
3-4 senduk cili kisar
Garam dan gula secukupnya
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato (didadu kecil)
CARA MEMBUAT
1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai. Tumis sekejap.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing.
3. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali. Perisakan garam.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Siap.
Siapa kata menu untuk diet tak sedap? Salah ye, banyak je menu sedap yang boleh diolah semula ikut cita rasa. Asalkan anda tahu kalori yang perlu diambil dan menggunakan cara memasak yang sihat. Berikut RASA bawakan dua resipi menu sihat yang pantas disediakan dan sihat.
SANDWICH PESTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 cawan daun ketumbar
1 ulas bawang putih
15gm daun pudina
1 sudu makan kacang tanah, dibakar
1/3 cawan minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
1/4 cawan keju cheddar
1 biji limau nipis | diambil jus
2 keping dada ayam | direbus dan dicarik
1 buku roti Perancis
1 biji tomato | dihiris
3 helai daun salad | dihiris
CARA MEMASAK:
Kisar daun ketumbar, daun pudina, bawang putih dan kacang secara kasar.
Masukkan minyak zaitun secara sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan. Kisarkan sehingga lumat.
Perasakan dengan garam, limau nipis dan lada hitam secukupnya.
Masukkan pesto ke dalam mangkuk berisi isi ayam. Gaul rata.
Potong roti Perancis dan susun daun salad serta tomato dengan secukupnya.
Sudukan pesto ayam. Sedia untuk dinikmati.
WRAP CAPATI KAMBING MASALA
BAHAN-BAHAN:
5-6 kepingan daging kambing (lamb chop)
250ml santan
Kepingan tortilla secukupnya
5 helai daun salad | dihiris
Sedikit daun ketumbar | dihiris
2 biji tomato | dihiris
Air secukupnya
BAHAN REMPAH:
2 sudu makan serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk paprika
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk pala
2 sudu makan puri tomato
BAHAN TUMIS :
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 biji bawang besar | dipotong dadu
2 biji buah tomato | dicincang
3 inci halia | ditumbuk lumat
6 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bagi menyediakan sos masala, panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis serta buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau perlahan sehingga garing.
Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk. Kacau perlahan sehingga garing. Seterusnya masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan puri tomato. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
Akhir sekali masukkan santan. Kacau sehingga kuah pekat. Tutup api.
Sapukan sedikit kuah masala yang dimasak tadi ke atas kepingan kambing dan panggang hingga masak.
Ambil dagingnya, letakkan di atas tortilla. Taburkan hirisan salad, daun ketumbar dan tomato. Sudukan sedikit sos masala. Gulung kemas dan hidangkan.
Di musim cuti ni, lauk berasaskan ayam pastinya antara menu wajib ada setiap kali waktu makan. Maklumlah, budak-budak ni lauk lain kurang minat. Jika hari-hari masak menu yang sama, memang boleh buntu juga kan? Jadi, apa kata cuba ayam perap mayo perkongsian dari saudari Ezani Hana Syafniza ni. Resipi ini dijamin enak, berlemak, dan menjilat jari! Paling penting, cara penyediaannya sangat mudah dan cepat. Jom lihat bahan-bahan dan langkahnya.
Bahan-Bahan Ayam Perap Mayo
Ayam – jumlah ikut suka berapa banyak
Bahan Perapan Ayam Perap Mayo
Halia
Bawang putih
Mayones
Sos tiram
Kicap manis
Madu
Serbuk cukup rasa atau kiub ayam
(Bahan perapan bergantung pada jumlah ayam yang digunakan)
Cara Memasak Ayam Perap Mayo
Tumbuk halia dan bawang putih hingga lumat.
Campurkan semua bahan dan gaul bersama ayam hingga sebati. Ubah suai rasa mengikut citarasa — jika suka lebih manis dan lemak, tambahkan madu dan mayones.
Perap ayam selama sekurang-kurangnya 5 jam untuk rasa lebih meresap dan lazat.
Ayam yang telah diperap boleh digoreng atau dibakar mengikut kesukaan. Sedia untuk dinikmati!
Selamat mencuba!
Tip Tambahan Ayam Perap Mayo
Untuk hasil ayam perap mayo yang lebih sedap, gunakan ayam segar dan biarkan ia diperap semalaman di dalam peti sejuk. Jika dibakar, sapukan sedikit madu di atas ayam sebelum masuk ke dalam ketuhar supaya warnanya lebih berkilat dan menyelerakan.
Cadangan Hidangan
Ayam perap mayo ini sangat sesuai dihidangkan bersama nasi putih panas, nasi lemak atau kentang goreng. Ia juga boleh dijadikan hidangan istimewa untuk majlis keluarga, jamuan sekolah, atau bekal makan tengah hari.
Banana Peanut Butter Oatmeal ialah sarapan sihat, mengenyangkan dan cepat disediakan. Ketahui cara membuatnya dengan bahan ringkas serta manfaat nutrisi yang membantu tenaga dan kesihatan harian anda.