Selalu kalau nak makan ayam percik, kena pergi ke pasar malam. Itupun kalau bernasib baik ada dijual. Buat sesiapa yang teringin nak menikmati ayam percik Kelantan, boleh saja buat sendiri ikut resepi yang dikongsi ini.Patutlah sedap, pelbagai ramuan digunakan bagi memberi aroma rasa yang enak.
Ayam Percik Kelantan
(untuk 2 orang makan)
Bahan Perap:
1/4 ekor ayam
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inch halia
Garam secukup rasa
Bahan Kuah:
300 ml santan pekat @ 1 1/2 kotak santan
1 cawan air
2 batang serai dititik
2 hiris halia (dikisar)
5 ulas bawang merah (dikisar)
4-5 tangkai lada kering (dikisar)
Asam keping (sikit sahaja)
Gula Melaka
Garam & perasa secukup rasa
Cara memasak:
1. Tumbuk/kisar bawang merah, halia, bawang putih dan garam sehingga lumat.Kemudian, pes tadi diperap dengan ayam yang telah dibersihkan sekurang-kurangnya 30 minit.
2. Untuk bahan kuah, kisar dahulu bawang merah, halia dan lada kering.
3. Kemudian, masukkan santan, 1 cawan air, bahan yang dikisar tadi, serai, asam keping, gula melaka, garam dan perasa secukupnya. kacau dengan api sederhana.
**part buat kuah ni, kena selalu kacau ye.Jangan tinggalkan sebab nanti kuah tak cantik dan nampak macam berketul.
4. Kuah dikacau sehingga pekat.Dah nampak cun,boleh la tutup api.
5. Untuk part ayam ni,bakar guna Air fryer je.Senang sebab tak payah nak tunggu-tunggu.Boleh je nak bakar atas pemanggang yang berapi tu, magic pan,atau non stick pan.
‼️Part guna Air fryer ni
Bakar ayam dengan suhu 175 celcius/ 20 minit.Dah habis 20 minit bakar. Kemudian, terbalikkan ayam,bakar lagi dengan suhu 180 celcius/15 minit.
Ads
*Tip nak bagi ayam dan kuah lagi rasa mabelesssss
Bila ayam dah masak, letak ayam dalam kuali.Kemudian siram kuah atas ayam sedikit demi sedikit biar kuah tu meresap dalam ayam.Masak dalam 5 minit.Kemudian angkat ayam letak dalam pinggan dan letak baki kuah tadi atas ayam.
Siap untuk dihidang.
Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan keturunan, makanan-makanan yang ada di negara kita juga pelbagai rasa. Masyarakat India misalnya cukup terkenal dengan masakannya yang berasaskan pelbagai jenis rempah ratus dan herba. Bahkan, kari India sangat sedap dan berbeza dengan kari Melayu. Kali ini, RASA kongsikan resipi masakan India untuk anda cuba kelainannya. Yang pasti, rasanya dijamin lazat.
PARPU TELUR BAHAN-BAHAN: 100gm kacang thoor dal | rendam dalam air panas selama 10 minit 4 biji telur 1 biji kentang |dipotong 1 sudu makan serbuk kunyit 1 ulas bawang putih 1 biji bawang besar | hiris 1 tangkai daun kari ½ sudu teh biji sawi ½ sudu teh jintan putih 1 tangkai cili kering 100gm santan pekat 1 biji tomato |dipotong dadu 3sudu makan minyak masak Garam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Kacang thoor dal direbus bersama serbuk kunyit, bawang putih dan secubit garam sehingga empuk. 2. Masukkan pula kentang yang dipotong dan masak sehingga kentang masak. 3. Masukkan santan dan kacau selama 5 minit. Kemudian masukkan telur satu persatu. Biar telur masak. 4. Selepas telur masak, masukkan santan dan kacau perlahan. Selepas kuah mendidih, tutup api. Ketepikan. 5. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan biji sawi dan jintan putih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar yang dihiris, cili kering dan daun kari. Kacau rata sehingga bawang merah bertukar warna. 6. Masukkan tomato dan kacau selama 5 minit. Tutup api. 7. Tuang ke dalam campuran dal dan telur, kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa. 8. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4 orang Jenis hidangan : India Keistimewaan : Rasa lemak kacang dal dan telur Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan tumis Anggaran kos: RM8
Info chef: Boleh gunakan udang lain seperti udang lipan dan sebagainya. PESAMAH KAMBING BAHAN- BAHAN: 500gm daging kambing | potong saiz kecil 1sudu makan tairu/yogurt 1sudu teh halia kisar 1sudu teh bawang putih kisar ½ sudu teh lada hitam kisar 2 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 1 labu bawang besar | dihiris 3 sudu makan serbuk kari daging 5 cawan air rebusan daging kambing 1 cawan santan pekat 100gm kerisik 5sudu makan minyak masak Garam secukupnya
CARA MEMASAK: 1) Perap daging kambing bersama tairu/yogurt, halia kisar, bawang putih kisar dan lada hitam kisar selama 2 jam. Ketepikan. 2) Rebus daging kambing yang telah diperap sehingga daging kambing empuk. Asingkan daging dan air rebusannya. Ketepikan. 3) Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar yang telah dihiris. Tumis sehingga bawang bertukar warna. 4) Masukkan serbuk kari daging dan dua cawan air rebusan. Kacau rata. Masak sehingga pecah minyak. 5) Masukkan daging kambing dan kacau rata. 6) Masukkan santan, kerisik dan tiga cawan air rebusan. Kacau rata. Perlahankan api biar mereneh selama 5 minit. 7) Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan garam secukup rasa. Tutup api. 8) Sedia dihidangkan bersama nasi beriani atau nasi putih.
Saiz hidangan: 4 orang Jenis hidangan : India Keistimewaan : Rasa lemak kari dan daging kambing yang empuk Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus, tumis dan didih Anggaran kos: RM25
Info chef: Daging kambing boleh dipotong kasar tetapi memerlukan masa memasak yang lebih lama. SOTONG MASALA Bahan- Bahan: 500gm sotong putih |bersihkan dan direbus sehingga ¾ masak 2 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 2 biji buah pelaga 1 labu bawang besar |dihiris 2 biji cili merah |dipotong memanjang 2 sudu teh halia kisar 1sudu teh bawang putih kisar – BELI ONLINE DI SINI 1 tangkai daun kari 1 labu bawang merah (dikisar) 2 1/2 sudu makan serbuk kari daging 1 sudu teh serbuk jintan putih 1sudu teh serbuk jintan manis 1sudu teh serbuk cili -BELI ONLINE DI SINI 50gm santan pekat 1 cawan air rebusan sotong 3 sudu makan minyak masak ½ sudu teh gula Garam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga bawang bertukar warna. 2.Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan daun kari. Apabila bau harum, masukkan bawang kisar. Kacau sekata. 3. Bila mendidih, masukkan serbuk kari daging, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili. 4. Tuang air rebusan sotong dan kacau rata. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit. 5. Masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih. 6. Masukkan sotong dan kacau rata selama empat minit. 7. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang Jenis hidangan : India Keistimewaan : Kari yang pekat dan lemak beraroma Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus, tumis dan didih Anggaran kos: RM28
Info chef: Sotong boleh juga dipotong kecil, mengikut kesukaan masing-masing. AYAM MADU MAMAK BAHAN- BAHAN PERAPAN AYAM: 1kg ayam |dipotong dan dibersihkan 1sudu teh serbuk kunyit ½ sudu teh garam 1 cawan minyak masak (untuk goreng ayam)
BAHAN LAIN: 3 sudu makan minyak masak 2 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 2 biji buah pelaga 1 labu bawang besar |dihiris 1 tangkai daun kari 1sudu teh bawang merah kisar 2 sudu teh halia kisar 1sudu teh bawang putih kisar 1 labu bawang besar |dikisar ½ sudu makan serbuk kulit kayu manis ½ sudu makan serbuk jintan putih 1 sudu makan serbuk cili 200gm buah kurma |dibuang biji ½ cawan air 3 sudu makan madu
BAHAN UNTUK MENGGORENG GAJUS DAN KISMIS: 50gm kacang gajus 10gm buah kismis 1 sudu teh minyak sapi
CARA MEMASAK: 1. Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 30 minit. 2. Kemudian goreng ayam sehingga 1/2 masak. Ketepikan. 3. Setelah itu, panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang merah dan daun kari. Tumis sehingga bawang bertukar warna. 4. Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan bawang kisar. Kacau rata selama dua minit. 5. Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kulit kayu manis dan serbuk cili. Kacau rata. 6. Kisar buah kurma bersama ½ cawan air. Tuang bahan kisar tersebut ke dalam kuali dan gaul rata. Masak seketika. Sekiranya kuah pekat, tambah air secukupnya. 7. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Ketepikan. 8. Di dalam kuali lain, masukkan minyak sapi dan goreng gajus bersama buah kismis menggunakan api perlahan. Tutup api. 9. Tuang ke dalam kuah ayam dan kacau. Masukkan madu dan tutup api. 10. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Saiz hidangan: 4 orang Jenis hidangan : India Keistimewaan : Manis kurma dan madu serta bau minyak sapi yang wangi Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus, tumis dan didih Anggaran kos: RM25
Info chef: Tidak perlu tambah gula kerana hidangan sudah ada madu dan kurma yang memberikan rasa manis pada masakan. Resipi: Terima kasih Mrs. Tamil Selvi Samugam Sundram
Lauk paling sempoi serta masam dan manis sesuai dengan selera satu keluarga. Sangat mudah ayam digoreng garing, tumis bahan-bahan dihiris, kacau sebati dengan sos cili dan sos tiram.
Memang tak jemu makan, sajian tanpa santan yang cukup sedap .
AYAM MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
Seekor ayam
3 ulas bawang merah sebesar penumbuk bayi
1 labu bawang putih (kalau tidak suka letak sedikit sahaja)
2 inci halia (letak seinci pun boleh mengikut selera)
2 sudu makan sos tiram
Secawan sos cili (agak-agak ikut citarasa anda)
Cili besar dan bawang Holland untuk hiasan
Secawan air
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Perap ayam dengan garam kunyit selama 15-30 minit 2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. 3. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang semuanya dimayang sahaja dalam minyak gorengan ayam.
4. Setelah naik bau boleh masukkan sos tiram dan Sos cili. Diikuti dengan secawan air.
5. Gaul sebati tunggu sampai menggelegak.
6. Bila sudah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. 7. Dengan api sederhana, sesekali kacau ayam supaya tidak hangit bahagian bawah.
8. Bila kuah sudah kering, masukkan garam dan gaul rata. Kemudian masukkan cili hijau dan bawang Holland.
9. Bila cili dan bawang sudah layu matikan api. Siap.
Kenapa nak beli kalau boleh buat sendiri ayam percik ini, walaupun ada pelbagai versi ayam percik, tetapi versi pasar malam ni memang kau-kau rasanya dan sangat mudah disediakan yang penting bahan perapan dan kuah percik, hasilnya pasti mantap. Anda yang takda resipi sediri, ikut je resipi yang dikongsikan ini.
AYAM PERCIK ALA PASAR MALAM
1 ekor ayam| potong 8 atau 12 dan cuci bersih
4-5 tangkai cili kering | kisar
1 biji bawang besar | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
3cm kunyit hidup | kisar
1 sudu makan ketumbar | kisar
1 sudu teh jintan manis | kisar
Garam dan gula secukup rasa BAHAN-BAHAN KUAH:
5-6 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
Sos cili secukupnya
Gula Melaka & gula pasir secukupnya
1 sudu makan tepung jagung
CARA MEMBUAT:
Bawang merah, putih, halia, kunyit dan cili dikisar sekali.
Ketumbar dan jintan manis dikisar kering.
Dua bahan ini diletakkan dalam kuali dan tumis tanpa minyak, tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam dan masak sehingga ayam separuh masak.
Kemudian ayam pemanggang dan renjiskan minyak masak dengan serai titik.
Panggang atau bakar dalam ketuhara dengan suhu 200C selama 15 minit, atau suhu 180C dengan masa 20 minit. Apapun bergantung kepada ketuhar masing2.
Untuk kuah: Cili kering dan bawang putih dikisar.
Panaskan kuali atau periuk, masukkan bahan kisar dan sedikit air. Hidupkan api sederhana dan kacau rata hingga cili masak.
Masukkan gula melaka, gula pasir dan sos cili serta tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau hingga kuah pekat, perasakan dengan garam dan gula secukupnya, jika suka boleh taburkan bijan ke dalamnya.
Tuahkan kuah atas ayam yang dipanggang tadi dan sedia dihidangkan.
kredit resepi: SuiSan Aliezsha
DAPUR RESIPI PIKAT SELERA
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!