
Hujan begini sedap dapat makan ayam panggang. Menu ringkas dan mengenyangkan. Anak-anak pun pasti suka dengan menu ini. Ayam dengan campuran italian herbs, serbuk bawang putih, paprika dan perahan lemon memberikan rasa yang enak. Bolehlah cuba nanti.
Cara Buat Ayam Panggang Simple
Bahan-bahan :
170 gm ayam
1 sudu teh italian herbs
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu teh paprika
1 sudu teh perahan lemon
10 gm hirisan kulit lemon
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam dan lada hitam
Cara memasak :
- Campurkan bahan dalam 1 mangkuk iaitu italian herbs, serbuk bawang putih, paprika dan perahan lemon
- Kemudian setelah campur sebati. Letakkan ayam bersama bahan yang digaul tadi.
- Masukkan hirisan kulit lemon dan minyak zaitun.
- Perab bahan perapan selama semalaman atau 30 minit.
- Sediakan kuali dan masuk ayam yang telah diperap.
- Masak dalam masa 7-10 minit dan setelah siap boleh dihidang bersama kentang lenyek, dan coleslaw dan sos perang
Kredit: Chef Shafee Madinuddin
Klik sini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Ayam Masak Bawang Stail Mamak Ni Memang Rugi Kalau Tak Cuba
Resipi Ayam Masak Bawang Stail Mamak Ni Memang Rugi Kalau Tak Cuba
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI