Mungkin ada yang sudah berada di kampung halaman ketika ini, jadi kita hidangkan keluarga dengan menu istimewa. Ayam Masak Santan Berlado ini selain dimakan dengan nasi boleh dicicah dengan ketupat atau lemang. Yang membezakan dengan rendang biasa tu, penggunaan cabai sahaja dan tambahan bahan-bahan lain untuk penyedap rasa. Boleh cuba buat ikut resipi yang dikongsi Fairuz Abu Hassan
BAHAN-BAHAN: Ayam yang telah siap digoreng 3 biji cabai besar (kisar) 6 biji bawang merah ( kisar) 1 ulas bawang putih ( kisar) 1 biji tomato (kisar) Sedikit lada hitam (kisar) 1 batang serai (diketuk) 3 biji bawang merah (dihiris) 2 ulas bawang putih (dihiris) ½ kotak santan kotak dalam 2 sudu serbuk kari
CARA MEMASAK:
Ads
1.Guna minyak goreng ayam tadi, tumis serai dulu biar sedikit garing,masukkan bawang yang dihiris.Masak sampai garing. 2.Masukkan bahan yang dikisar tadi. 3.Masak sebentar sampai mendidih.
4.Masukkan serbuk kari,garam dan gula.
5.Masukkan santan,biar sekejap bahan-bahan tu mesra.
Ads
6.Masukkan ayam yang telah digoreng tadi,masak sampai pecah minyak.
Pernah makan dan rasa Teresek Kacang Panjang? Masakan ini popular di Kelantan, lauk rewang yang selalu disajikan semasa rewang kenduri kahwin. Menu ini memang menyelerakan makan beramai walaupun bahannya hanya kacang panjang dengan leher, kepak, kaki, hati dan pedal ayam yang tidak digunakan untuk lauk pauk hari kenduri. Sayang menu ini seperti dilupakan kerana kebanyakan majlis kahwin lauk pauk disediakan oleh katering bukan lagi secara rewang.
Untuk kembalikan nostalgia, ini resipinya:-
TERESEK KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada banyak versi kek batik. Tapi kalau dah jumpa yang menjadi favourite, mesti dah tak nak buat yang lain. Contohnya kek batik coklat cheese ini.
Seperti yang dialami wanita ini, Mas Dalina, tidak berpaling dengan resipi kek batik lain selepas dah jumpa yang kena dengan selera.
Lagi-lagi bila kek batik yang dibuatnya, menjadi favourite anak-anak juga.
KEK BATIK COKLAT CHEESE
LAPISAN BAWAH:
2/3 cawan air 1 sudu kecil serbuk agar-agar – beli online di sini 250g mentega (saya guna Anchor) – beli online di sini 250g susu pekat (lebih kurang ½ tin, ikut kemanisan masing-masing) – beli online di sini 125g milo – beli online di sini 3 sudu besar serbuk koko (saya guna callebaut) ½ sudu kecil serbuk nescafe (saya tak letak) Biskut marie (lebih kurang 2 peket sekali dengan lapisan atas nanti) – beli online di sini
1. Alas loyang (saya guna 8″x2″) dengan plastik atau aluminium foil. Saya suka guna aluminium foil sebab lebih stabil. Guna tupperware pun boleh.
2. Masak air dan agar-agar. Kacau hingga larut dan mendidih. 3. Masukkan mentega, gunakan api paling kecil. Apabila sudah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit, gaul sehingga sebati.
4. Masukkan serbuk koko. Gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul. Padam api. 5. Susun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat. Ulangi langkah sehingga adunan habis lapisan biskut yang terakhir. Boleh simpan dalam peti.
1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati. Masukkan susu segar (10ml) sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair. 2. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan. Panaskan 200ml susu segar, padamkan api. 3. Keluarkan loyang berisi kek batik tadi. Percikkan sedikit susu suam-suam panas tadi ke atas biskut lapisan atas.
4. Sapukan adunan cheese menutupi lapisan biskut. 5. Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu (suam-suampanas), terus susun dalam bekas (celup 1 saat je) 6. Sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan. Boleh kisar lebihan biskut dan taburkan atas lapisan cheese. Saya ayakkan serbuk milo saja. 7. Simpan semula di dalam peti. 1-2 jam dah boleh potong dah. Tak perlu semalaman.
Bahagian organ dalaman lembu ada peminatnya sendiri. Min sendiri pun suka makan bahagian hati dan perut lembu.
Mungkin ada sesetengah orang tidak suka, namun jika kena gaya masakannya, memang boleh jadi sedap!
Buat peminat atau penggemar organ dalaman lembu seperti hati, limpa, paru ataupun perut, ini RASA kongsikan menu dengan pelbagai cara memasak yang anda boleh cuba. Kesemua menu mudah disediakan dan disukai oleh ramai.
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut. 2. Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati. 3. Masukkan santan dan biarkan mendidih. Akhir sekali garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati.
PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci) 1 biji bawang besar | potong dadu 1 biji limau nipis | perah air – beli online di sini 5 biji cili padi | dipotong kecil – beli online di sini 1 biji buah tomato | potong dadu 1 sudu makan kerisik – beli online di sini 1 helai daun limau purut | dihiris Sedikit air asam jawa Sedikit air suam Garam dan gula secukup rasa
1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati. 2. Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa. 3. Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati.
PERUT SAMBAL BERCILI
BAHAN-BAHAN:
400gm perut | rebus ¾ empuk, hiris kasar
BAHAN KISAR:
50gm cili besar merah 10 biji cili padi 1 inci kunyit hidup 2 biji bawang besar 1 ulas bawang putih 1 keping asam gelugur Garam dan serbuk perasa secukupnya Minyak masak secukupnya
1. Kisar semua bahan kisar kecuali asam gelugur. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi dan pecah minyak. Masukkan asam gelugur. 3. Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul sekata. 4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
RENDANG CAMPUR BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus 250gm hati | rebus 250gm limpa | rebus 1kg santan pekat 1 sudu makan pes asam jawa 5 sudu makan kerisik 3 sudu makan | rempah kari 1 sudu makan serbuk ketumbar 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih Garam dan gula secukup rasa Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering | potong dan rebus 1 biji bawang besar 4cm lengkuas | hiris 3cm halia | hiris 3 batang serai | hiris
BAHAN HIRISAN:
6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 4 batang serai
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Paru, limpa dan hati yang telah direbus dihiris dan ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam kuali. kemudian tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi. 3. Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak. Seterusnya masukkan campuran rempah kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan putih yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika. 4. Seterusnya masukkan paru, limpa dan hati tadi, kacau rata dan sebati dengan bahan tumisan. 5. Masukkan pula santan pekat, kacau dan biarkan mereneh sehingga kuah agak pekat lebih kurang 15-20 minit. 6. Seterusnya, masukkan air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rasa. 7. Kecilkan api, dan terus kacau sehingga kuah kering dan timbul minyak. Angkat dan hidangkan.
SAMBAL HATI
BAHAN-BAHAN:
1kg hati lembu | rebus dan potong dadu 5 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan pes asam jawa 1 sudu makan cili sos 1 biji bawang besar | hiris Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 3cm halia 2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Sementara itu gaul hati yang telah dipotong dadu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. 2. Kemudian goreng hati seketika, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan. 3. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. 4. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, seterusnya masukkan hati. 5. Kacau sebati supaya hati sebati dengan bahan tumisan. 6. Seterusnya masukkan air asam, cili sos dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula. Angkat dan sedia dihidangkan.
HATI GORENG KUNYIT KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm hati lembu | rebus dan hiris 10 batang kacang panjang | potong 3cm 1 biji bawang besar | hiris 15 tangkai cili padi merah | hiris memanjang 2 batang serai | titik 1 sudu teh air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3cm halia 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan serai bersama bahan kisar hingga naik bau. Masukkan hirisan hati, kacau rata. 2. Seterusnya masukkan hirisan bawang besar, cili dan kacang panjang dan kacau lagi. 3. Akhir sekali masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 4. Setelah masak, angkat dan segera dihidangkan bersama nasi putih.
SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus dan hiris nipis 1 sudu air asam jawa 1 biji bawang Holland | hiris bulat Garam, gula dan perasa secukupnya Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah 5 ulas bawang 3 ulas bawang putih 2cm halia 2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan. 2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa. 4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru. 5. Gaul rata kemudian tutup api. Sambal paru sedia dihidangkan.
RENDANG TOK HATI
BAHAN-BAHAN:
500gm hati lembu | cuci bersih dan rebus seketika 500ml santan pekat 3 sudu makan kerisik 5 sudu makan pes cili kering 2 sudu makan air asam jawa 1 sudu makan kicap pekat Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 2cm halia |hiris nipis 3cm lengkuas | hiris halus 4 batang serai | hriis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
Kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Hati yang telah direbus tadi dihiris nipis, kemudian ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan pes cili bersama air asam jawa. 3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan hati yang telah dihiris bersma hirisan bawang. Kacau rata, tambahkan sedikit santan, dan kecilkan api. 4. Apabila kuah pekat, masukkan kerisik, kacau rata. Perasakan dengan kicap, garam dan gula secukupnya. 5. Setelah kering dan timbul minyak tutup api, Rendang hati sedia dihidangkan.
KERABU PERUT ALA KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo perut putih | cuci bersih dan rebus 2 biji tomato | dipotong dadu 1 biji bawang besar | dihiris 4 batang serai |dihiris nipis 10 tangkai cili api | dihiris nipis 1 batang timun | buang biji dan potong dadu 3 biji limau kasturi Garam dan gula 1 sudu makan sos ikan
CARA MEMASAK:
1. Hiris kecil memanjang perut yang telah direbus. Masukkan dalam mangkuk bersama dengan bahan hirisan lain. 2. Dalam mangkuk lain, campurkan garam, gula, jus limau nipis dan sos ikan. Gaul rata. 3. Tuangkan dalam mangkuk bahan hirisan. Gaul rata. Setelah cukup rasa kerabu sedia dihidangkan.
RENDANG HATI CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm hati lembu | cuci bersih dan rebus 1 biji bawang besar |hiris 1 sudu makan air asam jawa 2 sudu makan kerisik Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 20 biji cili padi 2 batang serai 2cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Hiris nipis hati, kemudian ketepikan. Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang, dikuti bahan kisar. 2. Setelah naik bau dan pecah minyak, masukkan hati. Kacau rata, apabila hati kecut dan kering airnya masukkan santan. 3. Gaul rata dan masukkan air asam, kerisik. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga kuah pekat. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api. Hati cili padi sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: