Kalau masak lauk Ayam Masak Beriani ni baunya teramatlah wanginya boleh menyebabkan meleleh air liur dibuatnya. Maklumlah ada rempah beriani, confirm menusuk aromanya sampai ke rumah jiran.
Ni min kongsikan resipi Ayam Masak Beriani Sempoi perkongsian daripada Nurhayati Ab Malek. Ni siap ada langkah-langkah memasaknya, gerenti jadilah. Nanti dah siap masak jangan lupa bagi jiran sikit tau, barulah berkat bila rezeki dikongsi bersama.
AYAM MASAK BERIANI SEMPOI
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ½ inch halia
Bahan goreng:
1 ekor ayam (potong ikut suka, cuci dan tos)
Serbuk kunyit
garam
Bahan lain:
½ cawan susu cair
3 batang daun ketumbar (dipotong)
2 sudu cili kering kisar/cili boh – beli online DI SINI
CARA MEMASAK : 1. Mula-mula gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng hingga setengah masak dan ketepikan. 2. Dalam kuali yang sama goreng ayam tadi, cedok keluarkan minyak, tinggalkan sikit untuk menumis. 3. Tumiskan segala bahan kisar dan gaul rata hingga naik bau.
Ads
4. Masukkan cili kisar dan gaulkan rata.
5. Masukkan puri tomato, sos tomato juga sos cili. Gaulkan. 6. Masukkan rempah beriani. Saya guna rempah beriani dari Mak Siti.
7. Jika anda ada rempah khas untuk daging/ayam beriani lagi boleh. Jika ada kiub ayam boleh lah masukkan juga. 8. Masa masukkan rempah ni aromanya teramatlah wangi. 9. Sudah gaul rata kita masukkan ½ cawan susu cair. Gaul dan gaul lagi hingga rata.
.10. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaulkan.
11. Masukkan air secukupnya. Tak perlu banyak sangat, cukup lah biar nampak berkuah sikit.
Ads
12. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya. Gaul rata dan masak hingga kuah pekat.
13. Masukkan kismis, daun ketumbar juga bawang goreng. Gaulkan! Sedia untuk dihidang.
Resipi gulai rebung daging ini dikatakan kegemaran orang Perlis. Tengok pun kita dah tau sedap.
Paduan rasa rebung, kari daging yang pekat, ditambah pun dengan lemak memang lauk ini buat kita menambah nasi.
Jika terasa nak cuba lauk citarasa dari Perlis ini boleh buat sendiri ikut resipi yang dikongsi oleh Siti Murni Mat Judin.
Resipi gulai rebung daging
Bahan-bahan
1 kg daging dengan lemak
Rebung – digubah
2 bungkus rempah daging
2 sudu besar kerisik
1 kotak santan
Daun kari secukupnya
Info: Maksud rebung digubah adalah rebung dihiris namun jangan putus seperti dalam gambar. Kemudian rebus untuk membuang rasa masamnya.
Bahan tumis
3 biji bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (diketuk)
4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
Cara Penyediaan
1. Gaulkan daging dan lemak dengan rempah daging dan kerisik. Tambah sedikit air, gaul rata hingga sebati. Ini dipanggil “awas” daging dalam bahasa Perlis.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, dan halia bersama dengan 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga) sehingga wangi dan garing.
3. Setelah bahan tumis garing, masukkan daging yang sudah digaul dengan rempah tadi. Kacau dan pastikan daging dimasak sampai pecah minyak. Kacau sentiasa untuk elakkan hangit di bahagian bawah.
4. Setelah daging pecah minyak, masukkan rebung yang sudah direbus dan dibersihkan. Kacau rata.
5. Tambahkan santan dan sedikit air. Kacau lagi dan tunggu hingga mendidih. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah lagi air hingga mencapai ketebalan yang diingini.
6. Biarkan gulai mendidih dan pastikan santan masak sempurna, sehingga kuah jadi pekat dan berkrim seperti dalam gambar.
7. Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau rata dan biarkan seketika sebelum diangkat.
Petai atau dikenali sebagai Bitter Bean atau Stink Bean memang cukup terkenal dalam masakan Asia Tenggara dan dimakan sebagai ulam. Walaupun rasanya yang pahit dan akan menyebabkan kencing berbau tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat kita.
Hidangan petai paling pantas yang boleh kita masak. Tidak perlu bahan yang keterlaluan dan sangat senang untuk di masak. Rasa enak pahit petai, digabung dengan rasa masam, manis dan pedas. Sesuai makan dengan nasi putih atau untuk penggemar tegar petai boleh ratah begitu sahaja.
Untuk penggemar petai, enam koleksi resipi menarik ini yang boleh kita masak nanti:
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis ] kopek
200gm cawan isi petai
1 biji bawang besar ] hiris
1 sudu makan air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
4. Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
6. Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
7. Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
8. Angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 30 minit. Cara memasak: Goreng dan tumis. Keistimewaan: Enak dan pedas. Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong ] bersih dan buang kulit arinya
200gm isi petai
1 biji bawang besar ] hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan ] jika suka
CARA MEMASAK:
1. Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
2. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
4. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
5. Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
6. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
8. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 30 minit. Cara memasak: Tumis dan goreng. Keistimewaan: Enak, pedas dan kaya dengan rasa petai. Anggaran perbelanjaan: RM15
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis ] kopek
200gm isi petai
3 sudu makan tempoyak ] bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar ] hiris
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2. Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
5. Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
8. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 20 minit. Cara memasak: Goreng dan tumis. Keistimewaan: Enak dan pedas. Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur puyuh ] rebus dan buang kulit
200gm isi petai
1 biji bawang besar ] hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan ] jika suka
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
3. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
4. Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
7. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 30 minit. Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis. Keistimewaan: Sedap, pedas dan kaya dengan rasa petai. Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Selain telur puyuh boleh sahaja gunakan telur ayam biasa.
GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 papan petai muda ] kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
500gm udang saiz XL ] bersihkan
2 batang serai ] titik
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit ] carik-carik dan simpul
3 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
15 biji cili padi
2 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
2. Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
3. Tuangkan santan dan gaul rata.
4. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
5. Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
8. Gulai sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang. Waktu memasak: 20 minit. Cara memasak: Reneh. Keistimewaan: Pedas berlemak. Anggaran perbelanjaan: RM30
Info Chef: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.
Info: Boleh sediakan gula-gula atau penyegar mulut untuk mengelakkan mulut anda berbau.
IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
Bawang Putih (Hiris)
Bawang Holand (Hiris)
Petai (Belah dua)
Cili Api (Hiris)
Garam
Gula
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.
Ramai yg minta resipi rendang pedas Perak. Selalu buat tapi trlupa nak tangkap gambar step by step. Yg penting ramuan utama dan tips2 penting. Walaupun ramai yg ambil cara mudah iaitu dgn memblender semua ramuan, tapi kalau nak sedap, semua ramuan hendaklah di hiris halus.
Daun kunyit dimasukkan peringkat akhir sebelum diangkat. Ini petua penting yg kita perlu ikut. Cuma cili je di blend. Sukatan kita boleh agak2 mengikut amaun yg nak di masak.
Cuma santan mesti cukup dan bawang juga kena banyak baru sedap. Kita gunakan kelapa fresh yg ditumbuk dan bukan kerisik. Ini bahan yg boleh ditambah atau di kurangkan.
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam besar
3/4 kg santan pekat
15 – 20 ulas bawang kecil
2 inci halia
4 batang serai
1 inci lengkuas (x ada pun x pe)
3 helai daun kunyit yg lebar @ 4 helai sederhana.
Cili giling 3 sudu atau ikut citarasa kepedasan
3 sudu besar kelapa parut ditumbuk sedikit.
Garam secukupnya.
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan, masak atas api sederhana. Masak hingga hampir kering dan masukkan daun kunyit yg sudah di mayang.
*Rendang kerang memerlukan 1 kg santan setiap 1 kg isi kerang. Santan perlu cukup pekat. Kalau cair kena tambah.
Kredit: Puan Sharifah Shaari
Nak tahu ayam segar atau tidak? Rahsianya ada pada warna buntut ayam! Ketahui cara mudah bezakan ayam segar, ayam tak halal, dan ayam bangkai sebelum beli di pasar.