Pulang ke kampung , apa yang teringin selain menu kampung ialah kuih muih tradisi. Seronoknya dah boleh rentas negeri untuk menikmati makanan air tangan ibu. Bolehlah minta ibu membuatnya nanti.
Bahan-bahan:
1600ml santan sederhana pekat
2 helai daun pandan simpul
550gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
Cara memasak:
1.Masukkan bahan tadi ke dalam periuk. Masak api sederhana hingga nampak didih sikit.
2.Sentiasa kacau jangan tinggal nanti santan tu naik kepala.
3.Tutup api, ketepikan.
4.Bahagi sama banyak untuk 3 bahagian.Tuang dalam jug lagi senang.
Satu bahagian untuk putih, 2 bahagian untuk keladi. Saya guna pencelup perisa keladi dan satu titis je warna ungu.
5.Masukkan dalam jug.santan dahulu.
Ambil bekas.Masukkan 165g tepung ubi,85g tepung beras. Kalau ada pewarna putih masuk je sikit Masuk santan jug pertama dahulu .Gaul sebati,tapis. Ketepikan dulu.
Untuk santan jug ke2,keladi, sama juga dengan bahan di atas. Kacau sebati tapis ketepikan. Jug ke 3 sama juga bahannya tapi ikut step jug ke2.Masuk pencelup keladi dan pewarna ungu sikit je. Siap untuk dikukus.
Panaskan kukusan.Sapu minyak pada loyang.lapik plastik. kalau separuh guna loyang 6 -7 inci ok dah. Mula melapis keladi dahulu.150ml satu lapisan. Setiap lapisan kukus 5 minit
Lapisan kedua pun guna perisa keladi. Hingga step ke 5 atau hingga habis
Kalau nak tahu lapisan tu dah masak ke belum.guna sudu.Letak atas lapisan. Kalau dah tak melekat masak dah tu.
Tuang lapisan seterusnya Tuang lapisan putih semua sekali. Kukus dalam 6 ke 7 minit.Test dengan sudu.
Kemudian lapis balik adunan keladi. ulang hingga habis.
Lapisan akhir kukus lama sikit. Lebih kurang 20 minit.
Pastikan air kukusan tak menitik. Lima minit sekali angkat dan lap.
Siap. Sejuk baru potong. Kena guna pisau plastik.bungkus pulak dengan plastik supaya senang nk potong.
Kredit: Iedaa Jahaya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasi Arab Mandy Sos Harrah Berperisa Luar Biasa
Selalunya resipi nasi arab mandy ni sos harrah rasa kurang berperisa, tapi kalini resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira di facebook di olah sedikit resipinya supaya lebih ada rasa luar biasa sos harrah tu. Resipi ni banyak cara penyediaannya tapi kalau dah siap masak gerenti sedap baunya bertambah makannya. Jom kita cuba resipi ini.
RESIPI NASI ARAB MANDY
BAHAN-BAHAN:
½ kilo beras basmati dibilas dan rendam setengah jam lalu toskan. – BELI DI SINI
Minyak masak secukupnya untuk menumis – BELI DI SINI
3 biji bawang merah tak perlu hiris – BELI DI SINI
5 ulas bawang putih tak perlu hiris – BELI DI SINI
1 sudu kecil biji lada hitam – BELI DI SINI
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji cengkih
4 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah nasi arab
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang putih
1 biji tomato – BELI DI SINI
4 sudu besar sos cili – BELI DI SINI
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak, Tumis semua bahan diatas kecuali bahan kisar. Setelah bawang layu masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan beras dan air rebusan ayam perisakan dengan sedikit garam, gula. Sukat air dan masak nasi seperti biasa. Nasi separuh masak boleh Masukan 2-3 batang cili hijau atasnya dan beberapa ketul daging/ayam yg telah masak
BAHAN UNTUK AYAM DAN SUP:
1 ekor ayam potong 4
4 biji bawang putih tak perlu hiris
1 biji bawang besar potong 4
4 keping hirisan halia
5 biji lada hitam
2 biji kiub pati ayam
sedikit garam, gula
Sedikit perwarna saffron
Air secukupnya. Pastikan air lebih sebab air rebusan ini akan digunakan juga utk masak nasi
CARA PENYEDIAAN:
Masukkan semua bahan diatas dalam periuk. Rebus hingga ayam masak.
BAHAN KISAR PES AYAM PANGGANG:
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar rempah nasi arab
6 sudu besar minyak masak,Garam, gula secukup rasa. Kisar semua bahan ini dan ratakan pada ayam yang telah direbus tadi lalu panggang/goreng hingga perang siap.
SALAD ARAB:
3 tangkai daun ketumbar dihiris
2 biji bawang merah dipotong dadu
1 biji tomato hiris dadu
½ batang timun Jepun dihiris dadu
1 bekas kecil yogurt plain
½ sudu kecil serbuk lada hitam dan sedikit garam
CARA PENYEDIAAN:
Satukan semua bahan diatas dalam satu bekas dan kacau sebati.
SOS HARAH:
2 tangkai daun ketumbar
10 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
4 keping hirisan halia
sedikit air rebusan ayam
sedikit perahan lemon dan garam, gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
Kisar semua bahan diatas siap
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Resipi Lauk Pauk Sesuai Masak Di Hujung Minggu.
Hujung minggu adalah waktu bagi kaum ibu untuk masak pelbagai hidangan istimewa buat keluarga. Maklulah pada hari biasa masing-masing sibuk dengan tugasan serta kerjaya. Jadi bila tiba hari cuti, haruslah dimanfaatkan sepenuhnya. Khas buat anda, RASA kongsikan idea masakan yang anda boleh hasilkan di hujung minggu ini. Selamat mencuba!
1. SAMBAL SOTONG BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
6 ekor sotong segar ] bersihkan dan potong mengikut kegemaran saiz kegemaran anda
3 sudu makan santan pekat
6 ulas bawang merah ] tumbuk halus
2 ulas bawang putih ] tumbuk halus
1cm halia ] tumbuk halus
5 sudu makan cili giling
1 labu bawang besar ] dihiris
1 sudu teh pes asam jawa ] larutkan dengan 100ml air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan satu sudu makan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk halus dan cili giling hingga garing. Gunakan api yang sederhana. Kacau selalu sehingga pecah minyak.
2. Masukkan sotong yang telah dihiris dan garam. Kecilkan api dan gaul lagi. Biar sambal mereneh. Kacau dan masukkan bawang besar dan santan pekat.
3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Gaul dan reneh sehingga kuah pekat.
4. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Gula nipah atau gula apung lebih sedap untuk sambal ini. Sotong boleh direndam dalam air halia yang ditumbuk sebelum menumis bagi mereka yang ada alahan kepada sotong.
2. UDANG MASAK GULAI KERISIK
BAHAN-BAHAN:
500gm udang segar bersaiz sederhana
30gm nanas mengkal separuh masak dipotong kecil
1 biji bawang besar dihiris kasar
4 ulas bawang merah | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
8 ulas cili padi | ditumbuk
2 biji cili masak | ditumbuk
2 cm halia | ditumbuk
250ml santan pekat
150ml air
1 sudu teh serbuk kunyit
50gm kerisik
Sehelai daun kunyit disiat kasar
Garam dan gula mengikut cita rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan yang telah ditumbuk, hirisan bawang besar, nanas, serbuk kunyit, daun kunyit, separuh daripada santan dan air di dalam periuk dan masak hingga mendidih pada api yang sederhana dan dikacau selalu.
2. Kemudian tuangkan baki santan dan baki air yang tinggal serta kacau lagi sehingga kuah mendidih. Pastikan santan tidak berketul.
3. Setelah nanas telah empuk, baru dimasukkan udang, kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar sesuai rasa. Kacau rata.
4. Kecilkan api dan reneh seketika gulai dan kacau selalu sehingga kuahnya pekat.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika suka pedas, boleh tambah jumlah cili padi.
3. SUP GEAR BOX
BAHAN-BAHAN:
2 kg Tulang lembu Gear-Box
5cm halia ] dititik
1 biji bawang besar ] dihiris
3 ulas bawang putih ]ketuk
1 bungkus sup bunjut
2 sudu makan serbuk ketumbar ]jadikan pes
1 sudu makan serbuk jintan manis ] jadikan pes
1 sudu makan serbuk jintan putih ]jadikan pes
2 biji buah pelaga
1cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1kuntum bunga lawang
5 biji cili padi ] ketuk
Sedikit bawang goreng ] hiasan
Daun sup secukupnya ] hiasan
Air limau nipis secukupnya
Air untuk merebus secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Di dalam sebuah periuk, rebus tulang sampai empuk. Setelah empuk, angkat tulang dan ketepikan.
2. Masukkan sup bunjut, halia dan bawang besar di dalam rebusan sup. Teruskan mereneh menggunakan api yang kecil. Ketepikan.
3. Ambil kuali dan letakkan dua sudu makan minyak masak dan tumis rempah empat sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengih dan bunga lawang secara berasingan. Kemudian masukkan pes rempah serta bawang putih dan halia yang dititik. Setelah naik bau wangi, tuangkan bahan goreng ini ke dalam periuk air rebusan tulang.
4. Kacau dan didihkan. Masukkan semula tulang tadi ke dalam sup. Perisakan garam dan gula.
5. Tuang air limau nipis dan suaikan rasanya.
6. Masukkan beberapa biji cili padi yang diketuk dan suaikan rasa pedasnya. Dalam mangkuk besar, masukkan tulang dan taburkan daun sup serta bawang goreng sebagai hiasan.
Info Chef: Untuk cepat empuk tulang,rebus menggunakan periuk tekanan.
4. KERANG MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
1kg kerang segar ] cuci hingga bersih
100gm cili giling
6 ulas bawang putih ]cincang halus
5cm halia muda ]cincang halus
50gm sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
15 biji cili padi ] dihiris
150ml kicap pekat manis
2 sudu makan tepung jagung ] larutkan dengan 80ml air
Sedikit hirisan daun bawang dan lada sulah
Garam, gula dan cuka secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis cili giling, bawang putih serta halia hingga garing.
2. Masukkan sos tiram, minyak bijan dan kicap pekat manis dan gaul rata. Setelah itu perasakan dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
3. Kemudian masukkan kerang dan gaul selama lima minit.
4. Curahkan bancuhan tepung dan gaul hingga kuah pekat. Masukkan hirisan cili padi dan daun bawang.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Elakkan menabur bawang goreng dan daun sup kerana masakan ini adalah ala cina dan jika mahu, lebih sesuai ditabur daun ketumbar.
5. AYAM GORENG DAUN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
Dua keping isi ayam | dipotong saiz 4cm sebanyak 8 keping
4 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia | dikisar
1.25cm lengkuas | dikisar
2 batang serai dihiris | dikisar
1.25cm kunyit hidup | dikisar b
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula
Daun pandan secukupnya
Lidi pencucuk secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan bahan kisar dengan kepingan ayam. Perasakan dengan sos ikan dan gula. Perapkan semalaman di dalam peti sejuk ( chiller ). Ketepikan.
2. Ambil sehelai daun pandan dan balutkan seketul ayam yang diperap dan sematkan lidi supaya daun tidak tertanggal semasa menggoreng. Ulangi langkah hingga selesai.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak dalam masa 15 minit hingga garing.
4. Angkat dan tos.
5. Sedia dihidangkan.
Info Chef: Pastikan daun pandan dilayurkan dahulu supaya mudah membalut ayam.
6. AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |belah lapan, digaram sedikit dan digoreng
1 sudu makan serbuk ketumbar | dijadikan pes rempah
1 sudu makan serbuk jintan putih | dijadikan pes rempah
1 sudu makan serbuk jintan manis | dijadikan pes rempah
4 ulas bunga cengkih | rempah penumis
4 ulas buah pelaga | rempah penumis
1cm kulit kayu manis | rempah penumis
2 ulas bawang putih | dihiris
5 ulas bawang merah | dihiris
10 cili kering direndam | dikisar
2 biji buah keras | dikisar
2.5cm kunyit hidup | dikisar
3 batang serai dihiris | dikisar
1.25cm lengkuas dihiris | dikisar
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Lumur ayam dengan sedikit garam dan goreng garing. Ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak baki menggoreng ayam dan tumislah bahan penumis, pes rempah, hirisan bawang tadi. Tumis hingga naik bau wangi.
3. Masukkan pula bahan kisar dan gaul rata. Goreng di atas api yang sederhana. Setelah itu perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ayam dan reneh di atas api kecil sehingga kering dan garing.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: juadah ini memerlukan anda bijak dalam mengawal asam garamnya untuk mendapatkan rasa yang sesuai sekali.
7. UDANG MASAK TOMATO
BAHAN-BAHAN:
500gm udang segar|bersihkan
5 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang putih | dikisar halus
5cm halia muda | dikisar halus
3 batang serai dihiris | dikisar halus
2 sudu makan cili boh
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1cm kayu manis
50ml sos tomato
50ml sos tiram
80gm bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang yang telah dilumur sedikit garam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan kira-kira dua sudu makan minyak baki menggoreng udang tadi dan tumis buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis hingga naik bau wangi. Masukkan pula cili boh dan gaul hingga garing.
3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis hingga naik bau.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram , kecilkan api dan teruskan menumis. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali, masukkan udang goreng bersama bawang goreng dan gaulkan sebati.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika tidak suka, tidak perlu masukkan bawang goreng.
8. SOTONG BAKAR SUMBAT SAMBAL
BAHAN PES SUMBAT SAMBAL:
800gm sotong
5 biji cili masak | dikisar kering
3 biji cili padi | dikisar kering
5cm lengkuas | dikisar kering
3 ulas cili padi | dikisar kering
3 batang serai dihiris | dikisar kering
8 biji bawang kecil | dikisar kering
2 biji bawang putih | dikisar kering
5cm halia | dikisar kering
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil jus limau nipis
½ biji kelapa parut
1 helai daun kunyit diracik halus
Garam dan gula secukupnya
Lidi untuk menyemat sotong
Foil aluminium secukupnya untuk membungkus sotong
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sotong dan tos. Ketepikan.
2. Di dalam satu mangkuk, bahan yang telah dikisar kering digaulkan dengan serbuk kunyit, jus limau nipis, kelapa parut dan daun kunyit sehingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ini menjadi bahan inti kepada sotong tadi. Ketepikan.
3. Ambil sotong, sumbat bahan inti ke dalam sotong sepenuh mungkin dan sematkan lidi. Pastikan inti tidak terkeluar. Ulangi langkah hingga selesai.
4. Ambil selembar kertas aluminium dan letakkan sotong di tengahnya serta taburkan baki inti di atas sotong-sotong tadi. Bungkus sotong dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 celcius selama 25 minit atau dibakar hingga masak.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika tidak ada ketuhar, boleh bakar menggunakan kuali pemanggang ajaib.
Resipi Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim Buat Sendiri Di Rumah Puas Hati.
Sedapnya aiskrim kacang merah! Teringat dulu admin masa kecil, tunggu uncle jual aiskrim naik basikal lalu semata-mata nak beli aiskrim kacang merah tu sebab memang sedap kacang merah memang banyak! Zaman dulu Rm1.20 je dah merasa aiskrim kacang merah sedap kalau zaman sekarang macam susah je nak dapat aiskrim sedap tak kedekut bahan memang mahal sedikit. Terima kasihlah untuk Raja Amanina sudi berkongsi resipi aiskrim kacang merah yang lemak berkrim ni di Facebook. Senang sikit untuk admin lepasni cuba buat sendiri je di rumah. Korang pun boleh cuba resipi ni di rumah!
AISKRIM KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
-4 cawan kacang merah (rendam sekejap)
*rebus kacang merah hingga lembut & empuk
*blend & kisar kacang merah bersama 2 cawan air
Bahan A
-2 cawan gula
-sehelai daun pandan
-7 cawan air
Bahan B
-2 sudu besar tepung ubi
-3 sudu besar tepung jagung
-1/2 cawan air
*bancuh tepung jagung&tepung ubi dengan air
Bahan C
-1/2 cawan susu pekat
-2 kotak kecil santan kara (200ml+200ml)
-1/2 sudu kecil garam
-sedikit pewarna merah
Dapatkan TELEKUNG RAWDAH NAYLA SET dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!!!
CARA PENYEDIAAN:
Masak bahan A hingga gula larut dan mendidih
Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga sebati
Masukkan kacang merah yang dikisar
Masukkan bahan2 C whisk hingga sebati masak hingga mendidih
Perasakan gula(nak manis boleh lebihkan gula)
Tutup api dan sejukkan
Isikan dalam plastik aiskrim dan bekukan
P/s : Resepi Aiskrim kacang merah lemak berkrim.. Lagi banyak kacang lagi sedap makan sejuk sejuk laju je kan masuk mulut. Ais tu nak bagi gebu nina masukkan tepung jagung & tepung ubi.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Raja Amanina
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Popia Ketam Salju Snek Ringan Vietnam Yang Mudah Disediakan
Resipi Kek Batu Marmar Bukan Sekadar Cantik Tapi Memang Sedap!
Resipi Sambal Tempe Bilis Kacang Ratah Gitu Boleh Licin Habis Raih 14K Perkongsian.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion Majalah Rasa