Pergi ke pasar malam wajib beratur membeli ayam goreng uncle Bob. Kerangupannya memang buat ketagih nak makan. Kalau dah itu jadi kesukaan anak-anak, apa salahnya buat sendiri lagi puas makan. Makan ketika panas memang best.
Ayam Gunting
Bahan-bahan: Ayam-beli bahagian dada yang dah dibuang tulang.Potong nipis.Perap ayam dengan;
Langkah 1 4 sudu sos tiram 2 sudu serbuk BBQ cosway/2 sudu sos black paper kimball 2 sudu jus lime/perahan lemon Perap selama 1 jam
Ads
Langkah 2 Gaulkan bahan-bahan untuk salutannya; Tepung Bistari pedas/ori Tepung ubi/tepung beras Sedikit serbuk roti Agak-agak banyak mana nak guna bergantung pada kuantiti ayam
Langkah 3 Serbuk cili dan serbuk lada putih tu untuk ditabur pada ayam yang dah siap di goreng nanti.
Langkah 4 Gaulkan ayam yang diperap tadi pada tepung gorengan yang dah siap dicampur. Tumbuk-tumbuk sikit isi ayam tu bagi tepung melekat pada isi ayam dan padu supaya nampk cantik bila digoreng nanti.Nak tumbuk-tumbuk guna penumbuk tangan pun boleh.
Ads
Langkah 5 Ayam yang dah siap digunting-gunting. Kredit:Zaitun Abd Hamid
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ada peminat ayam goreng Korea? Memang sedap makan ayam style Korea ni. Rasanya menawan selera dan teksturnya pula rangup. Kali ini RASA kongsikan resipi ayam cripsy dengan cita rasa Korea. Lagi sedap kalau buat sendiri kat rumah. Puas makan. Nak buat pun senang je.
AYAM KOREA CRISPY
BAHAN-BAHAN
• 2 ulas bawang putih
• 2 inci halia
• Sedikit lada hitam
• 1 ekor ayam (potong kecil)
• 1 biji telur ayam
• Setengah mangkuk tepung gandum
• Setengah mangkuk tepung jagung
• 2 cawan minyak masak
• 2 ulas bawang putih (didadu)
• 1 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar madu
• 1 sudu besar gula perang
• Secubit garam
• 1 mangkuk kecil bijan
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk bawang putih, halia dan hitam. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
2. Masukkan telur ayam, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi sampai betul-betul rata.
3. Panaskan minyak masak. Goreng secara deep fry. Angkat dan ketepikan.
4. Untuk buat kuah, panaskan minyak masak di kuali. Tumiskan bawang putih yang dipotong dadu.
5. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang dan garam. Kacau rata.
6. Masukkan bijan dan gaul sebati.
8. Akhir sekali, apabila kuah sudah masak, masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Burger tepi jalan memang rupanya tak menarik, sos meleleh-leleh tapi rasanya memang terbaik. Lagi sedap daripada burger yang dibeli restoren makanan segera.
Sambil pesan burger kita juga selalu memerhati penjual membuatnya, nampak senang kan. Tapi bila buat sendiri tak menjadi pula, tak sesedap burger yang kita beli di tepi jalan.
Selepas ini kalau nak buat lagi sekali, ikut tip yang dikongsi oleh peniaga burger sendiri, baru rasanya sama sedap. Nak berniaga burger pun boleh guna cara ini ya.
Burger tepi jalan, boleh cuba buat di rumah
Perasan tak, biasanya kalau beli burger di gerai tepi jalan, luar biasa sedapnya, berbanding yang buat sendiri di rumah.
Rasanya berbeza daripada segi rasa sosnya, keenakkan dagingnya mahupun rotinya yang garing. Ada 12 Tip masak burger yang dikongsikan oleh peniaga burger Adie Redzuan.
Kalau hendak buat berniaga, jual lah burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap baru boleh kekal lama dalam berniaga.
1.Berat daging
Wajib guna daging 70g. Tak payah nak jimat sangat. Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahai, daging nipis, apa cerita?
2. Jangan tekan
Masak daging, jangan tekan semasa menggoreng. Bila tekan jus daging akan keluar. Sebab itu daging jadi kering. Alih-alihkan saja, letak marjering sikit, sikit ja. Jangan sampai banjir sebab dalam daging itu sendiri dah ada minyak.
3. Letak perasa
Daging burger kena lubang-lubangkan. Tak perlu belah tengah pun tak mengapa. Kemudian letak seasoning. Boleh guna Lea and Peirin, letak lada sikit, terangkat la.
4. Letak air bawang putih
Air bawang putih ini untuk menggantikan jus daging yang hilang. Jadi, daging akan jadi juicy. Curah sikit semasa daging dah masak. Cara membuatnya, potong bawang putih, letak dalam air kosong. Masukkan dalam botol, penutup botol buat lubang-lubang sikit.
5. Api sederhana
Guna api sederhana. Api yang kuat juga akan keringkan daging.
6. Roti sapu marjerin
Pastikan roti letak marjerin penuh dan terus letak ja atas kuali. Jangan tekan, jangan meleperkan roti.
7. Lettuce iceburg ganti kobis
Sayur boleh guna ikut cita rasa, selalu orang pakai kobis. Tapi semasa meniaga dulu pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi payah nak dapat hari-hari la. Harga pun agak mahal sikit.
8. Jenis sos
Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top pakai Longson. Payah nak jumpa kot. Kalau di Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai Longson. Sebab tu kebab mereka sedap.
9. Mayones
Mayo pulak paling best pakai Nelly. Mahal tapi sapu sikit ja, jangan tuang macam Ladys Choice tu. Sikit pun dah berasa.
10. Keju
Untuk cheese,boleh pakai smoke bbq. Apa-apa brand pun boleh. Rona dia oren. Mahal sikit, tapi memang berasa cheese dia. Pernah tak beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese, pasal guna cheese murah.
11. Sos Lada Hitam
Blackpepper sos kalau boleh masak la sendiri. Elak beli yang dah siap sebab tak berapa sedap. Mudah saja, masak butter dengan tepung gandum, sampai naik bau sedap. Selepas itu, masukkan oyster, lada hitam kasar, kicap cair, chicken stock, garam. Perasakan dan celup daging dalam kuah blackpepper.
12. Susunan lapisan burger
Akhir sekali aturan letak sayur, sos, mayones. Yang ini kajian sendiri. Sos dengan mayones kalau boleh asingkan. Mayones bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang beza. Kalau cheese, letak atas daging yang panas. Bagi cheese cair melekat kat daging.
Senang cerita, kita buat burger, kita sendiri rasa. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap.
Bila musim hujan, menu apa yang sedap untuk dinikmati? Sudah tentu maggi kari. Kalau buat maggi kari begitu tidaklah enak jika dibandingkan jika ia ditumis. Rasanya sedap ya ampun.Layan pula depan televisyen sambil tengok movie, memang licin sepinggan.
MAGGI KARI
Bahan-bahan: Maggi kari Bawang putih Bawang Holland Cili padi Udang Perencah maggi Air limau 1 biji telur
Cara memasak:
1.Tumiskan bawang putih, bawang Holland dan cili padi.
2.Masukkan udang atau apa-apa rencah pilihan.
3.Masukkan sambal. Korang guna je mana-mana sambal tumis yang korang ada. Sambal ayam penyet ke, sambal nyet, sambal berlada pun boleh.
4
4.Gaul hingga sekata.
5.Masukkan air, kemudian masukkan perencah maggi kari.
6.Sedikit air limau.
7.Masukkan maggi dan sayur pilihan. Besarkan api.
8.Sebelum maggi lembut, perlahan api, pecahkan sebiji telur. Kemudian kuat kan api semula.Nak biarkan telur seketul tu pun boleh, nak kacau-kacau pun boleh.
Nak buat roti homemade yang lembut dan gebu? Cuba resipi Wool Roll Bread ini. Mudah, sedap dan hasilnya macam roti bakeri profesional! Ikuti langkah-langkah lengkap di sini.