
Ayam Bakar Berempah bukan sahaja sedap dimakan bersama nasi tetapi diratah begitu sahaja pun ‘best.’ Paling utama untuk mendapatkan Ayam Bakar Berempah yang ‘super sedap’ tentulah bahan perapannya. Kalau rasa nak cuba buat sendiri Ayam Bakar Berempah, jomlah kita cuba buat ikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Zaini Talib
RESIPI AYAM BAKAR BEREMPAH
BAHAN UTAMA:
1 ekor ayam dipotong 16
BAHAN-BAHAN (UNTUK DIKISAR)
4-5 biji bawang merah
4-5 ulas bawang putih – BELI ONLINE
1 inci halia – BELI ONLINE
Gula Melaka – BELI ONLINE
Ketumbar
Jintan manis – BELI ONLINE
Serbuk kari daging
Serbuk kunyit
2 batang serai
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Selepas semua bahan dikisar, perap ayam dengan bahan kisar tersebut. Jika mahu lagi sedap, elok perap selama 24 jam. Boleh tambah sedikit madu dalam bahan perapan untuk bagi ayam lagi sedap.
2. Bakar ayam dengan suhu 200C selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu ke 180C. Masak lebih kurang 40 minit. Bolehlah dihidangkan ketika masih panas.
Sumber kredit: Zaini Talib
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sate Ayam Homemade, Guna Seekor Ayam Pun Dah Boleh Dapat Banyak Cucuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Resipi Pes Ni Pastinya Akan Mudahkan Kerja-Kerja Memasak Anda. Berbaloi Cuba!

Memasak tidaklah begitu sukar tetapi proses penyediaannya yang mengambil masa. Menerusi perkongsian oleh Puan Sapina Shahabudin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan enam resipi pes yang pastinya memudahkan kerja-kerja memasak. Ada pes Nasi Goreng Ikan Bilis, pes Sambal Tumis/ Asam Pedas, pes Kari Ikan, pes Ikan Bakar dan Sos Lada Hitam.
Semuanya anda boleh hasilkan dan simpan dalam peti sejuk. Guna bila-bila masa yang anda inginkan.
1. PES IKAN BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- Cili kering
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Serai – hiris nipis
- Sedikit belacan
- Kunyit hidup
- Daun kunyit – hiris
- Air asam jawa secukupnya
- Gula dan garam secukup rasa
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai, sedikit belacan dan kunyit hidup hingga halus.
- Panaskan kuali dan tumis bahan kisar tadi dengan sedikit minyak.
- Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
- Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
2. PES SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN:
- Cili kering
- BAwang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Belacan
- Gula melaka/ gula putih
- Air asam jawa secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan.
- Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
- Masukkan garamdan perisa. Tutup api.
3. PES GULAI IKAN
BAHAN-BAHAN:
- Bawang merah – hiris halus
- Bawang putih – hiris halus
- Halba campur
- Daun kari
- Air asam jawa
- Garam
BAHAN KISAR:
- Rempah kari ikan
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Sedikit cili kering
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
- Masukkan bahan kisar. Kacau rata.
- Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
- Untuk menggunakan pes ini cuma tambahkan santan, ikan bersama bendi/terung/timun dan sebagainya.
4. KUAH LADA HITAM @ BLACK PEPPER
BAHAN-BAHAN:
- Bawang besar
- Ubi kentang
- Mentega
- Sos lada hitam
- Sos tiram
- Kicap
- Serbuk lada putih
- Gula dan garam secukup rasa
- Sedikit tepung jagung – bancuh dengan air untuk pekatkan kuah.
CARA MEMASAK:
- Rebus bawang besar dan ubi kentang sehingga lembut. Bila sejuk, kisar sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
- Panaskan kuali dan cairkan sedikit mentega.
- Masukkan ubi kentang dan bawang yang dikisar tadi.
- Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap.
- Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam.
- Masukkan juga sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah.
- Masak hingga pekat dan naik bau.
- Sos ini enak dimakan bersama kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya.
5. PES NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- Ikan bilis – dibuang tulang
- Bawang merah
- Bawang putih
- Segenggam cili padi
- Kiub pati ikan bilis
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Kisar ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat.
- Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
- Masukkan kiub pati ikan bilis. Kacau sebati hingga pes jadi agak pekat dan kering. Padamkan api.
- Pes ini boleh digunakan untuk menggoreng nasi. Semasa memasak, boleh tambah bebola ikan, udang, sotong, isi ayam serta sayur-sayuran bagi menjadikan masakan anda lebih enak.
6. PES ASAM PEDAS TUMIS
BAHAN-BAHAN:
- Cili kering
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Kunyit hidup
- 1 biji tomato- dibuang biji
- Sedikit belacan
- Serai – diketuk
- Gula, garam dan perasa secukupnya
- Air asam jawa
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, tomato dan sedikit belacanhingga halus.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
- Masukkan serai yang diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
- Tambahkan garam serta perasa dengan secukupnya.
- Untuk menggunakan pes ini, hanya ambil mengikut jumlah yang diperlukan, tambah air dan masukkan daun kesum serta ikan. Boleh juga menambah sayur-sayuran seperti bendi dan timun. Biar hingga mendidih dan padamkan api. Bolehlah dinikmati.
NOTA: Bahan-bahan dalam penghasilan pes adalah bergantung kepada jumlah yang anda guna. Sesuaikan ikut citarasa masing-masing.
Kredit resipi & foto: Sapina Shahabudin
Ayam Buttermilk Sedap Lemak Berkrim

Isi Kandungan
ToggleAyam buttermilk yang sedap ini mudah saja cara penyediaannya. Musim cuti sekolah begini, tentu ramai mak yang pening memikirkan apa hidangan untuk dimasak kepada anak-anak di rumah.
Anak-anak pula kebanyakannya memang suka makan ayam. Tapi kalau asyik masak ayam goreng saja pun bosan juga. Nak juga variasikan masakan.
Resepi ayam buttermilk ini pastinya menjadi kesukaan anak-anak kerana rasanya yang lemak manis. Memang sedap. Bukan saja anak-anak, orang dewasa pun turut menyukaikan.
Jom semak bahan-bahan dan cara membuat ayam buttermilk yang sedap ini oleh puan Ummi Azilla
BAHAN-BAHAN AYAM BUTTERMILK:
3 ketul ayam bahagian dada – dipotong kecil sebesar ibu jari
BAHAN PERAP:
1/2 cawan tepung Bistari
1 biji telur
Sedikit air (secukupnya)
BAHAN SALUT:
1 cawan tepung Bistari
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/3 sudu teh garam
1/3 sudu teh serbuk cili
BAHAN UNTUK KUAH AYAM BUTTERMILK:
4 sudu makan buttercup@ 125gram
2 tangkai daun Kari
1 tin susu cair
7 ulas bawang putih – ditumbuk kasar
2 labu bawang besar – dihiris halus
1sudu teh garam atau secukupnya
1/3 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan gula perang
Sedikit serbuk Maggi Cukup Rasa
1 Sudu makan tepung gandum – bancuh dengan 200ml air
10 biji cili padi – ditumbuk kasar (pilihan)
CARA MEMASAK:
1.Ayam yang telah dipotong kecil tadi diperap dengan bahan perap selama 1 jam, kemudian digaul @ disalut dengan bahan salut dan digoreng hingga keperangan, angkat dan toskan. Ketepikan.
2.Cairkan mentega, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun Kari sehingga keperangan.
- Masukkan susu cair, garam, gula dan Maggie cukup rasa, Kacau hingga sebati.
- Masukkan tepung jagung, Kacau sehingga likat.
- Angkat, tuangkan di atas ayam goreng tadi, siap untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Resipi Viral Pilihan Ramai, Sosej Homemade Sihat Tiada MSG.

Isi Kandungan
ToggleSosej antara makanan sampingan yang sedap dimakan, tetapi jika kamu kerap makan sosej sejuk beku yang di jual di pasar raya, ia mungkin mempunyai nilai bahan pengawet yang tinggi dan tidak sesuai dinikmati oleh anak kecil. Cuba resipi viral yang dibuat secara homemade ni, memang bagus dan paling penting tiada msg!
SOSEJ AYAM BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
- Sebiji ubi kentang
- 4-5 ketul dada ayam
- 2biji telor
- Apa2 sayuran (saya letak daun sup + carrot)
- Sebiji bawang besar
- 4-5 ulas bawang putih
- Sedikit lada hitam, lada sulah dan garam
- Tepung ubi 4sudu bancuh dgn air stgh gelas
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua dan bland,
- Masukkan bahan2 tersebut kedlm plastik aiskrim ikat hujung kiri dan kanan
- Kemudian rebus dlm 10-15 min
- Goreng jika nak makan
- Yang lebih boleh simpan
Kredit resipi & gambar : Naa Rohzurina (MAHN)
SOSEJ HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping dada ayam berat agak2 200g setiap satu
- Sebiji bawang besar atau bawang kecik pon boleh letakla 3 ke 4 biji
- Cili kering 2 jika suka pedas saya tak letak nak bagi anak makan..
- 4 ulas bawang putih
- Sedikit lada hitam jika suka
- Sedikit garam
- 2 biji telur
- * 4 sudu tepung ubi
- Sedikit serbuk oregano jika suka
- Sedikit daun ketumbar -saya tambah sebab suka
- Sayur sayur macam carrot mushroom jika suka..saya takda stok tak letak..saya tambah capsicum (cili benggala) sikit tu ja ada
CARA MEMASAK:
- Potong kecik2 ayam..dan bahan2 lain kecuali tepung ubi * kemudian masukkan dalam food processer..blend halus kesemuanya ..
- Kemudian masukkan dalam bekas dan tambah tepung ubi..
- Kacau sebati..
- Masukkan adunan ayam dalam piping beg.
- Kemudian paip masuk dalam plastik aiskrim atau boleh paip atas cling flim dan gulung ketat2 ..pintal kedua dua hujung ..sebab nak bentuk ala2 sosej kenn…
Proses nak masukkan dalam plastik aiskrim tu kena sabaq jugak na sebab tak senang sangat sebab bila padat takda ruang udara susah nak penuhkan plastik eskim- sebab tu sosej kita pendek2 tu ja 🤣🤣🤣 heehe tapi takpa buat slow slow dah dapat rentak mudahla jadinya..buat sampai habis.. - Dah siap boleh la direbus atau dikukus lebih kurang 15minit atau sehingga masak ya…saya kukus..
TIP: kot kot..kalau yg tak mau kukus atau rebus pakai plastik ala2 health conscious bolehla frozen dulu bagi keras..then buang plastik baru rebus atau kukus…tapi saya rebus ja terus…sekali sekali ja nak buat..insyaAllah yakin😁…
Ok dah siap dah sosej kita..nak makan mcm tu saja pon bolih..nak grill sat pon boleh na..yang lebih tu bulihla nak frozen..
SELAMAT MENCUBA 😍
Kredit resipi & gambar: Liyana Isa
SOSEJ AYAM HOMEMADE
Bahan-Bahan:
Bahan A:
- Isi ayam bahagian dada
- Bawang
- Telur
- Carrot
+ Kisar kesemua bahan A
Bahan B:
- 3 sudu tepung ubi
- 1 sudu kecil garam
- Lada hitam sedikit
- Lada putih sedikit
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan A dalam bekas , dan gaulkan dengan tepung ubi 3 sudu + lada hitam + lada putih.
- Masukkan dalam plastik piping, dan picit masuk ke dalam plastik aiskrim.
- Ikat dan kukus selama 10 minit. Bila dah sejuk, buka dari plastik aiskrim dan sejuk bekukan. Bolehlah digoreng atau dimasak mengikut selera anda.
Resepi Oleh: Sabariah Hussain Kredit olahan resipi dan gambar: Nor Suhaida Nor Suhaida
GIANT SOSEJ HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 ketoi isi dada ayam
- 1/2 cawan daun bawang
- 1 sudu besar serbuk lada sulah
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- 1 biji bawang holand
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji telor ayam
- 2 sudu besar tepung jagung
- Garam sesudu kecik
CARA MEMASAK:
- Semua bahan diatas dikisar lumat..
- Kemudian boleh bentuk sosej mengikut saiz yang anda sukai..
- Dah bentuk sosej..kemudian rebus sosej dalam masa 10 minit..
- Dah sejuk sosej yg direbus..boleh goreng..
Kredit resipi & gambar: qasehgaram