Ayam bakar berempah paling senang ini memang pilihan terbaik kalau nak masak lauk sedap tanpa renyah. Guna bahan dapur biasa saja, tapi hasilnya sangat memuaskan, isi ayam lembut, luar garing berempah, bau semerbak satu rumah!
Cara masak pun ringkas, gaul, perap dan terus bakar. Tak perlu panggang bara pun dah boleh dapat ayam bakar ‘style kedai’.
Ads
Resipi ini sesuai untuk dijadikan lauk utama makan tengah hari atau malam. Nak buat untuk jamuan pun boleh sangat. Apa yang penting, jangan tinggal langkah sapu mentega akhir, itu rahsia ayam nampak berkilat, ‘juicy’ dan bertambah aroma.
Resipi ayam bakar berempah paling senang
Bahan-bahan
1 ekor ayam, potong 4
1 ulas bawang putih – kisar
2 cm halia – kisar
1 biji bawang merah – kisar
4 sudu besar gula merah
1 kiub ayam – dihancurkan
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk jintan manis (kasar, dikisar)
1 sudu besar serbuk jintan putih (kasar, dikisar)
3 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar mentega
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
1. Gunakan pisau tajam dan buat potongan halus atas ayam supaya rempah mudah meresap.
2. Gaul semua bahan kisar dan rempah dengan ayam. Perap sekurang-kurangnya 2 jam untuk rasa lebih sebati.
Ads
3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 250°C selama 60 minit, atau hingga masak sempurna.
4. Keluarkan dan terus sapukan mentega atas ayam ketika masih panas. Siap untuk dihidang!
Ads
Tip RASA
Boleh juga bakar dalam air fryer (suhu 200°C, 35-40 minit) ikut saiz ketulan ayam.
Kalau suka lebih pedas, tambahkan cili kering kisar dalam perapan.
Mentega bukan saja bagi kilat, tapi juga buat ayam lebih moist dan harum.
Resipi AYAM MASAK MERAH antara menu yang sering ada tiap kali open house. Biasanya ayam masak merah padu dimakan dengan nasi tomato. Buat yang ingin membuatnya boleh tengok langkah yang dikongsi oleh Encik Mohamad. Menurutnya setiap kali raya n open house dia selalu masak ayam merah ni. Ramai yang cakap sedap n berbeza dengan yang biasa mereka makan. Setiap kali yang rasa pasti suruh dia masak lagi.. ni dia share resepi nya.
Tumis rempah 4sekawan n daun pandan. Daun pandan bagi wangi n lagi sedap. Nak tambah serai pon boleh.. saya terlupa nak letak. Dh siap masak baru teringat. Hahah
2.Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Tumis bawang hingga layu
3.Kemudian masukkan cili kering yang telah dimesin bersama bawang merah+halia+kunyit+bawang putih. Tumis hingga pecah minyak.
4.Kemudian masukkan sedikit asam jawa.
5.Ni rahsia ayam merah saya. Guna sos cili life. Tambah sos cili agak2 ikut kpekatan n kepedasan yang kita mahu. Sos cili ni bagi rasa manis pedas yang lain berbanding cili mesin tu.
6.Ni pon salah satu rahsia. Tambah gula nisan or gula merah. Gaul sekata
7.Tambah bahan perasa. Gula pasir.garam.ajinomoto. gaul sekata. Jika agal pekat boleh tambah air ya.
8.Tambah ayam yang telah digoreng dengan kunyit.
9.Gaul sehingga sebati biar agak2 5minit biar sambal2 tadi meresap ke dalam ayam. Ayam yang digoreng jangan digoreng garing nanti keras pulak.
Sajian bersantan semestinya antara masakan kegemaran rakyat Malaysia. Macam-macam hidangan boleh disediakan menggunakan perahan isi kelapa ni. Oleh itu, bagi yang memang suka sangat lauk ni, RASA kongsikan beberapa masakan menggunakan santan yang anda cuba masak sendiri di rumah. Memang layan habis beb!
1. AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
300gm ayam }potong kecil
2 biji ubi kentang }potong dadu
500ml santan
10 biji cili padi hijau
4cm kunyit hidup
1 batang serai } ketuk
1 sudu makan air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cili padi dan kunyit hidup dikisar halus dengan sedikit garam. Ketepikan.
Sediakan sebuah periuk, masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama dua sudu makan air dan didihkan hingga cili masak.
Setelah itu, masukkan ayam, separuh daripada santan, serai dan ubi kentang yang dipotong dadu. Didihkan hingga semua bahan empuk.
Masukkan separuh lagi santan, garam dan gula secukup rasa. Didihkan seminit dua lagi.
Kemudian angkat dan sedia dihidangkan.
2. GULAI KUNING IKAN DAN TERUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan merah
3 biji terung bulat} potong dua atau empat
1 liter santan
3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3cm kunyit hidup
1 batang serai – ketuk
3 keping asam keping/gelugur
Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk cili merah, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup hingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama separuh santan dan serai. Didihkan hingga cili masak.
Masukkan ikan, terung, asam keping dan separuh lagi santan. Didihkan lagi hingga semua bahan sebati dan masak.
Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh ganti ikan merah dengan ikan senangin, kurau atau kembung.
3. KETAM LEMAK NANAS
BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ketam } bersihkan dan potong dua
½ biji nenas } potong kecil
1 liter santan pekat
3 biji cili merah}kisar
4 ulas bawang merah }kisar
3 ulas bawang putih } kisar
1 batang serai }titik
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji cili merah}hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan separuh santan bersama bahan-bahan kisar, serbuk kunyit dan serai.
Masukkan ketam, nanas dan separuh lagi santan. Didihkan beberapa minit hingga semua bahan masak.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Masukkan hirisan cili merah dan tutup api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
4. LEMAK KUNING DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
400gm daging salai } hiris nipis
600ml santan pekat
10 biji cili padi }tumbuk lumat
5 biji bawang merah } tumbuk lumat
3 biji bawang putih }tumbuk lumat
1 batang serai }ketuk
2 keping asam gelugur
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan tumbuk bersama serai, serbuk kunyit dan separuh santan di dalam periuk. Didihkan hingga cili masak.
Masukkan daging salai, asam gelugur dan separuh lagi santan. Didihkan hingga semua bahan sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika suka boleh tambah belimbing buluh atau terung pipit.
5. MASAK LEMAK LABU DAN TAHAI
BAHAN-BAHAN:
½ biji labu kuning } bersihkan dan potong dadu
100gm tahai/tamban masin } bersihkan dan tumbuk kasar
400ml santan
4 biji cili padi
2 biji cili hijau
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cili padi, cili hijau, bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat.
Masukkan bahan-bahan tumbuk ke dalam periuk bersama secawan air dan tahai/tamban lalu didihkan hingga cili masak.
Masukkan separuh santan dan labu. Didihkan hingga labu empuk.
Masukkan separuh lagi santan, garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan beberapa minit dengan api yang kecil.
Angkat dan sedia dihidangkan.
6. PAIS IKAN BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ikan kembung sederhana besar
500ml santan pekat
5biji bawang merah
3 biji bawang putih
4 biji cili merah
5 biji cili padi
1 batang serai
1 batang bunga kantan }hiris halus
2-3 helai daun limau purut } mayang halus
3cm kunyit hidup
Garam dan lada sulah secukup rasa
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
Separuh santan didihkan bersama sedikit garam dan lada sulah di dalam periuk hingga pekat. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi dan kunyit hidup dikisar/tumbuk lumat.
Tambah separuh lagi santan ke dalam bahan kisar dan gaul sebati.
Taburkan sedikit garam dan lada sulah ke atas ikan. Ratakan bahan-bahan tumbuk ke atas ikan.
Letak ikan di dalam daun pisang. Tabur daun limau purut dan bunga kantan di atas ikan.
Kemaskan balutan daun pisang dan bakar atas api/ketuhar hingga masak (15-20 minit).
Setelah ikan masak, tuang santan yang dididihkan pekat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga gunakan ikan lain seperti tenggiri dan sebagainya.
7. PARI BAKAR BERKUAH PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1-2 ketul ikan pari
400ml santan pekat
10 biji cili padi
5 biji bawang merah } tumbuk halus
3 biji bawang putih } tumbuk halus
3cm cekur } tumbuk halus
1 batang serai }ketuk
2 helai daun limau purut}siat
5 keping asam aur-aur (boleh ganti dengan 2 keping asam gelugur)
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ikan pari di tabur sedikit garam dan serbuk kunyit. Bakar hingga masak. Ketepikan.
Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
Tuang santan, tambah daun limau purut dan asam aur-aur. Didihkan hingga semua bahan sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Tuang kuah santan ke atas ikan pari bakar dan hidangkan.
8. TOMYAM BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
300ml stok ayam/air
200ml santan
100gm isi ayam
100gm isi ikan
5-6 ekor udang
2 ekor sotong }potong kecil
1 batang lobak merah }hiris kecil
1 batang serai } ketuk
2 helai daun limau purut siat-siat
1 biji bawang besar } belah empat
2 biji bawang putih } ketuk
5 biji cili padi } ketuk
2 sudu makan pes tomyam
2 sudu makan air perahan limau
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan stok ayam/air bersama bawang putih, serai, daun limau purut dan pes tomyam.
Masukkan santan, ayam, isi ikan, udang, sotong, bawang besar dan lobak merah.
Didihkan lagi dengan api kecil hingga semua bahan masak
Masukkan cili padi, air perahan limau, garam dan gula secukup rasa.
Info chef: Perlu sentiasa dikacau supaya santan tak pecah.
Bagi penggemar sajian ayam grill @ ayam panggang, resipi yang satu ni anda kena cuba. Kata empunya resipi, saudari SuiSan Aliezsha menu ini beliau olah mengikut bahan yang dirasa sewaktu menikmati GCB mcd. Hasilnya? Rasanya memang sama! Sedap sangat. Boleh dinikmati bersama roti malah jika tiada, makan sahaja bersama nasi. Pasti puas hati. Jom lihat resipinya.
RESIPI AYAM GRILL ALA GCB MCD
BAHAN-BAHAN: Paha ayam – dibuang tulang atau beli ayam siap untuk chicken chop
1.Basuh bersih ayam tadi. Kemudian tos dan ketepikan seketika. 2. Satukan semua bahan (kecuali lada hitam) ke dalam pengisar. Tambahkan sedikit air dan kisar halus. Ketepikan.
3. Panaskan buttercup dan juga planta di dalam kuali hingga cair. Kemudian masukkan bahan kisar tadi.
4. Kacau sampai kuah menjadi pekat. Pastikn gula dan madu semua terasa. Tambahkan juga serbuk lada hitam. 5. Bila sos telah sempurna, padamlam api dan sejukkan.
6. Perap ayam bersama sos selama beberapa minit. Lagi lama diperap, lagi enak hasilnya.
7. Kemudian susun ayam dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 200C selama 60 minit menggunakan api atas bawah. Namun masa membakar mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.
8. Keluarkan ayam kemudian grill seketika di atas dapur gas menggunakan kuali burger @ kuali leper selama beberapa minit. 9. Angkat dan siap untuk dihidang kepada keluarga.