
Ayam Bakar Ala Dominos. Sedap juga kalau makan ayam ni sementara masih cuti sekolah ni. Sesuai sangat kalau nak buat hujung minggu ni. Menggunakan bahan ringkas, tak perlu keluar belanja mahal boleh buat di rumah dan makan sampai puas dengan anak-anak. Diperap dengan bahan-bahan yang biasanya ada di rumah, hasilnya penuh perasa dan berjus. Jom cuba resipi Ayam Bakar Ala Dominos seperti yang dikongsikan Kuali Kak Has
AYAM BAKAR ALA DOMINOS
BAHAN-BAHAN:
Drummet ayam
2 ulas bawang putih – tumbuk
2 sudu besar gula – beli online
1 sudu besar garam – beli online
1 sudu besar marjerin – beli online
1 sudu besar serbuk cili
5 sudu besar madu – beli online
5 sudu besar sos cili – beli online
5 sudu besar sos tiram – beli online
3 sudu besar sos masam manis
1 sudu besar lada hitam
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan ayam dan masukkan semua bahan. Satukan dan gaul sebati.
2. Masak di dalam kuali sehingga sos pekat dan ayam separuh masak. Tujuannya supaya ayam lebih berasa.
3. Lapikkan aluminium foil dan susun ayam di atasnya. Tuangkan sos di atasnya.
4. Bakar di dalam oven selama 40 minit pada suhu 180c.
5. Beginilah hasilnya. Nampak begitu menyelerakan. Bolehlah dihidangkan panas-panas.
Sumber kredit: Kuali Kak Has
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
https://youtu.be/o1v13Qfcuhs
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Menu Ayam Ni Sedap Makan Ratah Je.

Tiga menu ayam ini memang sedap ratah tanpa nasi seperti ayam goreng segera yang ada kat mana-mana restoran makanan segera yang ada. Kena pulak bahagian kepak atau paha, memang layanlah…Sangat sesuai bawak bekal berkelah ni…
AYAM TERIYAKI
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping isi dada ayam | hiris
- 1/4 cawan kicap cair
- 2 sudu makan cuka makan
- 1 sudu makan parutan halus halia
- 2 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu makan gula perang/gula putih
- 1 sudu makan sedikit minyak masak
- 1 sudu makan bijan putih | goreng tanpa minyak
- 1 pokok daun bawang | hiris halus
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
- Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
- Bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 180C lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
- Sementara itu, campurkan minyak bijan, cuka makan, kicap cair dan gula dalam mangkuk. Kacau rata.
- Panaskan minyak, tumiskan parutan halia hingga wangi.
- Seterusnya, masukkan campuran sos tadi, kacau rata dan biarkan hingga kuah pekat.
- Masukkan ayam dan tutup api.
- Taburkan bijan dan gaul rata.
- Sebelum dihidangkan taburkan sedikit lagi bijan dan hirisan daun bawang jika suka.
AYAM GORENG PERI-PERI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm drummet ayam | bersih dan toskan
- 2 biji cili merah | cincang halus
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan sos peri-peri
- 1 biji perahan lemon
- 1 sudu makan paprika
- sehelai daun bay kering
- 1 sudu teh oregano
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh lada sulah
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan mentega | untuk menumis
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng ayam
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
- Panaskan minyak, kemudian goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ke tepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan mentega, tumiskan bawang putih dan daun bay.
- Masukkan cili, paprika, oregano serta sos peri-peri.
- Kacau rata dan masukkan ayam , Gaul rata.
- Kecilkan api, perah jus lemon dan perasakan dengan garam dan gua secukupnya.
- Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan.
JEJARI AYAM SOS MADU BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi dada ayam | hiris memanjang
- 3 cawan nestum | kisar kasar
- 2 biji telur
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh serbuk paprika
- 1 sudu makan daun ketumbar yang dicincing halus
- 1 sudu teh garam
- Minyak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN SOS BAWANG PUTIH MADU:
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 4 sudu makan madu
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 2 sudu makan sos cili Thai
- 1/2 biji lemon | jus sahaja
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Keringkan ayam di atas tisu dapur.
- Sementara itu, pecahkan telur di dalam mangkuk dan campurkan lada sulah, garam,serbuk paprika dan daun ketumbar. Kacau rata.
- Celupkan ayam dalam telur, kemudian gaulkan dalam serbuk nestum. Ulang cara yang sama hingga ayam habis.
- Panaskan kuali, goreng ayam hingga kuning keemasan.
- Angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.
- Sementara itu sediakan sos Honey Garlic
- Campurkan semua bahan sos dalam mangkuk, kacau hingga sebati.
- Setelah cukup rasa hidangkan bersama dengan jejari ayam tadi.Cara memasak :
Takut Nak Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan? Jom Ikut Petua Ini

Ramai yang suka akan masakan masak lemak cili api versi Negeri Sembilan. Namun tak kurang juga ramai yang merasakan masak lemak ini susah untuk dimasak.
Betul ke? Menerusi perkongsian daripada Khabbab Jamalludin, masakan masak lemak cili api antara yang paling mudah. Tak perlu banyak bahan. Tak perlu minyak atau tumisan. Tak perlu tunggu pecah minyak.
Okay, bukan tak perlu, sebaiknya jangan pecah minyak. Masak lemak cili api mengambil konsep bak kata orang kampung saya; “less is more”.
Tetapi anda boleh mengambil kira petua/tips/elemen yang perlu ada dalam masak lemak cili api Negeri Sembilan.
1) Pedas :
Cili api, sebaiknya cili api kampung. Cili api import boleh tapi kurang wangi. Oh ya, cili api kena banyak.
2) Masin :
Garam. Lautan boleh, bukit boleh. Ikan masin pun boleh
3) Masam :
Ikut suka mana yang ada. Asam keping boleh, bacang boleh, kulit rambai boleh, daun asam gelugur boleh, kundang boleh. Macam saya sebab belimbing buluh tepi rumah tengah berbuah, itu yang saya guna.
4) Manis :
Orang Negeri Sembilan kurang suka manis sebab memang kebanyakan dah sedia manis dipandang.
Setahu saya elemen manis yang dibenarkan hanyalah serai (masakan daging atau ayam. Ikan biasanya tak guna serai tapi boleh tambah hirisan daun kunyit) dan santan (terutama santan segar). Gula adalah dilarang sama sekali.
5) Lemak :
Walaupun rasanya lemak, santan memiliki kandungan lemak tepu (lemak jahat yang rendah). Hal ini berubah jika santan pecah minyak.
Sebab itu pentingnya santan tak pecah minyak, selain rasa lemak berkrim ia lebih sihat. Santan kena pekat. Di samping kerana kekuatan lemak cili api pada rasa lemaknya, seperti yang saya sebut di atas, ia memberikan rasa sedikit manis yang tak membunuh rasa elemen-elemen lain.
Saya punya formula, 1kg santan untuk 1kg bahan (daging, ayam, ikan). Tambah air kosong/masak sama banyak dengan santan. Santan kotak boleh tak? Boleh juga. Biasa santan kotak pekat lagi, jadi kena campurkan dengan air siap siap sebelum masuk (kacau elok-elok atau blend je terus)
6) Pahit :
Ini elemen tambahan yang dapat menaikkan lagi kesedapan sak lomak cili api. Boleh ada boleh tidak, bergantung ada tidaknya bahan atau kesukaan. Peria boleh, daun maman boleh. Hari ini saya guna daun pegaga.
7) Kunyit
Ini wajib. Serbuk ke, buku ke, pada saya sama saja rasa lebih kurang (kunyit hidup ada bau wangit sikit) cuma serbuk lagi senang simpan. Ikutlah.
Orang Negeri Sembilan ni prinsip dia mana yang mudah. Teknik yang paling penting elak pecah minyak; api sederhana kuat, sekejap-sekejap kacau. Kalau rasa api kuat sangat, perlahankan tapi tetap kena kacau.
Santan kalau biar api perlahan dia pecah minyak. Kalau biar api kuat sangat atau tutup, nanti dia berketul. Bila santan mendidih dan menjadi pekat, tutup api. Biasanya dalam 10-15 minit.
Jangan risau, masa mula-mula tutup api nampak macam cair sikit. Tunggu kejap lagi. Cenggini terus angkat ibu jari!
Rencah bila nak masuk? Bergantung pada rencah apa. Rencah yang ambil masa lama nak masak, sebaiknya direbus dengan serai, kunyit dan garam dahulu. Bila dah lembut, baru masukkan santan.
Ada juga yang masuk terus santan sampai masak tapi kena selalu kacau. Saya tak begitu rajin dan berkesempatan. Kena yakin bahawa gabungan rasa rasa di atas sahaja dah cukup.
Masak lemak ni tak boleh takut-takut. Takut tak jadi lah apa lah. Kalau dah terpecah minyak sedikit tak apa. Rasa masih sedap insya-Allah. Tetap hidang dengan muka yakin dan bangga. Selamat mencuba!
AYAM SALAI MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
Ayam | dipotong
Kentang – seberapa yang nak dimasukkan
Segenggam cili padi – ikut tahap kepedasan masing-masing – beli online di sini
2 inci kunyit hidup | ditumbuk halus atau dikisar – beli online di sini
5 batang serai | diketuk – beli online di sini
1kg santan pekat – sebaiknya guna santan segar
2-3 asam keping – beli online di sini
Garam
Belimbing buluh
Kundang muda
Daun kunyit | dihiris halus
CARA-CARA:
1. Lumur ayam dengan garam (banyak macam nak goreng), 1 sudu besar asam jawa dan serbuk kunyit. Gaul-gaulkan. Kemudian, akhir sekali lumur dengan minyak masak.
2. Selain tak nak bagi lekat, proses lumur ini nak bagi ayam salai sekata. Salai ayam sehingga masak.
3. Masukkan ayam yang sudah disalai tadi dan kentang dalam periuk. Tambahkan air sampai ngam-ngam ayam dan kentang ditenggelami air.
4. Masukkan cili api, kunyit hidup dan batang serai. Didihkan sampai air tadi tinggal separuh dari jumlah asal. Proses ini boleh buka api sebesar mungkin.
5. Kemudian, perlahankan api sederhana besar. Masukkan santan pekat. Biar santan menyatu dengan air rebusan tadi.
6. Sambil kacau perlahan-lahan. Kita tak nak pecah minyak. Jangan biar, jangan tutup periuk.
7. Bila dah menyatu, masukkan garam secukup rasa, asam keping. Untuk aroma yang lebih menarik, boleh tambahkan asam dari sumber lain. Kali ini, saya guna belimbing buluh dan kundang muda.
8. Boleh juga masukkan hirisan daun kunyit sekali. Kacau rata. Rasa masak lemak yang baik bila masin, masam, pedas seimbang.
9. Lepas masukkan asam dalam 2 minit, boleh tutup api dapur.
Kredit: Khabbab Jamalludin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tak Tahu Nak Masak Apa? Boleh Ikut Resipi Lelaki Ini, Memang Terangkat!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Mudah Sangat Masak Rendang Ayam Jawa, Tak Sampai 1 Jam Dah Siap

Masakan rendang, antara yang sering mendapat permintaan untuk dihidangkan sebagai lauk utama.
Namun tak semua cara masak rendang sama dan pastinya tekstur rendang pun berbeza-beza.
Resipi Rendang Ayam Jawa, yang dikongsi Aisyah Humaira ini, sangat enak. Kuahnya pekat tapi tidak terlalu kering, berlemak tapi tidak muak untuk dimakan.
Resipi ini diadaptasi daripada Datin Kalsom Taib, penulis buku Recipes Are For Sharing.
RENDANG AYAM JAWA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong & cuci bersih
BAHAN KISAR:
8 biji buah keras – beli online di sini
7 biji bawang besar – beli online di sini
5 ulas bawang putih – beli online di sini
5 cm halia – beli online di sini
4 cm kunyit – beli online di sini
4 cm lengkuas – beli online di sini
2 biji buah pala (atau boleh guna serbuk pala)
2 batang serai – beli online di sini
*kisar semua bahan di atas
4 sudu besar cili kisar (tambah cili padi jika suka pedas) – beli online di sini
TONTON Creamy Garlic Butter Chicken
BAHAN REMPAH:
sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk lada putih
3 batang serai ditumbuk (tak perlu sampai hancur lumat)
TONTON Wantan Goreng Mudah dan Ringkas
BAHAN AKHIR:
7 helai daun limau purut
3 batang serai (ditumbuk tak perlu sampai hancur lumat)
2 helai daun salam
2 sudu besar gula melaka – beli online di sini
2 sudu kecil pes asam jawa (boleh lebihkan jika kurang rasa) – beli online di sini
1 kotak kecil santan Saji – beli online di sini
1 sudu besar penuh kerisik – beli online di sini
Garam, gula, secukup rasa
Air mengikut kepekatan kuah yang disukai
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Masukkan bahan rempah kacau sebati 3-4minit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Masukkan ayam dan sebatikan biarkan hingga ayam bertukar putih dan masukkan semua bahan akhir.
4. Reneh hingga ayam masak dan kuah memekat. Siap.
Kredit resipi: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Mudah Sangat Masak Rendang Ayam Jawa, Tak Sampai 1 Jam Dah Siap
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: