Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.
Bahan-bahannya lebih daripada masak lemak biasa tapi inilah yang menyedapkan kuahnya. Memang akan menambah nasi.
Resipi sotong masak lemak padang
Bahan-bahan
6-8 ekor sotong – cuci bersih
2 biji bawang besar – belah 4
2 biji tomato – belah 4
2 biji ubi kentang – belah 4
1 batang serai – ketuk
4 tangkai cili padi – belah hujung
2 helai daun salam
3 sudu minyak – untuk menumis
1 kotak santan
Air secukupnya
Garam, perasa, gula – secukup rasa
Bahan-bahan kisar
4 tangkai cili besar merah
3 tangkai cili kering / cili padi
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
Ads
Cara memasak
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan serai, daun salam. Kacau.
Ads
3. Masuk bawang besar, ubi kentang. Kacau.
4. Masuk santan, air, tomato dan cili padi.
Ads
5. Seterusnya masuk sotong, garam, perasa & sedikit gula jika mahu.
Kacau seketika supaya sotong masak tapi jangan lama kerana sotong akan liat dan keras jika terlebih masak. Tutup api dan sedia dihidang.
Sedapnya Sotong Goreng Telur Masin @ Salted Egg Squid ni. Memang sangat enak dimakan bersama nasi putih. Malah jika kuahnya lebih cair, sesuai dicicah bersama roti atau Mantao. Hidangan begini jika dinikmati di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna sotong segar untuk rasa lebih enak. Jom cuba resipi perkongsian saudara Wan LuQman ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK SOTONG GORENG TELUR MASIN / SALTED EGG SQUID
1. Telur masin direbus dan dihancurkan terlebih dahulu.
2. Untuk memastikan sotong bersalut elok, harus buat ‘gam’nya terlebih dahulu. Caranya ialah masukkan tepung gandum ke dalam bekas sotong dan sedikit air. Gaul hingga bersalut dan pastikan pekat. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung kfc dan baking powder.
3. Gaul sotong ke dalam tepung satu persatu dan ketepikan.
4. Panaskan minyak dan masukkan kepingan sotong satu persatu.
5. Tip minyak goreng kekal bersih, setiap 2-3 kali trip goreng, bersihkan minyak dengan ceduk buang habuk-habuk tepung yang mendap didasar kuali. Barulah serbuk hitam tidak melekat pada sotong bila diangkat nanti.
6. Sotong yang siap digoreng. Ketepikan seketika.
7. Seterusnya, cairkan 2 sudu makan mentega dan 2 sudu makan minyak masak.
8. Masukkang bawang putih, cili padi dan daun kari. Tumis sekejap tapi jangan sampai garing pula.
9. Kemudian masukkan telur masin yang telah dilenyek tadi.
10. Tuangkan juga susu cair.
11. Tambahkan serbuk pati ayam dan juga gula dengan secukupnya. Kacau rata.
12. Bila kuah telah siap, tuang ke atas sotong yang digoreng tadi.
13. Sotong Goreng Telur Masin @ Salted Egg Squid sedia untuk dinikmati.
Selain kerang, lala antara makanan laut yang enak dimakan. Hidangan lala ini selalunya dimasak ringkas untuk menikmati keaslian rasanya. Lala masak lemak atau direbus antara yang sedap sama ada diratah atau dimakan dengan nasi. Tapi lala ini juga sebenarnya enak dibuat tumis pedas.
Cuma untuk memudahkan kita menikmati lala kena pastikan ia terbuka, supaya tak perlulah terkial-kial membukanya. Tip untuk lala terbuka ini boleh dilakukan semasa membasuhnya.
1 mangkuk besar lala
3 tangkai cili besar merah
5-10 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
3 batang serai -diketuk
Sos tiram
Serbuk Cukup Rasa
1.Untuk bersihkan lala gunakan cara ini, masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air. Kemudian potong beberapa tangkai padi dan masuk dalam besen berisi lala.
2.Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka. Kemudian bolehlah bilas dan tos.
3. Kisar bawang dan cili hingga hancur.
4. Panaskan minyak, tumis serai dulu kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sekejap.
5. Masukkan sos tiram dan serbuk Cukup Rasa. Biarkan air kering.
6. Bubuh lala dan gaul, tak perlu tambah air kerana lala akan keluarkan air.
7. Kacau hingga lala kering, kemudian bolehlah angkat.
Kalau sebut lauk berkuah santan, ramai terus terbayang ayam atau ikan. Tapi sebenarnya, udang masak sambal santan daun kunyit ni antara lauk yang jarang dibuat tapi rasa dia luar biasa sedap!
Bayangkan aroma daun kunyit yang wangi, kuah santan pekat lemak manis, dan rasa pedas sambal yang sebati dengan isi udang segar, memang kombinasi padu! Resepi ni sesuai sangat untuk makan tengah hari atau makan malam dengan nasi panas, ditambah sedikit ulam dan sambal belacan confirm licin pinggan!
10 biji bawang merah 6 ulas bawang purtih 15 biji cili padi merah + hijau 1 inci kunyit 1 inci halia 1 inci lengkuas 4 biji buah keras
Sedikit air
Minyak Secukupnya 2 batang serai 4 helai daun limau
700 gram udang ukuran besar 1 sudu besar gula merah 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk perasa 65 ml santan 100 ml air 2 helai daun kunyit – diiris nipis
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Gunakan udang saiz besar (udang harimau atau udang galah) untuk rasa lebih manis dan juicy.
Kalau nak lebih pedas, tambah cili padi merah masa menumis.
Santan segar bagi rasa lebih asli berbanding santan kotak.
Masak guna api kecil supaya santan tak pecah dan sambal lebih berlemak.
Nak versi kampung? Tambah hirisan serai dan sedikit asam keping untuk aroma tambahan.
Kalau tengah cari lauk yang simple tapi padu rasanya, inilah dia, Udang Sambal Santan Daun Kunyit! Kuahnya berlemak, pedas, wangi, dan udangnya segar, cukup lengkap satu hidangan.
Sekali cuba, memang boleh buat tambah nasi berkali-kali. Jadi lain kali bosan dengan menu harian, cuba resepi ni… confirm jadi lauk kegemaran keluarga!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi puding roti tawar paling mudah dan sedap menggunakan bahan ringkas. Tekstur lembut, berlapis cantik dan sesuai dijadikan pencuci mulut untuk seisi keluarga.