
Puteri Ayu ni sedap dimakan bila masa pun. Lembut dan enak aje dikunyah. Kalau biasa perasa pandan cuba rasa ramuan jagung pulak.
Apam puteri ayu berperisa jagung, memberi kelainan rasa bagi penggemar kuih ini yang selalunya berperisa pandan.
APAM PUTRI AYU JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
* di ayak
- 2 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1½ sudu kecil ovalete
- 2 sudu besar krimer jagung ( sy guna ayam brand )
- 1 sudu besar perasa jagung
- 1 cawan santan pekat
- Pewarna kuning
- 1 biji kelapa parut (putih sahaja) dikukus dulu
- 1 sudu besar tepung jagung
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan Santan pekat, krimer jagung dan perasa jagung di blend hingga isi jagung hancur
- Telur dan gula halus dipukul sebati
- Masukkan ovalete pukul lagi hingga kembang dan gebu
- Perlahankan mixer. Masukkan sedikit demi sedikit santan dan tepung gandum berselang seli. Ulang hingga habis
- Titiskan sedikit sahaja pewarna kuning.
- Kacau kaub balikkan hingga adunan sebati.
- Isi kelapa parut dalam acuan. Tekan padatkan pada acuan.
- Tuang adunan dan kukus selama 10 minit. Api perlahan.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Noraslinda Md Radzhi
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Senang Rupanya Lepat Jagung Manis Dibalut Dengan Kulit Jagung
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Comelnya Kuih Lapis Bentuk Bunga Sakura

Siapa suka kuih lapis? Kuih lapis ni kuih tradisi yang wajib semua orang rasa. Jika dulu hanya bentuk biasa yang kita tengok ialah segi empat, namun kini muncul pula bentuk bunga Sakura.
Menerusi perkongsian daripada Nawar Azhar ini, dia menggunakan acuan khas berbentuk bunga Sakura yang dibeli secara online.
KUIH LAPIS BUNGA SAKURA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras – beli online di sini
1/2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1/2 cawan tepung jagung – beli online di sini
1 cawan gula pasir – beli online di sini
4 cawan santan – beli online di sini
Sedikit garam
Pewarna pink
Acuan oles dengan minyak
TONTON KUIH TEPUNG BUNGA
TONTON ONDE-ONDE CRAISINS DRIED CRANBERRIES
CARA-CARA:
1.Mula-mula, panaskan dahulu kukusan.
2. Kemudian, satukan semua bahan di dalam satu bekas. Kacau rata dan pastikan tiada tepung yang berketul.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian iaitu 1 bahagian warna asal (putih) dan 1 bahagian lagi warna pink.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Ambil 3/4 sudu makan adunan putih. Kukus 3 minit menggunakan api sederhana.
5. Bila lapisan putih sudah masak, ambil 1 sudu makan adunan pink tuang atas lapisan bawah. Kukus 3 minit lagi.
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]
6. Buat langkah yang sama sampai adunan habis. Untuk lapisan akhir, kukus selama 10 minit.
7. Biarkan kuih lapis sejuk dahulu, baru dikeluarkan dari acuan.
*Untuk lapisan pertama, sebaiknya guna 3/4 sudu makan adunan, lapisan seterusnya guna 1 sudu makan supaya nampak corak bunga di tengah-tengah.
*Macam mana nak bentukkan bunga di tengah, ambil sesudu adunan tuang dalam acuan. Kukus 3 minit. Bila lapisan bawah dah keras, tuang sesudu lagi adunan, kukus dan buat langkah yang sama sampai adunan habis.
Kredit resipi: Nawar Azhar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Kuih Orang Lama, Sangat Mudah Rupanya Buat Koleh Lemak
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Sambal Tumis Udang Petai Dan Kuih Keria ,Menu Kombo Untuk Berbuka

Salam Ramadan. Dalam kita mengharungi minggu PKP ini memasak juga haruslah berpada-pada. Buat menu kesukaan keluarga yang sudah tentu akan dinikmati hingga habis. Maka tiadalah pembaziran. Hari pertama berbuka dah tentu nak yang kecur liur atau menu yang sudah lama tak nikmati. Untuk kuih muih kita cuba buat kuih keria. Jom geledah dapur tengok apa yang ada.
SAMBAL TUMIS UDANG PETAI
Bahan bahan:
Udang – lumur garam dan serbuk kunyit, jika suka
1 mangkuk petai
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar Holland – hiris
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
5-6 sudu besar cili kering kisar
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan goreng udang seketika sahaja.
2.Angkat udang dan ketepikan.
3.Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing.
4.Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Kacau rata dan masukkan sedikit air.
5.Kacau rata sehingga sambal pecah minyak dan cantik.
6.Setelah sambal cantik, baru dimasukkan udang.
7.Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili.
8.Setelah sebati, masukkan garam serta serbuk perasa.
9.Akhir sekali, masukkan petai dan bawang besar.
10.Jangan masak lama kerana kita mahu petai yang masih rangup.
11.Kacau rata.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
KUIH KERIA
Bahan-bahan:
600gm keledek putih atau merah
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
Bahan untuk sira:
1/2 cawan gula
1 cawan air
Cara membuat:
1.Potong keledek kepada 2 atau 3 bahagian.
2.Rebus keledek bersama garam sehingga masak empuk.
3.Sejukkan dan buang bahagian kulit keledek. Lenyek sehingga menjadi lembut dan tidak berketul.
6.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi bentuk bulat.
7.Bulatkan doh dan buat lubang di tengah.
8.Goreng sehingga kekuningan.
Cara memasak sira gula:
1.Masukkan gula dan air di dalam periuk. 2.Masak sehingga pekat dan gaulkan dengan keledek supaya semua permukaan disaluti gula.
3.Sejukkan dan hidang.
Tip:
Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlajak menjadi keras kerana terlebih tepung.
Kredit:Rozelkitchen
7 Kuih Tradisional Berbalut Daun Pisang…Selamat & Wangi Aromanya

Jika diimbas dulu-dulu masak kuih-muih banyak yang dibalut daun pisang. Daun pisang ni bukan sahaja aromanya mewangi satu dapur tapi tempias rasanya meresap dalam kuih muih melazatkan lagi kuih -muih.
Tapi yang lebih istimewa, membalut makanan dengan daun pisang juga selamat dan tiada bahan kimia sampingan. Kini jadi trending pasaraya utama di Asia banyak yang sudah menggantikan pembalut plastik dengan daun pisang.

.
Jom kita cuba masak kuih muih popular yang berbalut daun pisang ni.
- PULUT INTI MANIS

.
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan inti :
- 50 gm gula merah
- 2 sudu makan gula pasir
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- 300 gm kelapa parut /diambil putih sahaja
Bahan pulut :
- 100 gm beras pulut /direndam 3- 4 jam toskan
- 100 ml air
- 50 ml santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
- Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
- Masak hingga gula larut.
- Masukkan garam dan kelapa parut.Gaul sebati.
- Biarkan agak kering, tutup api dan ketepikan.
CARA MASAK PULUT / PENYEDIAAN :
- Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata.
- Masukkan loyang dalam pengukus dan kukus hingga naik wap
- Angkat dan ketepikan.
- Ambil sedikit beras pulut, letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan dan dilap.
- Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus daun pisang kemas-kemas
- Sedia dihidang
Saiz hidangan : 2-3 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Pulut dimakan dengan kelapa parut manis memang lazat
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Memasak dengan membungkusnya dalam daun pisang menambah aroma dan citarasa yang amat membangkit selera.
- KUIH TEPUNG PELITA ASLI

BAHAN-BAHAN :
Bahan lapisan hijau /bawah:
- 1/2 cawan tepung beras
- Secubit kapur makan
- 2 cawan air daun pandan /4-5 helai daun pandan dikisar
- 1 sudu teh gula bagi setiap bekas
Bahan lapisan atas/santan :
- 1/2 cawan tepung beras
- 2 1/2 cawan santan
- Secubit garam
CARA MEMASAK :
CARA MASAK LAPISAN HIJAU/BAWAH:
- Campurkan kesemua bahan lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
- Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu gula ke dalam bekas, kemudian baru tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 sahaja.
- Kukus selama 15 minit , setelah masak tuangkan pula adunan lapisan santan di atasnya.
CARA MASAK LAPISAN SANTAN/ATAS :
- Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau hingga keluar wap.
- Tuang atas lapisan hijau tadi dan kukus selama 10 minit.
Saiz hidangan : 30 – 40 biji ikut saiz acuan
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Sedap dimakan apabila disejukkan dalam peti sejuk , manis bersantan
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Seperti juga kuih tradisional yang lain ia turut mengalami ubahsuai dalam resipinya. Ada yang dimasukkan tepung jagung tepung kwan hoe dan bermacam-macam lagi.
- KUIH ABUK -ABUK SAGU

BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan biji sagu
- 2 cawan kepala parut putih
- 3 sudu makan gula merah
- 3 sudu makan gula pasir
- Garam secukup rasa
- 10 calong daun pisang, lidi penyemat
CARA MEMASAK :
- Basuh sagu dan toskan 5 minit.
- Gaulkan sagu dengan kelapa dan tambahkan garam.
- Campurkan gula merah dengan gula pasir.
- Masukkan dua sudu campuran sagu dalam ke dalam calong daun pisang.
- Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan disudahi dengan satu sudu campuran sagu.
- Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.
- Kuih abuk-abuk siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa sagu yang lembut dengan inti gula, pencuci mulut yang sesuai untuk moreh atau memulakan berbuka puasa.
Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Gunakan sagu biji putih asli. Bahan yang bermutu dan asli menjamin kualiti kuih abuk-abuk yang lebih enak.
- KUIH KOCI PULUT HITAM

.
BAHAN INTI:
- 2 biji kelapa
- 1 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 sudu teh garam
- 2 cawan air
- 2 helai daun pandan
- 2 sudu makan tepung gandum
CARA MASAK INTI:
1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering.
2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata.
3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan.
NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.
BAHAN DOH KOCI:
- 100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)
- 500gm tepung pulut
- 3 sudu makan tepung gandum
- Air secukupnya
CARA ADUN DOH:
1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak mudah guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing.
2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka).
BAHAN SANTAN:
- 1/2kg santan
- 2 cawan air
- 1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
- 3 sudu makan tepung jagung
- 3 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati.
2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat.
BAHAN LAIN:
- Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi
CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI:
1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang.
2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih.
3.Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi.
4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut.
5. Letak doh koci atas daun pisang.
6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.
Kredit resipi & foto: Izza Howzin
5. KUIH NAGASARI
.
BAHAN-BAHANNYA:
1 cawan tepung beras
5 cawan santan
2 camca besar penuh tepung jagung
2 camca besar rata gula
1/2 camca teh garam
Pisang raja secukupnya (sebiji dibelah 2)
Daun pisang secukupnya
Pisang nangka (atau apa shj yg sedap)
.
CARA MEMASAKYA 🙂
1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan tepung jagung, kacau rata dengan whisk hingga rata.
2. Tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederhana hingga pekat dan kental.
3. Kemudian matikan api. Biar suam.
Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai.
4. Letak 1 1/2 camca besar adunan tepung, ratakan. Letak 1/2 bahagian pisang raja.
5. Letak sedikit lagi adunan tepung atas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat hingga siap
6. Kukus atas air menggelegak selama 30 minit atau hingga masak. Biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk berbuka puasa….
Kredit :FB : Buku Resipi Online
6.PULUT PANGGANG

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras pulut (rendam semalaman)
- 1 liter santan cair
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras pulut dan toskan. Kukus beras pulut setengah masak. Masukkan santan dan garam. Kacau rata.
2.Biarkan masak dan ketepikan.
BAHAN INTI:
- Minyak masak untuk menumis
- 2 biji bawang merah (kisar)
- 2 ulas bawang putih (kisar)
- 50 gram udang kering (rendam dan kisar)
- 2 sudu makan cili boh
- ½ biji kelapa parut
- 1 sudu makan serbuk jintan manis (sangai dan kisar)
- 1 sudu makan serbuk jintan putih (sangai dan kisar)
- 1 batang serai (kisar)
- 1 cm lengkuas (kisar)
- 1 cm kunyit (kisar)
- 1 cm halia (kisar)
- Garam secukup rasa
- Daun pisang untuk membungkus
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih.
2.Masukkan udang kering. Kacau seketika. Masukkan cili boh dan kacau lagi.
3.Masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi sehingga kering.
4.Angkat dan biarkan seketika.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil daun pisang yang telah dilayurkan. Sapukan sedikit minyak masak.
2.Letakkan sedikit beras pulut. Letakkan inti. Balut kemas.
3.Bakar sehingga masak. Sedia dimakan.
INFO CHEF: Inti yang sedap menjadikan pulut panggang anda lebih hebat rasanya.
7. LEPAT LIAT TOK MANEH 1960an
.
- 1 Kg tepung pulut
- 3 cawan Gula merah
- 2 1/2 cawan gula pasir (terpulang kalau nk manis letak lebih)
- 3 biji kelapa (perah amik santan )/ 5 cawan
- Sedikit garam
- Daun pandan
Cara-cara:
1. Campur gula merah, gula pasir, santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.
2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.
3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.
NOTA: Kalau yang ade kelapa macam mana pulak yer?… Kalau yang ada kelapa. Hanya parut kelapa. Tambah sedikit garam. Letak acuan atas daun pisang. Kemudian letak inti kelapa lepas tu balut sampai inti kelapa tu tak kelihatan.